News!!

Rahsia Mee kuning sedap bebas dari pengawet berbahaya

Zaman sekarang, macam-macam bahan pengawet yang diletakkan di dalam makanan yang telah diproses dan tanpa kita sedar, tubuh badan kita mengambil banyak bahan pengawet termasuklah dalam minuman kita. Sudah tiba masa,kita mengambil makanan ber-organik atau selamat dimakan bebas dari bahan pegawet yang merbahaya.

Kali ini, admin nak kongsikan resepi mee kuning yang boleh dibuat sendiri bebas tanpa bahan pengawet tetapi sedap sangat, lepastu tiada rasa pahit-pahit kapur lagi.

Bahan-bahan pembuatan mee kuning:

IMG_2309.jpg

Bahan-bahan (1kg):

  • Tepung gandum – 1 kilo
  • Air masak- 500ml
  • Telur – 1 biji
  • Pewarna kuning – 1/2 sudu teh
  • Garam halus – 3 sudu besar
  • Air kapur sirih – 1 sudu besar

Baik, jom mula:

1. Mula-mula campurkan telur, garam dan pewarna, kacau sehingga rata. Kemudian masukkan air ke dalam campuran tadi.

2. Seterusnya, masukkan bahan-bahan yang telah dicampur tadi ke dalam tepung, selepas itu baru masukkan air kapur.

3. Kemudian, uli doh sehingga permukaannya licin dan tidak merekah. Semasa menguli, jika doh kering tangan perlu dibasahkan dengan mencelup tangan di dalam air.

IMG_2218.jpg

4. Doh yang siap diuli dibahagi kepada 2 bahagian dan dikepal-kepal, kemudian diperap di dalam plastik sekurang-kurangnya 10 minit. Tujuannya untuk melembutkan doh. (Lebih lama diperap, doh akan menjadi lebih cantik.)

5. Sebelum doh dimasukkan ke dalam mesin pembuat mee, doh yang telah diperap tadi perlu digelek dahulu supaya ia menjadi bentuk leper.

6. Doh yang telah digelek tadi  dileperkan lagi dengan menggunakan mesin supaya ia  menghasilkan ketebalan mee yang sama. Selesai leper, mee di sapu minyak disetiap bahagian. Kemudian barulah di masukkan di dalam acuan mee.

7. Dah jadi mee, boleh terus celur. Pastikan air sudah menggelegak sebelum dicelur. Semasa celur, perlu kacau supaya tidak bergumpal. Jangan celur terlalu lama nanti mee akan menjadi kembang dan pecah.

8. Selepas dicelur, mee tersebut ditos dan digaulkan dengan minyak sehingga rata. Sambil gaul kena leraikan mee tersebut.

9. Mee siap dan boleh terus makan.

*** Mee boleh tahan sehingga 2 minggu jika disimpan di dalam peti sejuk.

*** Sekilo tepung gandum menghasilkan 2 kilo mee.

 

Selamat mencuba!

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: