News!!

Dato Aliff Syukri Terlajak Laris makan di kaki lima, Jawapan Syarikat Travel ini WIN!

Tular pada waktu ini bila Dato’ Aliff Syukri yang terkenal dengan gelaran Abang Terlajak Laris (ATL) yang memuat naik status di instagramnya yang menyatakan sedih bila kena halau dari restoran kerana bawa makanan luar. Sikap beliau mengundang satu kritikan pedas dari Chef selebriti Malaysia Chef Wan untuk menyelar tindakan itu seolah-olah ia satu tindakan kebudak-budakan.

Namun begitu, tidak semena-mena syarikat pengendali pelancongan yang popular dengan gaya pengembaraan yang membawa genre RARE atas jenama Rarecation pula yang dikecam kononnya semua ini salah pengendali trip ini. Pengendali trip ini telah menjadi pilihan Dato’ Aliff Syukri sekeluarga kerana merit yang sangat cemerlang dalam penganjuran pengembaraan yang sangatttttt unik ke tempat-tempat yang biasanya orang tidak pergi NAMUN SANGAT MENGAGUMKAN dan syarikat ini juga terkenal di kalangan VVIP dan VIP.

Admin sendiri rasa tak ada salahnya. Kita orang Melayu memang sangat beradab menjaga adab sopan ke mana-mana kita pergi. Mat Saleh datang tempat kita siap minta sedekah nak sustain hidup sebagai traveler. Tapi kita pergi tempat orang, makan di kaki lima orang tempatan tak bising-bising tapi orang Malaysia yang bising. Baca balasan kecaman netizen kepada Rarecation atas isu ATL ini…memang win.

Ikuti apa komen pengasas kepada Rarecation yang juga dahulu terkenal sebagai jurugambar selebriti berprofil tinggi dan juga jurugambar diRaja Sultan Brunei dan Sultan Kelantan, Saudara Saiful Nang. Perkongsian ini kami petik dari FB Saiful Nang sendiri dan sebahagian gambar ekslusif dari ofis beliau kepada kami (maklumlah kami ni satu ofis).

 

 

20292877_10155551031213210_7087380178171660573_n

20294218_10155551038898210_557659619496285693_n

MAKAN DI KAKI LIMA BUKAN GAYA RARECATION
 
Salam semua. Berikutan dari teguran Chef Wan kepada Dato’ Aliff Syukri yang memuat naik status makan bekalan di sebuah restoran di Zurich Switzerland kemudian mengadu dihalau kerana membawa makanan bungkus dari rumah. Saya fikir itu sangat logik kerana kedai mamak di Malaysia pun tulis besar-besar NO OUTSIDE FOOD ALLOWED.

Tiba-tiba ada pula golongan yang tahu pengembaraan Dato’ Aliff Syukri kali ini disusun oleh Rarecation yang merupakan sebuah syarikat pelancongan yang dikendalikan oleh saya dan pasukan saya. Ada yang mengatakan…”agaknya INILAH YANG RARE dalam pengembaraan Rarecation kot”

Aliff Syukri ni bukanlah tak mampu makan makanan di restoran juga bukanlah kita yang bawa beliau tak tahu mana nak cari makanan halal yang berlambak juga ada di kota-kota besar Eropah, tapi LIDAH dia memang tak boleh nak masuk benda lain selain makanan Melayu. Wife dia yang hari-hari memang masakkan untuk dia yang kena dengan lidah dia. Itu citarasa peribadi, saya fikir kita tak perlu nak kecam.
 
Kedua, biar saya ajak semua berfikir sedikit. Aliff Syukri ni shopping jam Rolex di Swiss pun main tunjuk tunjuk tunjuk…ok bungkus ye dik semua sekali. Main selet jer dia bayar. Agak-agak kenapa dia pilih Rarecation ? Mesti kerana ada sesuatu yang buat dia rasa Rarecation ialah CITARASA DIA. Boleh sahaja dia bayar pakej yang pakai jet peribadi landing terus ada limo ambil dan masuk hotel suite siap butler lagi sampai gigi pun orang tolong gosok kerana dia mampu. Tapi dia nak juga Rarecation…mesti ada sebab lagi-lagi Aliff Syukri ini citarasa dia tinggi beb!
 
Biarlah saya tunjuk 2 gambar ini. Satu ATL makan di kaki lima sementara satu lagi trip Rarecation biasa yang makan di tepi laut di tempat perkelahan yang proper. No! bukan kerana nak cut budget pun kerana di Europe, Australia, NZ, Japan dan seluruh dunia kebanyakannya menyediakan tempat perkelahan awam secara PERCUMA sahaja dengan pemandangan yang lagi cantik dari makan di restoran mahal.
2017-07-19 09.11.28
Ini citarasa beliau yang sukakan menikmati makanan dengan sensasi beliau yang tersendiri. Pada kami “Customers is always right” as long as tidak melanggar undang-undang.
Wa-237
Foto makan tengahari trip Rarecation yang biasa. Foto ini diambil di Frenchman Bay di Vancouver Beach WA. Tempatnya proper dan bukan di tepi jalan malah di tepi laut.
 
INI IALAH PILIHAN ATL dan bukan dalam perancangan kami. Kami hormati keputusan itu selagi tidak menyalahi undang-undang. Janganlah kata travel dengan Rarecation sahaja ATL kena makan di kaki lima sedangkan sebelum ini tidak bersama Rarecation juga beliau di KLIA pun boleh makan atas lantai bersila. Rumah dia lengkap dengan meja mahalpun makan masih nak bersila di dapur. Itu PILIHAN DIA dan sebagai pengendali, kita ikuti apa sahaja yang dimahukan client selagi tidak melanggar undang-undang setempat.
 
Apa yang dikritik oleh Chef Wan itu ada benarnya dan saya boleh setuju semuanya yang dikatakan. Ada sebahagian trip Rarecation memang kita perlu memasak dan makan secara picnic tapi belum pernah sampai kena makan di tepi kaki lima. Kami boleh sahaja pakejkan pengembaraan kami sekali dengan pakej makan tetapi Rarecation TIDAK SAMA DENGAN SYARIKAT LAIN. Rarecation menekankan PENGALAMAN PENGEMBARAAN bukannya DESTINASI PENGEMBARAAN. Lebih kurang 99% peserta Rarecation mengakhiri trip seperti adik beradik rapat walaupun asalnya tidak kenal mengenali. Bagaimana?
 
Jika kerana jalan-jalan tempat lawa…semua company buat begitu dan sampai tempat lawa semua buat hal sendiri. Masa bila nak berkawan?
 
Kalau nak tunggu atas bas baru nak berkenalan dengan peserta lain, biasanya naik bas terus tidur. Masa bila nak icebreak?
 
Kalau di hotel semuanya balik dan pergi ke cafe untuk makan, semua orang akan makan sendiri-sendiri mengikut kawan yang dia kenali dalam trip itu. Masa bila nak berkenal mesra?
Tapi bila kita kena pakat beli barang pasar sama-sama, memandu sama-sama, potong bawang bersama, memasak bersama, dan makan bersama…ada banyak kelebihan pada kebersamaan antara peserta. Dan itu semua PRICELESS. Yang mula-mula komplen kenapa masak sendiripun akhirnya bila nak berpisah dia yang lebih-lebih tangisan Akademi Fantasianya (pusingan penyingkiran). Ini berlaku biasanya dalam trip kategori Rare, Medium Rare & Extreme Rare kami. Untuk trip WELL DONE kami…biasanya makanan disediakan.
Rare-1
Memasak sendiri memberi Rarecation peluang untuk melayani lidah Melayu yang sukar berkompromi dengan citarasa Continental. Apa salahnya masak sendiri…cuba tengok gambar di bawah ni, tak nampakpun macam meraka ni semua stress kena memasak. 
 
Rare-38
Gembira jer semua balik berjalan terus masak. Selipar masak asam pedas pun boleh jadi sedap kalau rewang macam ni. 
Dalam satu sudut lain, saya lihat ini permainan ATL yang menyukai publisiti. Tidak kira samaada publisiti murahan atau mahalan padan dia kedua-duanya publisiti yang melariskan penjenamaan diri sendiri dan produk beliau.
Lumrahnya, publisiti negatif 10,000x lebih laju dari publisiti baik-baik. Dan beliau akhirnya gunakan publisiti negatif itu untuk menaikkan jenama-jenama beliau. Walaupun saya sendiri tak sanggup lakukan sebegitu untuk publisiti, tetapi ternyata cara itu sangat berkesan. Syaratnya, ATL kena tahan hati (memang dia sangat tahan hati bila kena kecam) dan tidak melatah.
Rare-41
Inilah yang rare dalam Rarecation. Makan di kaki lima jalan dan percubaan makan di restoran dengan bekalan kita tapi beli air sahaja di restoran itu tidak pernah ada dalam perancangan kami di mana-mana siri Rarecation sekalipun. 
Kesimpulannya ialah, yang dikecam ATL makan di kaki lima itu bukan sebahagian dari perancangan Rarecation. Rarecation punya stail sanggup cari port yang panaromic indahnya hanya nak merasa melayani makan tengahari dan minum petang penuh style dengan menhirup kopi berlatar belakangkan gunung bersalju dan menghadap tasik superlawa dengan air yang sangat bening hingga ke dasar. Tapi rasanya dalam sejarah kami ada sekali perjalanan yang panjang di kawasan berais… last-last berhenti tepi jalan makan tengah-tengah ais di tepi jalan sunyi yang sangat cantik. Itu masa di Iceland lah… lagipun memang tempat tu cantik bukan pasal saja-saja nak makan tepi jalan.
 
Apa yang berlaku pada ATL semua itu ialah PILIHAN PERIBADI dan bukannya sebahagian dari Rarecation. Apapun, kami ucapkan tahniah kepada Kapten Aaron yang pada waktu saya menulis disclaimer ini, penerbangan beliau pulang bersama ATL dan keluarganya berada di atas laut Andaman menuju pulang ke Malaysia. Tahniah kerana berjaya menamatkan misi dengan review kepuasan hati pelanggan yang sangat baik walaupun anda bertugas lillah billah semata-mata, tanpa upah dan gaji.
Guys… ini trip ATL dan kami hanya fokus untuk beri yang terbaik untuk pelanggan kami. Jika makan di kaki lima itu akan buat dia happy dan tidak melanggar undang-undang setempat… silakan. Nanti masa anda pula yang jadi pelanggan kami dan citarasa anda suka makan atas padang ragut, kami juga akan cuba hormatinya.
 
Tidak semua orang gembira dengan cara yang sama. Yang penting, kita saling hormat menghormati.
 
Sekian
 
SAIFUL NANG
Founder
Rarecation

 

 

 

Comments

comments

2 Comments on Dato Aliff Syukri Terlajak Laris makan di kaki lima, Jawapan Syarikat Travel ini WIN!

  1. Pada saya tak salah nak makan kat mana pun yang tak melanggar undang-undang…
    Yang salah bila kita pergi ke tempat orang tapi tak menghormati tatasusila masyarakat setempat…

    Ada beza antara tak langgar undang-undang dan tak menghormati tatasusila masyarakat setempat…
    Tolong lah…
    Sebagaimana kita nak orang lain menghormati kita seharusnya kita juga mesti menghormati tatasusila dan adab orang lain juga…
    kita hormat kat orang baru lah orang hormat kat kita…

    Maaf lah…
    Perbuatan orang yang syok sendiri dan selfish ni telah benar-benar memalukan orang Malaysia amnya dan orang Melayu terutamanya…

  2. Dato’ Alif memang pakar cari publisiti dan marketing. Simple, tak over dan efektif.

Leave a Reply

%d bloggers like this: