News!!

Gadis 15 tahun dirogol kenalan wechat berusia 19 tahun

KAJANG: Polis menahan seorang remaja berusia 19 tahun selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata suspek ditahan selepas mangsa tampil membuat laporan polis sehari selepas mendakwa dirinya dirogol di sebuah rumah di Taman Cheras Prima, di sini, petang Isnin lalu.

Beliau berkata, suspek mengajak mangsa pergi makan di rumah bapa saudaranya sebelum merogol mangsa.

Difahamkan mangsa mengenali suspek menerusi aplikasi WeChat.

“Kejadian jam 6.30 petang, apabila suspek dan mangsa sampai di rumah berkenaan, mangsa mendapati bapa saudara suspek tiada di rumah.

“Suspek kemudian menyuruh mangsa baring dan membuka seluar sambil memeluk mangsa dengan kuat, suspek kemudian menarik seluar mangsa dan merogol mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Dzaffir berkata, mangsa telah dibawa ke Hospital Kajang untuk pemeriksaan kesan rogol dan fizikal mangsa.

“Suspek yang tidak bekerja direman selama tiga hari bermula hari ini hingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

BH – 3 OGOS 2017

Comments

comments

1 Trackback / Pingback

  1. Pelajar Tingkatan 5 Yang Hamil 3 Bulan ‘Borong’ 5 Lagi Lelaki Baru Sempena Merdeka – WARNA ASIA

Leave a Reply

%d bloggers like this: