News!!

Antara sebab kenapa Anjing itu NAJIS

Jabatan Khidmat Veterinar telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan siasatan keatas wabak penyakit rabies pada 16 Julai 2017 semalam dan Mukim Matang di daerah Larut Matang Selama telah diwartakan sebagai kawasan wabak anjing gila atau rabies.

Siasatan telah dijalankan keatas fizikal anjing tersebut didapati terdapat kesan gigitan dibahagian zakar anjing yang telah menggigit mangsa. Selain dari itu, ujian dari karkas dan sampel otak anjing tersebut disahkan mengandungi virus rabies didalamnya melalui ujian FAT (Flourescent-Antibody Test) dan PCR (Polumerase Chain Reaction).

Anjing berkenaan juga didapati berubah sikap selepas menggigit mangsa seperti tiada selera makan dan mengalami kekejangan selepas menggigit mangsa.

Anjing tersebut dipercayai digigit oleh anjing yang dibawa masuk dari negara-negara jiran. Oleh itu, dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak mendekati mana-mana anjing liar yang berkeliaran. Dikhuatiri jika digigit, jangkitan rabies boleh berjangkit pada manusia melalui air liur anjing yang dijangkiti rabies.

sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar

foto: google image

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: