News!!

Hati-hati semua – pemangsa sedang mengintai anak kita

PEMANGSA SEDANG MENGINTAI ANAK KITA – FRIENDLY REMINDER
.

Baju kurung sebenarnya sudah cukup baik untuk mematuhi syariah pakaian muslimah jika ia tidak diubahsuai secara keterlaluan.

Kami duduk semeja dengan murobbiah rumah kebajikan ini. Perhiasan seperti gelang, cincin dan kalungnya amat mengkagumkan. Make-upnya nampak hebat. Pakaiannya juga kelihatan mahal dan berfesyen ‘high taste’.. Telefonnya pun nampak canggih.

Ketika mengambil makanan di luar, kami perhatikan gelagat anak-anak remaja ini. Pakaiannya ketat sekali. lekuk dan bonjolan punggung, juga kesan imej dari seluar dalam jelas kelihatan di punggung dan peha. Lebih malang lagi apabila lubang pusat dan lekuk-lekuk di perut atas ari-ari juga kelihatan sama. Itu terjadi walaupun ‘bahagian’ itu telah ditutupi oleh 2 lapis kain kerana terlalu sendatnya….

Sambil mengambil makanan, mereka melayan anak-anak laki-laki dan pekerja catering remaja lelaki dengan begitu mesra sekali. Dari anak mata, aksi bibir dan tangan mereka seperti memberikan satu ‘tanda’ yang luarbiasa. Di hujung majlis, mereka juga naik ke pentas dan ikut menari-nari lincah apabila dipelawa oleh juruacara.

Kepada para ibubapa, juga penjaga anak-anak remaja, khususnya anak-anak yatim yang diamanahkan kepada kita, janganlah taja pakaian yang ketat sendat sedemikian rupa. Ia sangat ‘membuka mata’ para pemangsa yang tidak pernah ‘leka’. Semua itu seakan memberi ‘tanda’ bahawa anak remaja yang sedang ranum ini adalah habuan mereka.

Dunia ini sudah terlalu terbeban dengan pelbagai gejala. Bahkan dunia sudah pun di hujung usia. Janganlah kita tambah lagi bebanan yang sedia ada. Ingatlah…, kita bakal ditanya tentang dosa anak di bawah tanggungan kita.

Anak-anak RPWP bukanlah baik-baik semuanya. Namun kami berusaha keras untuk memulihkan akhlak sebahagian dari mereka. Jangankan ikut menari di pentas, untuk bebas berbual mesra antara lelaki dan perempuan juga mereka merasa tidak selesa.

Bukan mudah untuk menegur orang kita. Isu mengaibkan, kecil hati, keras hati semuanya ada. Hanya dengan cara ini saja yang mampu kami bantu. Jika kita tidak mampu mengubah mereka, maka kita ubah sahaja diri sendiri dan orang di bawah jagaan kita.

Kerana itu jugalah kami usahakan SUMBANGAN PAKAIAN yang kami jahit sendiri melalui PROJEK PELANGI. Sekurang-kurangnya kami boleh reka sendiri pakaian yang patuh syariah untuk mereka.
.

Semuga ada hidayah buat semua,
WARGA PRIHATIN

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: