News!!

Kisah haruan makan anak – ibu-ibu wajib baca

Minggu ini terlalu banyak kes sumbang mahram dilaporkan oleh media. Paling menyedihkan kes datuk, ayah dan 3 sepupu berjemaah memperkosa anak 12 tahun sebanyak 22 kali dalam masa setengah tahun.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10156394325307786

Saat ini, berita TV Awani juga sedang memutarkan berita seorang abang yang merogol tiga adik perempuannya. Pemerkosaan di kalangan ayah tiri, abang ipar dan sepupu sendiri sudah tidak terbilang lagi.

Turut tular minggu ini kes sungutan seorang ibu yang perasan suaminya sering mandi dan tidur bersama anak daranya sendiri. Saiz tubuh anak berusia 14 tahun itu sebesar gadis 21 tahun. Beliau juga sering melihat suaminya bergurau kasar seperti menepuk punggung anak, malah pernah melihat tangan suami gila itu ‘berlabuh’ di buah dada anak ini ketika mengejutkan mereka bangun pagi.

Masih wajarkan sang isteri berdiam diri?

Dalam membincangkan isu ini, ramai yang kongsikan begitu banyak kes serupa yang tidak dilaporkan oleh media. Satu kes di Segamat dilaporkan seorang bapa tunggal telah meniduri dua anak gadisnya sehingga melahirkan 6 orang anak (merangkap cucunya). Penduduk kampung dan pihak berkuasa juga tidak mampu mencegahnya.

.

KISAH SADIS ANAK YATIM YANG DIRATAH BAPA SENDIRI

Dari begitu banyak kes haruan makan anak yang kami tangani, hari ini ingin kami kongsikan satu kisah yang kami kira amat parah.

Seorang gadis sunti 12 tahun telah diratah oleh bapanya sendiri hanya 2 minggu selepas ibunya mati. Pada awalnya sang bapa buaya itu mengatakan bahawa anak perempuan wajib memenuhi tuntutan seks bapa setelah ibunya tiada. Di situ anak ini terpedaya…

Pada usia 14 tahun baru anak ini tahu bahawa dakwaan bapanya itu palsu. Sejak itu dia cuba mengelak. Namun ayahnya memaksa dengan kekerasan pula. Paling ganas ialah semasa sang ayah menidurinya dalam keadaan mabuk.

Untuk memudahkan pemerkosaan, ayahnya gunakan minyak masak, minyak rambut dan beberapa jenis minyak yang tidak diketahui untuk dijadikan pelincir.

Anak ini juga pernah mengalami keguguran. Sekian lama ia mengidap keputihan yang berlarutan akibat jangkitan kuman dan fungus pada saluran peranakan. Segala macam minyak pelincir yang digunakan pastinya membawa pelbagai kuman dan kulat bersama. Apabila diperiksa, didapati bibir kemaluannya juga membengkak dan pangkal pehanya lebam-lebam kesan trauma.

Kasihan sekali dengan nasib anak yatim yang tidak berdosa ini. Laporan polis yang dibuat oleh bapa saudaranya juga seperti tidak diperduli. Ini kerana bapanya sangat rapat dengan anggota polis setempat dan dilihat sering mabuk meminum arak bersama mereka.

Sewaktu dipindahkan ke RPWP daripada JKM, anak ini dalam keadaan sangat tertekan sekali. Alhamdulillah kini beliau semakin pulih dan bersemangat untuk meneruskan hidup. Kami juga sedang berusaha keras untuk merawat penyakit kelaminnya.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedih, marah dan kesalnya hati kami melihat penderitaan anak ini. Hidupnya sentiasa dalam ketakutan dan fobia kerana tahu sedang diburu bapanya. Ingin sekali kami gesa pihak polis meneruskan kes, namun yang pasti anak ini akan dipanggil semula dan bakal terganggu emosinya.

.
KESIMPULAN

Institusi keluarga hari ini sudah amat teruk sekali. Jika atuk dan bapa pun sudah tidak lagi boleh dipercaya, apatah lagi abang, sepupu dan saudara mara? Naluri kekeluargaan dan keibubapaan yang seharusnya saling melindungi sudah tiada lagi, termasuk yang kononnya layak menjadi ‘wali’.

Fenomena ibubapa dari golongan PENZINA mungkin salah satu dari penyebabnya.

Kerana itu, para ibu harus lebih kuat, lebih tegas dan mampu berdikari dalam menangani kebejatan ini. Terlalu banyak bapa yang jahil agama dan hidup bergelumang dosa.

Bukan semua suami bahkan ayah sendiri WAJIB DITAATI, khususnya jenis suami atau ayah (atuk anak kita) yang buas seperti ini. Telah Allah nukilkan tentang kisah isteri terbaik bernama Asiah yang tidak mentaati suaminya (Fir’aun). Itulah pedoman kita.

Pendidikan seks harus diajarkan dengan bijaksana seawal usia tadika. Paling penting ialah menerangkan batas-batas aurat dan bahagian tubuh yang tidak boleh diperlihat dan disentuh oleh manusia. Ajarkan juga cara bergaul, cara duduk, berjalan, dan bertutur dengan insan berlainan jenis, sekalipun dengan ahli keluarga sendiri.

Beri semangat agar anak-anak mahu melaporkan apa sahaja kelakuan anih mana-mana ahli keluarga terhadapnya. Namun kita yang mendengar cerita harus bertindak tegas dan bersegera, bukan hanya mendengar dan membiarkannya begitu sahaja. Lebih malang lagi jika tiada yang sudi mendengar aduan dan mempercayainya.

Suka kami kongsikan hasil kajian kami sendiri di sini. Hampir kesemua mangsa yang awalnya diperkosa didapati mengalami ketagihan seks yang amat parah sekali. Penjelasan tentang hakikat dosa dan pahala tidak mereka perduli. Ada yang malah nekad untuk menjadi pendendam yang buas dan ganas. Mereka hanya ‘selamat’ semasa dalam apitan jemaah sahaja. Ada kalanya kebuasan itu berterusan sampai ke tua, walaupun setelah bersuami.

Semuga Allah hindarkan gejala gila ini dari keluarga pembaca yang kami kasihi semuanya.
.
ALLAHUMMA SALAAMATAN FID-DIEN
Warga Prihatin

 

Comments

comments

1 Trackback / Pingback

  1. Penjara 48 tahun, 24 sebatan untuk 623 pertuduhan bapa perkosa anak – WARNA ASIA

Leave a Reply

%d bloggers like this: