News!!

Tips Fotografi Untuk Gambar Air Terjun Yang Mantap

Pernah tengok gambar air terjun atau jeram dan nak tahu macam mana nak ambil? Ok, di sini kami kongsikan sedikit tips mudah bagaimana untuk mengambil gambar air terjun.

Tetapan Kamera (Camera Setting)

Antara perkara yang mencantikkan sebuah gambar air terjun adalah dimana ‘slow shutter’ digunakan dan kita dapat melihat ‘flow’ air tersebut. Untuk dapatkan ‘flow’ tersebut tetapan kamera adalah seperti berikut :

Aperture : F8 dan ke atas
ISO : 100
Shutter speed : 5 – 10 saat, bergantung juga kepada kelajuan air tersebut

 

Untuk mendapatkan ‘shutter speed’ 5-10 saat tanpa ada kawasan yang ‘overexposed’, anda memerlukan peralatan tambahan iaitu filter ND8.

 

filter ND8

Filter ini fungsinya untuk menapis/menyekat cahaya supaya ‘shutter speed’ yang lebih lama dapat digunakan.

 

Waktu

Antara waktu terbaik mengambil gambar air terjun adalah ketika waktu awal pagi/lewat petang. Ini kerana pada waktu ini matahari berada di ufuk langit. Jika anda bernasib baik mungkin mendapat ‘Ray Of Light’ pada gambar.

 

Waktu pagi lebih baik berbanding waktu petang kerana di sesetengah tempat dan pada cuaca tertentu, anda mungkin mendapat kawasan yang berkabus di kawasan air terjun itu. Ini memudahkan lagi anda mendapat gambar dengan ‘Ray of Light’ dan gambar yang lebih cantik dan unik.

 

 

7

 

Aspek Keselamatan

Didalam mengambil air terjun ini, anda juga perlu berhati-hati dengan :

1. Kawasan Licin

Pastikan anda berhati2 melangkah dan memakai kasut yang bersesuaian. Jika tersilap langkah bukan sahaja gadget yang tenggelam, mungkin anda juga boleh tercedera.

2. ‘Kepala Air’

Tengok keadaan cuaca ketika anda mengambil gambar, jika cuaca agak mendung dan kemungkinan hujan di bahagian hulu sungai. Cuba elakkan mengambil gambar di kawasan yang sukar untuk anda keluar dari sungai. Dan jika merbahaya lebih baik anda tangguhkan dahulu sesi mengambil gambar tersebut.

2

Itu sedikit sebanyak tips mudah didalam mengambil gambar air terjun/jeram. InsyaAllah di masa akan datang kami akan tambahkan lagi tips2 tersebut.

4

Selamat Mencuba 

Boleh juga layari SAIFUL NANG ACADEMY untuk maklumat lanjut.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: