News!!

Resepi Tom Yam putih yang pasti dapat memikat hati suami

Kali ini admin nak kongsikan resepi Tom yam putih yang tak semua orang pandai buat, tetapi kalau ikut resepi ini, lepas itu buat untuk suami lagi, CONFIRM! suami tak pandang lain sudah. Lebih-lebih lagi kalau suami tu KAKI sup..

Berikut adalah bahan-bahannya:

  • 3 biji bawang besar dipotong 8
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 11/2 inci lengkuas diketuk
  • cili padi dititik – kuantiti ikut suka
  • jus limau nipis semasam rasa
  •  5 helai daun limau purut
  • 1 liter air rebusan ayam
  • Sedikit sotong basah
  • Sedikit udang basah
  • 2 paket cendawan tiram – disiat
  • 1 paket putik jagung – dipotong ikut suka
  • 1 batang lobak merah – dipotong ikut suka
  • 1 genggam brokoli – dipotong
  • 1 genggam bunga kobis – dipotong
  • 2 biji tomato saiz besar – potong baji
  • sedikit daun ketumbar – dihiris
  • garam dan gula secukupnya
  • * sedikit perasa (tidak letak pun tidak mengapa)

Cara Memasak:

1. Rebus ayam bersama bawang besar, bawang putih, cili api, serai, lengkuas bersama air rebusan ayam secukupnya.

2. Apabila kuah mendidih dan ayam mulai empuk, tambahkan dengan sotong dan udang. Masukkan daun limau purut dan jus limau nipis secukupnya.

3. Masukkan brokoli, putik jagung, lobak dan kubis bunga.

4. Apabila sayuran agak layu masukkan cendawan tiram dan tomato.

5. Masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa.

6. Biarkan seketika di atas api bolehlah dihidangkan panas-panas bersama hirisan daun ketumbar.

Tips: untuk mendapatkan lebih kuah tomyam bolehlah dicampur dengan air biasa semasa memasaknya. Selain itu juga, sekiranya cukup bahan, memang sedap tomyam itu.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: