News!!

Bagaimana Rarecation dilonjak selepas kontroversi Aliff Syukri makan di kaki lima?

Jika ada kontroversi yang kita tak sengaja buat (mana ada orang sempurna kan?) atau yang kita terpalit kerana berada dalam kalangan orang yang kena kontroversi itu (walaupun benda tu tak salahpun… tapi netizen kan mahasuci dan mahabetul)… lalu apa kita nak buat?  tutup kedai?  menangis di bucu tiang?  hantuk kepala ke dinding sampai dinding pecah?  Tutup FB?  tutup IG?

ATAUPUN….

TUNGGANG saja kontroversi itu untuk menjadi ruang promosi PERCUMA!

Nak menangispun orang tetap bash.
Buat apa nangis… rugi!!.
Baik kita convert bayu angin negatif untuk menggerakkan LAYAR kapal kita.

Ingat! Nakhoda yang hebat mampu gunakan ribut untuk belayar lebih laju dan jauh berbanding yang terus lipat layar dan tunggu ribut reda. Yang penting… TIANG LAYAR KAU KUAT DAN LAYAR KAU LIAT!  Tapi kalau hati kau rapuh seperti kayu reput dan jiwa kau lembut macam tisu… sila lipat layar ye dik, nanti patah tiang koyak layar dek angin kuat.

Kapal kau tetap maju walaupun angin bertiup menentang (yang tak tahu ilmu pelayaran sila google dulu) baru tahu kapal layar boleh belayar ke depan dengan angin menentang dan kencang.

Keuntungan Rarecation dalam membawa keluarga Aliff Syukri Terlajak Laris itu agak memadai. Tetapi keuntungan yang diberikan atas isu kontroversi beliau makan di kaki lima dan melonjakkan nama Rarecation ikut terkenal satu Malaysia tanpa bayar satu sen itu jauuuuuhhh lebih besar dari keuntungan bawa trip beliau sampai berbelas2 hari.

Mulut orang bukan boleh kita tutup-tutup. Dah alang-alang tak boleh nak ditutup, kita buatlah mereka bercakap tentang kita pulak. Nak suruh cakap yang baik 1000x lagi lembab dari bercakap benda buruk. Dah alang-alang mereka mengumpat, kita pun pasang make-up tunjuk kita cantik sampai orang terpikat. Itulah gaya pemasaran yang kental untuk orang berjiwa liat.

Kita ni bukan saja-saja nak cari kontroversi tapi kalau dah jadi, buat apa nak menyorok muka dalam jamban. Go and face it… flush the shit out then go and make money.

Saya ni sendiri dah biasa kena bash dengan netizen atas sebab-sebab yang saya sendiri tidak sengajakan. Jenis saya pula bukan suka-suka nak cari kontroversi tapi cukuplah dengan bercakap benar apa dalam hati dari apa yang kita nampak sendiri untuk buat orang mengkontroversikannya (tak pasti ada tak ayat begini dalam BM).

Pelajarannya… Wahai netizen, thanks a lot. Ada antara kamu macam lebah yang akan cari baiknya dan sebarkan kebaikan itu ke pokok-pokok lain dan menjadi buah-buah yang ranum. Sebahagian lain pula seperti lalat yang cari buruk-buruk dan kemudian hurung taik lain dan membantu penguraian najis lalu menjadi baja kepada pokok yang lebah-lebah tadi debungakan. Walaupun menyakitkan hati dan hidung…tapi kamu juga membantu menjadi baja untuk jadikan buah lebih subur.

Seronok dapat mileage branding percuma. Tak pasal-pasal trip-trip Rarecation di www.rarecation.com jadi sendat pasal semua minat nak join.

Terima kasih Netizen kerana membantu. Terima kasih Dato’ Aliff Syukri juga kerana mencetuskan sesuatu yang berkesan untuk plan penjenamaan Dato’ dan juga menguntungkan kami.

SAIFUL NANG
Pengasas,
Rarecation.

*Sila share kepada kawan-kawan yang baru nak up jadi usahawan dan yang dah up up and away punya usahawan

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: