News!!

Kebaikan bawang putih yang tidak semua ibu-ibu tahu

Salam semua, hari ini admin hendak kongsikan satu tips untuk mommies di luar sana yang menghadapi masalah anak batuk kahak yang teruk dan tidak berhenti-henti, walaupun pelbagai balm atau cara dicuba masih lagi ada kahak dalam dada anak kita.

Petuanya adalah dengan menggunakan bahan masak di dapur kita sahaja iaitu bawang putih dan minyak. Untuk seorang anak, kita boleh gunakan hanya 2 ulas bawang putih sahaja, kecuali kalau nak buat stok untuk simpan lama. Manakala untuk minyak, boleh pakai sama ada minyak masak, minyak zaitun atau baby oil. ( Disarankan pakai minyak zaitun kerana tidak berminyak dan cepat meresap ke dalam kulit)

Caranya senang sahaja;
1) Bakarkan bawang putih 2 ulas tersebut kemudian kupas kulitnya.
2) Ketuk bawang putih tersebut sehingga lumat kemudian masukkan juga didalamnya minyak dalam bekas yang bersesuaian.

Kemudian sapukan campuran tersebut pada dada, bahagian belakang dada, bawah kaki dan sapu sedikit di hidung, inshaaAllah lebih baik dari balm yang sedia ada di pasaran.
Untuk bau pula, jangan risau kerana baunya memang wangi seperti bau garlic bread kerana bawang putih yang telah dibakar dicampur pula dengan minyak.

Pasti anak tidur lena semalaman dengan nafas yang tidak berbunyi.

 

Selamat mencuba ya, mommies!

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: