News!!

Bersekongkol dengan Kongsi 360 – 6 pegawai kastam ditahan

KUALA LUMPUR: Enam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditahan polis Bukit Aman, selepas dipercayai bersekongkol dengan kumpulan kongsi gelap Geng 360 Devan melepaskan dadah diseludup ke negara ini.

Kesemua mereka yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata selain pelbagai jenis dadah, pegawai terbabit juga dipercayai turut melepaskan bahan berkaitan aktiviti menyeludup bahan mentah memproses dadah.

“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya mereka ini menerima imbuhan dari Geng 360 yang aktif dalam penyeludupan dan pengedaran dadah di negara ini sekurang-kurangnya sejak setahun lalu.

“Mereka akan dihubungi ahli 360 yang akan memaklumkan setiap jadual kemasukan dadah ke dalam negara ini namun siasatan terperinci masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.

Beliau berkata pada masa ini siasatan diteruskan bagi mengesan sama ada terdapat lagi individu lain yang turut terbabit dalam membantu aktiviti kumpulan kongsi gelap seperti ini.

“Mereka untuk siasatan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan disiasat selama 28 hari mengikut Seksyen 130 kerana membantu kumpulan jenayah terancang,” katanya.

6 Pegawai JKDM Boleh Dibuang Kerja

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sudah memulakan siasatan dalaman berhubung enam pegawainya yang ditahan polis selepas dipercayai bersekongkol membenarkan rangkaian kumpulan kongsi gelap Geng 360 Devan menyeludup masuk dadah ke negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Subromaniam Tholasy menegaskan jabatan itu mempunyai dasar yang ketat berhubung salah guna kuasa atau rasuah membabitkan pegawainya dan tindakan tegas termasuk buang kerja boleh diambil sekiranya terbukti bersalah.

Katanya, JKDM sedia memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan berhubung perkara itu.

“Kita serahkan kepada polis untuk mulakan siasatan, dan pada masa sama kita juga sudah memulakan siasatan dalaman.

“Saya tidak mahu buat kesimpulan awal, kita tunggu hasil siasatan daripada pihak polis. Apa yang pasti, saya ingin tegaskan kita tidak akan berkompromi dengan kegiatan rasuah atau salah guna kuasa di kalangan pegawai JKDM,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Polis Mungkin Tahan Beberapa Lagi Pegawai Kastam Yang Terbabit Dengan Kumpulan Kongsi Gelap

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang terbabit dengan kumpulan kongsi gelap.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata berdasarkan kepada siasatan ke atas suspek ditahan, ada kemungkinan polis akan menahan pegawai JKDM lain yang turut terbabit.

“Kes ini pada peringkat awal, hasil risikan dan maklumat siasatan awal kita telah menahan anggota kongsi gelap yang terbabit dalam sindiket membawa masuk dadah ke negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim menyiram pokok pada Pelancaran Sambutan Hari Hijau PDRM 2017 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur. – Foto NSTP/Asyraf Hamzah

“Susulan penahanan mereka, kita berjaya kesan hubung kait kumpulan kongsi gelap dengan beberapa orang pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terbabit memudahkan urusan berkenaan.

“Kemudian kita berjaya kesan enam pegawai terbabit dan mungkin saya tidak nafikan hasil soal siasat terhadap mereka akan ada lagi pegawai kastam yang akan ditahan,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran sambutan Hari Hijau PDRM 2017 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, di sini, sebentar tadi. -BH.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: