News!!

Video Leak : Pilihan Raya 13 Oktober 2017 ini

Adakah video ini mengesahkan tarikh pilihan raya kita pada 13 Oktober 2017 ini. Ini video leak yang diambil secara senyap-senyap. Adakah ini benar atau tidak? Sila tinggalkan komen anda

Dalam pada itu, menjawab video yang makin tular ini, SPR mengeluarkan satu kenyataan rasmi penafian.

KENYATAAN MEDIA:
SPR NAFI PRU OKTOBER INI

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya Suruhanjaya berkenaan kemungkinan PRU 14 akan dilakukan pada Oktober ini adalah tidak benar sama sekali serta mengelirukan masyarakat.

SPR telah mengesan terdapat dakwaan tersebut di media sosial yang mula ditularkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sejak semalam.

Faktanya, video yang tular itu adalah latihan simulasi oleh kakitangan SPR.

SPR juga akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi SPR.

Pengurusan Tertinggi SPR sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

SURUHANJAYA PILIHANRAYA
PUTRAJAYA

2 OGOS 2017

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: