News!!

11 Sebab Kenapa ini Tempat Terbaik Ibadah Korban di Malaysia

 

Hari raya korban sudah tidak lama. Ketika ini ramai yang mula mencari tempat untuk melaksanakan korban dan akikah. Biar kami kongsikan sendiri pengalaman sidang pengarang kami tentang keistimewaan tempat ini. Baca hingga tamat untuk tahu di mana tempat ini. Banyak sebab untuk menjadikan tempat ini terbaik untuk ibadah korban. 

 

  1. Hasil sembelihan untuk asnaf & anak yatim dalam jaringan kebajikan tempat ini yang dikenali sebagai RPWP. Atau nama panjangnya ialah Rumah Pengasih Warga Prihatin (Rumah asnaf & Anak yatim). Bakinya menjadi bekalan makanan kepada 250 orang penghuni RPWP yang terdiri dari asnaf dan anak yatim. Daging korban anda itu terus sampai kepada asnaf dan diuruskan oleh asnaf juga diedarkan kepada asnaf. Orang biasa mampu beli daging wagyu kalau nak, ada asnaf makan daging hanya hari raya sahaja. Lebih berkat bila hasil korban itu dikongsikan dengan asnaf maka pahala korbanpun dapat, pahala amal jariah kepada asnaf juga dapat.
    14317590_10155181066302786_5396251341437415794_n

    Anak-anak yatim dan asnaf RPWP adalah sebahagian dari penerima daging korban melalui program Korban Perdana 2017.


  2. Anjuran anak yatim dan asnaf. Penganjuran program ini dianjurkan oleh asnaf & anak yatim di RPWP sendiri. Maka tidak ada isu kegusaran korban yang anda bayar itu masuk ke saku orang tertentu seperti banyak kes penyelewengan penganjur komersial yang tersiar di media. Lepas raya korban mereka upgrade kereta dan bina banglo guna duit korban. Di RPWP, keseluruhan pengendali ibadah korban ini TIDAK AMBIL UPAH MAHUPUN GAJI.
    14355559_10155181063942786_5903616308221888871_n

    Inilah sebahagian penganjur yang terdiri dari asnaf dan anak yatim. Ini adalah program ‘mereka’.


  3. Sesi akad, doa dan alunan takbir, tahmid dengan pembesar suara bersama anak-anak RPWP semasa penyembelihan. Tidak ada isu orang korban kemudian lembunya tak nampak. Bagaimana dengan yang tidak dapat hadir? Biasanya mereka akan akad dengan telefon atau whatsap semasa penyerahan dana dan juga semasa sebelum penyembelihan. Sebelum acara penyembelihan, semua peserta berpeluang untuk bertakruf dalam sesi khas yang diadakan di dewan.
    14238160_10155181065007786_2778148423798005438_n 

    Sessi akad bagi peserta korban tahun lalu yang dapat hadir ke masjis penyembelihan korban dan akikah.

  4. Penggunaan jentera melancarkan urusan  Korban di RPWP. Namun masih mengekalkan sentuhan manusia dalam banyak perkara. Setiap warga memainkan peranan masing-masing mengikut kemampuan mereka. Kerja jadi cepat dan efisyen.14344158_10155184714067786_1960201834631918017_n

    Pengetua RPWP yang berstatus OKU juga turun tangan mengendali jentera dan menumbangKAN lembu juga. Forklift dan JCB yang digunakan sangat mempercepatkan urusan dan haiwan korban juga lebih tenang.


  5. TIADA PEMBAZIRAN kerana dari daging, kulit, perut sampailah kasut lembu korban juga dimanafaatkan. Lihat dalam gambar bagaimana gigihnya mereka membersihkan usus dan perut lembu.14344155_10155181063567786_3005864742990964908_n
    14317419_10155184713887786_5595585276617879497_n

    Team ibu-ibu RPWP gigih menguruskan bahagian-bahagian yang sebahagian tempat korban akan terus buang. Di RPWP banyak lauk boleh dibuat.


  6. Fasiliti yang bersih dan meyakinkan juga salah satu punca tempat ini yang terbaik. Fasiliti ruang melapah yang sedia ada dengan berlantai bersih dengan simen dan tile boleh menguruskan sekurang-kurangnya 18 ekor dalam satu-satu masa. Penggunaan pembasmi kuman turut mengelakkan serangan lalat.
    14329894_10155181063577786_8564433493122870931_n

    Tempat melapah, tempat sembelih dipastikan bersih dan dinyahkuman sentiasa.


