News!!

Wajib Baca! Perkongsian Yang Mahal Buat Ibubapa Anak Istimewa.

Sahabat pengasas RPWP, Tuan Haji Saiful Nang dan isterinya Dr Intan Salwani sudah mempunyai 4 anak perempuan. Pastinya mereka amat-amat menginginkan anak lelaki pula. Alhamdulillah Allah makbulkan doanya. Namun begitu kelahiran bayi lelaki ini disertai ujian dari Ilahi.

Sewaktu doktor maklumkan yang mereka mengesan kemungkinan bayi yang bakal dilahirkan adalah bayi Downsyndrome, kami lihat bayang-bayang kesedihan pada kedua-duanya. Kami tenangkan mereka agar bertawakkal menunggu kelahirannya.

Saat hampir dilahirkan, bayi dikesan berada dalam keadaan songsang pula. Doktor pakar di HUKM nasihatkan agar kelahiran ini dibuat melalui pembedahan. Intan pula berdoa agar bayi ini dapat dilahirkan secara normal.

Alhamdulillah Allah makbulkan. Bayi ini telah lahir secara normal tetapi sedikit awal dari tarikh jangkaan. Malangnya ketika sampai di hospital kaki bayi sudah pun terkeluar. Akibatnya ia mengalami komplikasi pernafasan yang agak berat ketika lahirnya dan berlaku juga jangkitan kuman di paru-paru selepas itu.

Kami sepakat untuk memberikan nama ARMAN, yang bermaksud pejuang gagah untuk bayi istimewa ini dengan doa agar Arman mampu menghadapi apa juga cabaran dalam hidupnya nanti.
.

KECEKALAN SEORANG IBU

Arman tidak dibenarkan meninggalkan wad NICU sejak lahirnya. Intan pula ‘bertekad’ untuk sentiasa berada di sisinya sejak hari pertama kelahirannya, walaupun dalam keadaan berpantang dan amat tidak selesa. Itulah tekad ‘Unsung Hero’ yang diartikelkan minggu lalu oleh Harian Metro.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/posts/10156335523852786

Selama 44 hari beliau menghabiskan masanya di wad NICU itu, meninggalkan 4 orang anak dan suaminya di RPWP. Makanan berpantang dan pakaiannya juga terpaksa kami uruskan dari rumah. Anak-anak juga terpaksa redho untuk berpisah dari ibu kesayangan mereka buat sementara.

Berbagai ujian melanda sepanjang tempoh itu. Arman yang sudah dikenalpasti sebagai anak istimewa sejak dalam kandungan lagi itu tidak diakui status OKU nya oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat walaupun sudah diperjelaskan berkali-kali oleh para doktor akan status itu. Tidak sangka sampai begini sekali birokrasi untuk pendaftaran OKU bayi ini.

Akibatnya RPWP terpaksa membayar bil penuh yang amat tinggi kerana caj dikenakan mengikut kadar biasa hospital swasta. Apapun kami berterima kasih atas khidmat terbaik yang telah diberikan oleh petugas HUKM terhadap Intan dan bayinya Arman.

Kepulangan Intan dan anakanda Arman ke pangkuan keluarga telah menjadi saat paling pilu bagi semua warga yang menyambutnya. Situasi itu jelas terakam dalam gambar yang disertakan.
.

PERKONGSIAN WARGA MENYAMBUT KELAHIRAN ARMAN

IMG_1590

Tiada ibubapa yang tidak sedih menerima kelahiran anak istimewa. Justeru pelbagai pengalaman dikongsi untuk dijadikan motivasi, khususnya dari ibubapa RPWP yang ada anak istimewa seperti ini.

Pengalaman Dr Masjuki, ayahanda pengetua RPWP antara yang amat terkesan di hati kami. Beliau terpaksa redha dengan anak pertamanya yang meninggal dunia hanya 2 jam selepas dilahirkan akibat dari ‘multiple congenital abnormalities’.

Alhamdulillah Allah kurniakan 4 orang anak lelaki yang normal selepas itu. Selepas tamat pengajian di Universiti, kesemuanya kini turut menjadi sukarelawan sepenuh masa tanpa gaji di RPWP.

Semasa dimakbulkan doanya untuk mendapat anak perempuan, Allah uji lagi dengan seorang anak Downsyndrome. Anak itu dinamakan Nur Afiah dengan harapan ia mampu sihat menghadapi pelbagai masalah kesihatannya.

Selama 3 tahun Nur Afiah hanya hidup dengan air liur sahaja. Dia tidak boleh menelan apa-apa termasuk susu dan ubatnya. Semuanya akan dimuntahkan semula kerana ia mengalami masalah ‘reverse peristalsis’.

Berkat kesabaran dan bertawakkal, mereka dikurniakan Nurhani, seorang anak perempuan yang normal selepas itu. Kemudian dikurniakan pula Abu Rijal, seorang lagi anak lelaki. Walhal doktor sudah nasihatkan agar isterinya tidak hamil lagi selepas kelahiran Nur Afiah, anak istimewa ini.

Ternyata Nurhani dan Abu Rijal sihat dan cerdas. Alhamdulillah, Nurhani kini sedang menjalani Program Asasi Sains bagi melayakkan diri untuk Pengajian Perubatan di UPM.

https://www.facebook.com/wargaprihatin/photos/a.201867952785.170933.176792972785/10155879105712786/

https://www.facebook.com/snfanclub/photos/a.197056165957.130711.25409635957/10154604561705958/

Kisah ini menjadi motivasi kepada SN dan Intan agar tidak putus asa untuk mendapat anak yang sempurna walaupun selepas kelahiran Arman, seorang anak istimewa.

Selaku murobbi/ah sebuah institusi kebajikan yang turut melibatkan penjagaan anak istimewa, kami terima kelahiran Arman sebagai ujian untuk kami juga. Dengan kurniaan anak istimewa dari kalangan pengasas sendiri, Insya-Allah kami akan dapat kongsikan segala macam tips penjagaan anak istimewa.

Ayahanda pengetua dan isteri telah tunjukkan bagaimana mereka mampu menjaga Nur Afiah dengan baik. Justeru kehadiran Arman akan kami unsahakan penjagaannya dengan mengikuti jejak langkah beliau dan isterinya sebagai inspirasi.

Alhamdulillah Saiful Nang dan Intan cukup redha serta bertekad untuk menjadikan kelahiran Arman sebagai suatu ujian iman. Arman menjadi kesayangan semua untuk sama-sama berusaha membahagiakannya.
.

DOA BUAT ARMAN YANG KINI SEDANG BERTARUNG NYAWA

Minggu lalu jangkitan paru-paru Arman menyerang kembali. Kali ini ianya agak drastik dan begitu kritikal sekali. Sejak dimasukkan ke unit kecemasan, Arman terpaksa di’tidur’kan untuk memudahkan segala usaha membantu sistem pernafasannya. Corong gas tidak lagi dapat membantu. Doktor terpaksa masukkan tiub untuk membekalkan oksigen terus ke paru-paru.

Kami mengikuti perkembangan Arman dengan rapat sekali sambil menyaksikan segala macam usaha yang dilakukan dengan penuh gigih oleh sekalian petugas perubatan di unit ICU Hospital Serdang. Semuga Allah berikan kekuatan semangat, hidayah dan kecerdasan kepada semua petugas yang sedang berhempas-pulas membantu Arman.

Dua hari lepas, bekalan oksigen melalui tiub ke paru-paru juga didapati tidak membantu. Kaki Arman sejuk dan tubuhnya yang turut membengkak terpaksa diselimutkan dengan selimut khas untuk memanaskan tubuhnya.

Terkini pernafasan Arman terpaksa dibantu dengan mesin khas. Doktor terpaksa ambil langkah terakhir itu bagi memastikan bekalan oksigen cukup untuk mengelakkan kerosakan pada otak dan organ lain. Arman juga perlu cukup oksigen agar mampu melawan jangkitan kuman melalui sistem imunitinya sendiri. Ini kerana jangkitan itu kurang terkesan dengan antibiotik yang diberikan selama ini.

Kami batalkan semua program yang masih boleh ditangguhkan untuk memberi tumpuan pada perkembangan Arman.

Seluruh DOA dan AURA positif kami pusatkan khusus buat Arman. Tiada daya dan upaya kami melainkan dengan mengharapkan kekuatan dan kuasa Ilahi. Kami yakin dan percaya dengan kuasa Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Menghidupkan.

https://www.facebook.com/snfanclub/photos/a.197056165957.130711.25409635957/10154991295560958/

Terima kasih kepada semua yang turutsama mendoakan Arman yang kini memerlukan suatu keajaiban untuk hayatnya bertahan. Perkenankanlah doa kami Ya Allah. Amiin Ya Rabb… Allahumma Amiin. 😭😭😭❤️

#armansuperboy #pray4arman

WARGA PRIHATIN

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: