News!!

The Torch Tower, bangunan kediaman tertinggi di dunia terbakar lagi

DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES - AUGUST 4: Elite Residences Tower on fire in Dubai Marina on August 4, 2017 in Dubai, United Arab Emirates. Firefighters continue to battle the fire in the 84 story building. (Photo by Trevor Goddard/Getty Images)

Jumaat, 4 Ogos 2017 : MENARA Torch, bangunan kediaman tertinggi dunia terbakar awal hari ini, namun semua penghuni sudah dikeluarkan dan tiada siapa dilapor cedera.

Menurut pihak berkuasa Dubai melalui Twitter, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran.

Kebakaran itu ialah yang kedua selepas menara setinggi 79 tingkat di daerah Marina itu terbakar pada 2015. Struktur panel aluminium yang dibaluti plastik yang mudah terbakar dikatakan menjadi punca utama kejadian kebakaran yang berulang itu.

“Jabatan Pertahanan Awam berjaya mengosongkan bangunan dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kebakaran Menara Torch,” kata kenyataan itu.

LIMA rakyat Malaysia yang mendiami The Torch Tower dilaporkan selamat dalam insiden kebakaran di bangunan kediaman tertinggi di dunia itu.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataannya, rakyat Malaysia sekitar kawasan kejadian dan memerlukan bantuan konsular disarankan berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia.

“Kita simpati terhadap mangsa terbabit dalam insiden itu dan mereka yang memerlukan bantuan boleh menghubungi +971-4-3985 843 atau email ke mwdubai@kln.gov.my.

“Mereka juga boleh terus berurusan di 83, Street 10D, Mankhool, Bur Dubai P O Box 4598, Dubai, United Arab Emirates,” katanya, hari ini.

Semalam, bangunan kediaman tertinggi di dunia Torch Tower, Dubai terbakar, pada 12.45 malam waktu tempatan.

Kebakaran di bangunan setinggi 79 tingkat itu adalah kali kedua sejak 2015.

Bagaimanapun, kejadian tidak mendatangkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: