News!!

Teguran buat stesen TV & Kementerian Penerangan Malaysia

https://www.facebook.com/wargaprihatin/videos/10156414929397786/
.

Seketika dahulu ada juga peraturan etika dalam penyiaran. Yang berambut panjang atau berpakaian tidak senonoh akan disekat.

Tetapi kini nampak sudah tiada yang peduli. Yang lelaki berbaju Melayu selamba saja tidak pakai songkok dengan rambut panjang atau fesyen balong ayam dan trojan yang berceracak. Sudah hilang seri dan sengatnya pakaian warisan bangsa kita. Pakai seluar pun ketat sendat sampai nampak bonjolan di kelengkangnya.

Yang perempuan pula berlumba-lumba mendedahkan tubuhnya. Gigih sekali mereka melubang-lubangkan baju agar nampak kulit gebu, serta segala lurah dan bonjolan seksi seksa di bahagian ‘dalam’nya. Kain dalam mereka tidak suka, padahal kain luar bukan main tipisnya. Akhirnya bayang betis dan peha nampak jelas sejelas-jelasnya. Yang bertudung elok pun tanpa segan silu ikut mengapi-apikan tabiat jahiliah dalam wawancaranya.

Pelik juga bila artis menyebut INSYAALLAH untuk berjaya dalam ‘tugasan kerja’ yang mencerca agama. Nampaknya ramai yang sudah tidak berminat untuk ‘mendokong’ dan mendaulatkan agama ini. Kerana wang dan watak dalam ‘kerja’, kita sanggup lakukan apa sahaja sekalipun bertentangan dengan aturan agama.

Nabi SAW melarang anak perempuan dan isteri baginda keluar bilik ketika ada lelaki buta datang bertamu. Alasannya, “lelaki itu mungkin tidak nampak kamu tapi kamu masih boleh nampak dia”.

Itu contoh ketegasan yang sudah ditunjukkan baginda demi keselamatan dan kesejahteraan keluarga. Bagaimana pula kita? Sejauh manakah kita sudah lari dari sunnah baginda? Lantas jika umat kini jadi haru biru dan dipenuhi gejala, salah kitakah atau salah agama?

Harap pihak Kementerian dan para penerbit TV lebih cakna untuk menegur atau menyekat sesiapa sahaja yang berpakaian ‘tidak’ sempurna’.

Nak boikot tv seratus peratus terasa macam rugi pula. Sekali sekala ada juga kebaikan dari siaran agama, dokumentari atau berita semasa. Cuma sudah bercampur aduk semuanya. Kena pandai pilih-pilih untuk santapan minda anak dan keluarga.

Teguran santai,
WARGA PRIHATIN

P/S: Ini adalah klip video yang dirakam langsung dari siaran TV minggu ini. Ada kalanya artis terlibat sudah pun bertaubat, namun rakaman tetap dimainkan juga atas hak penyiarannya. Anak-anak tidak tahu akan hal itu, yang penting apa yang disiarkan itulah yang akan mempengaruhi minda mereka.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: