Daripada jumlah tersebut, 171 kes telah diselesaikan manakala 248 laporan lagi masih dalam siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, sebanyak 25 kes peni­puan turut dilaporkan tahun lalu sehingga tahun ini dengan melibatkan sepuluh peguam yang menjadi suspek telah dituduh di mahkamah.

“Kita kesal dengan tindakan firma guaman yang sanggup menjalankan penipuan bagi me­ngaut keuntungan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya mereka percaya menjadi mangsa penipuan yang melibatkan urusan dengan peguam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Acryl Sani lagi, mang­sa-mangsa penipuan ini juga boleh melaporkan secara bertulis kepada Majlis Peguam mengenainya dengan melampirkan salinan laporan polis yang mereka telah buat.

“Bagi mengelak ditipu, orang ramai dinasihatkan agar menggunakan khidmat agensi berdaftar dan tidak mudah terpengaruh dengan tawaran,” ujarnya.