  7. Ruang dan Peluang pembelajaran kepada anak-anak yatim dan asnaf di RPWP. Mereka diberi tunjuk ajar oleh bapa-bapa dan ibu-ibu RPWP dan sukarelawan korban bagaimana cara pengendalian ibadah korban. Jangan risau, bahagian urusan menyembelih mereka tidak serah pada anak umur 7 tahun. Juga semua mereka terpantau oleh orang dewasa yang berpengalaman.14364784_10155186698752786_7165284794526105487_n
    14330025_10155184714202786_1998835153127006865_n

    Banyak anak-anak ini belajar dalam menguruskan sembelihan.


  8. Tempat simpanan daging menggunakan reefer kontena 40 x 8 x 9.5  kaki. InsyaAllah jika tahun lepas, selepas daging diedar kepada asnaf di kejiranan setempat sebahagian besarnya mereka dapat simpan dalam reefer dingin beku ini selama hampir 1 tahun sebelum habis digunakan dalam menu seimbang anak-anak RPWP. Tak perlu risau daging busuk dan membazir.
    14358904_10155184714577786_1974900077780404469_n

    Daging yang dikorban boleh disimpan di sini untuk diedarkan kepada asnaf tanpa perlu pembaziran kerana ketiadaan ruang. Biasanya untuk tidak membazir orang beri sahaja kepada sesiapa termasuk orang-orang yang kaya macam taukey kosmetik tapi dengan adanya reefer ini, tidak rushing untuk edarkan daging korban dan boleh juga menjadi bekalan makanan kepada anak yatim dan asnaf RPWP sendiri.


  9. Harga lembu TANPA MARK-UP dari penganjur Korban mereka transparent dengan harga lembu dari ladang dengan kos penghantaran. Jika lembu berharga RM4400 maka RM4400 juga yang dibayar oleh peserta korban.

    14355559_10155181063942786_5903616308221888871_n

    Walaupun ada yang menjadikan ibadah korban satu perniagaan, pada RPWP ini bukan satu perniagaan tetapi membantu orang lain melaksanakan tanggungjawab secara berkat.

  10. Rewang dan Makan sama selepas ibadah korban selesai. Seperti tahun lalu, mereka memantai memasak bersama-sama dan habis sahaja ibadah korban, sup tulang segar sudah tersedia biasanya. Makan bersama-sama dalam keadaan penat selepas melapah memang kenikmatan tak tergambar.

    14370361_10155184714017786_5941334764011260451_n

    Lepas menyembelih, kita boleh menghirup sup tulang terus sambil bersilaturrahim dan kenal mengenal. Menarik !

  11. Tempat rekreasi keluarga yang luas. Peserta Korban boleh tinggal di RPWP kerana mereka juga sediakan tempat tidur. Tetapi tidaklah selesa macam di Marriot, hanya secara open di bawah kolong kontena yang sentiasa berangin. Yang datang dari jauh tak perlu nak rushing sangat. Soal nak bayar, RPWP biasa akan tanyakan berapa sahaja sedekah yang dirasakan wajar untuk tinggal di RPWP. Kita pun kena ingat, kita guna air, eletrik, makan dan pelbagai lagi. Sekadar yang wajar-wajar tapi kalau nak beri lebih, apa salahnya.14344893_10155181065872786_1748763331419126668_n
    Sebahagian peserta korban ada yang memilih untuk bermalam bersama-sama sambil melayani masakan-masakan daging segar bila dah jadi sup atau yang nak merasa BBQ secara santai atas lantai. 

 

InsyaAllah pada WA, ini ialah satu-satunya tempat yang unik dan paling memberi faedah kepada mereka yang nak berkorban. Nak beri korban di luar negara, kalau genuine pun sebahagian dah jadi “Admin Fees”. Kalau yang tak genuine langsunglah terus tak ada apa disembelih. Nak marah pun jauh, nak kata dia tak sembelih pun kita ni jauh. Maka inilah tempat yang paling sesuai untuk ibadat korban.

IBADAT KORBAN RPWP 2017

Kesempatan ini juga kami kongsikan maklumat ibadat korban untuk tahun 2017 ini. Berikut ialah harga untuk korban tahun ini di RPWP

SEEKOR LEMBU – RM4400
1 BAHAGIAN LEMBU – RM650
1 EKOR KAMBING – RM900

Bayaran juga boleh dibuat secara online ke akaun: ‘PRIHATIN SERVICES’ MBB #5620 2160 7398

ATAU

Bayaran dengan cek kepada: ‘PER KEB RMH PENGASIH WARGA PRIHATIN 2012’ MBB #5620 2161 1721

Sila hubungi nombor ini sekiranya berminat
0172267533 – Haji Saiful Nang
019-253 6474 – Ustaz Shauqi Hasan

MARI KITA BERKORBAN!
MARI KITA AKIKAH!

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: