News!!

Tips Kamera Untuk Videografi

Selalu kan dengar bila orang mula nak berjinak dalam videografi, selalu pening nak kena pakai kamera apa? Jenis dia? harga dia? Kalau salah beli, rugi pula. Brand dah makin banyak, so apa solution dia?

Okay kat sini korang boleh tengok beberapa tips nak cari kamera untuk buat videografi. Follow je.


TAK TAHU KAMERA APA SESUAI?

Jangan ikut hati. Tengok kamera yang banyak manfaat. Sebagai contoh boleh record format 4K, frame rate tinggi, mudah digunakan, battery tahan lama. Mahal? ada yang murah sebenarnya. Korang je tak tahu. 

5


MACAM MANA NAK KURANG SHAKING?

Tahu apa tu Image Stabilizer? Kamera yang buit in dengan Image Stabilizer tu dapat bantu korang untuk kurangkan shaking dalam footages, So kalau korang hand held time tengah shoot, masih boleh buang shaking semasa dalam editing. 


FRAME PER SECOND YANG TINGGI (FPS)

Cari frame rate yang tinggi! Kenapa? Sebab dengan korang boleh buat slow-mo, boleh buat video freeze, dan footages diorang akan lebih cantik dan smooth. Ada yang 50 fps, 60 fps, 120 fps. 


BERAT NAK BAWA KAMERA?

Kalau perasan sekarang, trend kamera mirror less makin banyak di pasaran. Sebab apa? Ringan, frame rate tinggi, Iso tinggi dan macam-macam lagi lah. Harga pun ada yang affordable sebenarnya. 

6


“SAYA TAK PANDAI”?

Walaupun korang pakai kamera paling mahal pun tapi kalau tak latih Art of Seeing tak jadi apa. Macam mana nak latih? Sentiasa tengok references video yang sedia ada. BELAJAR TIRU dari video yang korang rujuk. Atau rajinkan diri datang kelas-kelas video. Ilmu ini kena berguru.

Ini antara tips yang korang boleh follow untuk cari kamera. Untuk jadi seorang videographer yang bagus, jangan berhenti belajar ye. Semoga bermanfaat.

Mahukan lebih tips fotografi/videografi? Klik di www.snap.my. Selamat mencuba!

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: