News!!

Penajaan Pembedahan Tulang Belakang Asnaf

Salam semua khalayak pembaca. Dimaklumkan bahawa seorang asnaf dari Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) memerlukan pembedahan segera ke atas tulang belakangnya di hospital kerajaan.

Memandangkan asnaf ini bukan dalam golongan yang boleh mendapat pembiayaan penuh di hospital kerajaan, maka sebahagian kos bahan pembedahan serta rawatan susulan beliau yang akan memakan belanja sekitar RM18,000 ini memerlukan penaja.

Tidak rugi berbelanja kepada asnaf ini, yang merupakan guru, pendidik, buruh binaan, penggalang, dan perancang di sebalik kewujudan RPWP.

IMG_2536
Sebahagian dari asnaf yang mewakafkan diri mereka untuk membangunkan ummah melalui RPWP (Rumah Anak Yatim dan Asnaf) dan AIP (Akademi Insan Prihatin), sekolah khusus untuk anak yatim dan asnaf. Mereka berkorban untuk bekerja tanpa gaji dan cuti kerana Allah, bahkan dengan waktu kerja hampir sepanjang hari dan malam. 

Seperti biasa, asnaf ‘fakir’ selalunya memelihara diri dari meminta-minta. Kerana itu Allah sarankan agar sumbangan kepada mereka tidak diberi secara terbuka (Albaqarah: ayat 271-273).

Ayat 271. Jika kamu menampakkan sedekah, maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang FAKIR, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

SIAPAKAH SI FAKIR? Mereka adalah insan yang mewakafkan diri sepenuh masa untuk berjihad di jalan Allah dalam usaha membangun ummah.

Ayat 273. (Berinfaqlah) kepada orang-orang fakir yang terikat di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengatahui.

Atas asbab privasi dan ingin menjaga hatinya, kami hanya akan perkenalkan asnaf itu kepada pemberi yang budiman (jika diminta). Kami hanya dapat kongsikan imej x-ray tulang belakang beliau yang memerlukan pembedahan segera ini.

00 xray afiq

Mungkin tidak semua memiliki wang sebanyak itu, namun setiap orang ada kemampuan tersendiri. Dengan ‘crowd funding’ mengikut kemampuan masing-masing, InsyaALLAH asnaf ini bakal sihat semula untuk meneruskan wakaf diri buat menggalang tugas membangun RPWP sebagai institusi kebajikan anak yatim dan asnaf yang mandiri.

Bagi yang benar-benar berminat menjadi penaja, atau membuat sumbangan mengikut kemampuan bolehlah gunakan akaun berikut untuk pemindahan;

PRIHATIN SERVICES
MAYBANK AKAUN : 5620 2160 7398

PER KEB RMH PENGASIH WARGA PRIHATIN 2012
MAYBANK
AKAUN  : 5620 2161 1721

Diharap boleh menghantarkan slip pemindahan melalui Whatsap / Telegram ke talian 019-5588508 (Uda) atau 013-5858789 (Maklong) untuk urusan rekod dan akad secara atas talian melalui whatsap / Telegram. Jika mahu berjumpa dan menyampaikannya secara peribadi juga amat dialu-alukan. Boleh hubungi nombor yang sama.

Marilah sama-sama ambil peluang untuk beramal jariah. Adakalanya kita mungkin ada masa tetapi tiada wang untuk berbakti kepada agama. Ada yang berharta namun kekurangan masa untuk turun tangan dalam kerja pembangunan agama. Inilah masa di mana kedua-dua golongan yang saling perlu memerlukan ini berganding bahu.

Dengan kongsikan pemakluman ini kepada yang lain juga merupakan satu cabang jihad dan doa. Semuga Allah memberkati usaha kita semua.

PROJEK PELANGI

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: