News!!

Kanak-kanak 7 tahun rogol 6 tahun antara sebab RPWP ada 2 tadika

Ini hanya 1 dari banyak kes ‘juvenile rapist’ yang tidak dilaporkan atas alasan nak tutup aib keluarga mangsa. Di Astro Awani sekarang ini pun sedang berlegar kes 3 saudara perempuan yang dirogol abang sendiri.

Sebenarnya terlalu banyak kes perogolan kanak-kanak yang tidak dilaporkan, terutama apabila pemangsa juga seorang kanak-kanak dan dari kalangan saudara mara sendiri.

RPWP pernah mengisahkan tentang gejala Juvenis Rapist sebelum ini di SINI
abu zar cute

Semua ini berlaku akibat dari pengaruh persekitaran di mana aktiviti seks sudah jadi terlalu terbuka dan mempengaruhi anak-anak seawal usia tadika. Ibubapa pula sudah semakin liberal dan gagal menetapkan ‘rules and regulations, boundaries and limitations’ pada anak-anak mereka.

Jika tidak dikesan segera, perlakuan ini akan berulang dan berlarutan sehingga mangsa sering menjadi ‘ketagihan seks’ pula.

Lebih menyedihkan bila RAMAI di antara mangsa yang turut mengalami trauma pada organ peranakan seperti serviks dan rahim mereka. Tidak kurang yang terhamil, mengalami keguguran dan keputihan yang berpanjangan.

Inilah sebab mengapa RPWP ada 2 sekolah tadika di lokasi yang berlainan. Satu untuk anak-anak lelaki dan satu untuk anak perempuan. Anak-anak perempuan sudah kami pisahkan dari anak-anak lelaki seawal usia 2-3 tahun.

Anak perempuan dilatih untuk berpakaian patuh syariat dengan rangka aktiviti yang sesuai dengan fitrah kewanitaan mereka sejak seawal usia 2 tahun lagi. Anak lelaki juga diajarkan apa yang fitrah untuk membangun fitrah kelelakian mereka. Biarlah orang nak kata kami kolot sekalipun.

Kalaulah ibu bapa tahu hasil kajian kami tentang bencana gejala sosial ini, pasti sudah tiada selera lagi untuk ‘bertangguh’ melakukan apa yang ‘sewajarnya’ terhadap anak-anak kita.

Bangkitlah semua. Jangan ambil enteng lagi. Bersihkan segala salah laku diri kita sendiri kerana anak-anaik sedang memerhati. Hentikan segala kecelaruan dalam tadbir urus keluarga. Angkat dan daulatkan aturan Allah dalam rumahtangga kita jika inginkan hidup lebih selamat dan sejahtera.

WARGA PRIHATIN

***********************

KUALA LUMPUR: Polis Melaka sedang menyiasat secara telita kes seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang mendakwa dirogol kanak-kanak lelaki yang baharu berusia tujuh tahun dalam satu kejadian di Bukit Beruang, Melaka.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Ruslan Hassan berkata, pihak polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu pada 20 Julai lalu sekitar 9.45 malam.

Beliau berkata, laporan itu dibuat ibu mangsa yang merupakan seorang ibu tunggal selepas anak perempuannya mengadu sakit pada bahagian kemaluan setelah pulang dari rumah pengasuhnya di sekitar Bukit beruang.
Mangsa juga mengadu kepada ibunya merasa kesakitan pada kemaluannya selepas dilakukan oleh kanak-kanak lelaki terbabit yang juga anak pengasuhnya.

Bagaimanapun jelas Ruslan, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih berjalan dan perlu disiasat secara lebih terperinci kerana ianya melibatkan dua kanak-kanak.

“Saya boleh mengesahkan bahawa polis ada menerima laporan satu berita keluar dalam akhbar.

“DNA kita sudah ambil, tetapi kami tidak menahan ‘suspek’ berumur 7 tahun. Kita pun telah memanggil ibu mangsa dan petang ini kita akan berjumpa dengan keluarga ‘suspek’.

“Dalam kes ini, kita perlu melihat beberapa seksyen di bawah undang-undang termasuk Akta Keterangan Kanun Keseksaan yang dinyatakan jelas bawah Akta 82 dan 83 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka hari ini.

Ruslan berkata kes kini disiasat mengikut Seksyen 82 Dan 83 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak.

Dalam pada itu difahamkan, mangsa yang sememangnya menetap di rumah pengasuhnya selepas pulang dari sekolah tadika pada setiap hari itu turut mendakwa, suspek berusia tujuh tahun tersebut juga memasukkan jarinya pada bahagian sulitnya.

Ibu mangsa yang mendapati terdapat kesan merah pada kemaluan anaknya itu terus membawa kanak-kanak perempuan itu ke hospital Melaka untuk menerima rawatan

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: