News!!

Aurat Vs Maksiat

 

Ikhlas itu membawa hakikat kholas, berhabis, bersungguh-sungguh atau dalam kata lainnya all out. Masih ramai yang tidak ikhlas dalam menyahut seruan Tuhan di kala kita masih ada peluang dan kesempatan. Berbuat asal-asalan dan sekadar nak ‘tutup mata’ sahaja.

Ujian paling besar lelaki zaman jahiliah ini ialah godaan wanita. Itu sunnah nabi Yusuf a.s. Wanita semakin berlumba lumba menayangkan perhiasan tubuhnya dengan pelbagai cara.

Terlalu banyak beza antara dedah, bungkus dan menutupi. Ia bukan sekadar menutupi kulit dengan entah apa apa. Kadang warna seluar pun di pilih supaya sama dengan warna kulit. Lepas tu pakai skirt supaya lelaki tertipu, nampak macam kita pakai skirt dan masih kelihatan seksi.

Tidak susah untuk mengenal niat di hati kerana ia akan terkeluar di lisan dan tindak tanduk kita. kalau kita pilih leging dan tube ketat dengan warna kulit, kemudian pakai skirt pendek dan baju low cut untuk tayang pangkal peha dan gunung intan, itu jelas apa sebenarnya niat kita.

Walaupun pakai tudung, tapi sengaja selak bagi nampak dada yang membonjol, pakai skirt pendek untuk menampakkan bentuk peha sampai ke pangkal, itu bukan menutup aurat namanya, tapi sekadar membalut kulit. Ia malah mendedahkan aurat, sengaja dibuat untuk menaikkan AURA wanita melalui leging dan tube berwarna kulit itu. Tujuannya mungkin untuk menambah gebu sebab kulit asal mungkin kurang gebu kerana berkurap.

Ketahuilah… Selagi aura seksi seksa itu masih kita tonjolkan, termasuk gaya bicara, lenggok badan, lontaran suara, hilai tawa, jebek bibir, tenungan mata, isyarat jari dan sebagainya… itu bermakna kita masih mendedahkan aurat…

Sabda Rasullah SAW:

Telah berkata Aisyah “Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

Di akhir zaman di mana kegemilangan Islam yang nabi SAW bangkitkan ini telah berakhir, akan ramai wanita yang berpakaian, tetapi macam TELANJANG. (NAUZUBILLAH). Jelas sekali bahawa semua tanda ini sudah terlalu berleluasa. Tugas kita untuk membangkitkan (QIAM kan) Islam semula agar qiamat segera tiba.

Sebelum kita di’jemput’ oleh pencipta dengan paksa, pastikan kita sudah habis baca dan faham isi surat perjanjian dan surat cinta Allah kepada kita. Perjanjian itu akan ditanya perlanggarannya di ‘sana’ nanti. Kenalpasti apa spesifikasi menutup aurat mengikut mahunya Allah, bagaimana cara berjalan, cara memandang, cara bertutur dan banyak lagi.

33. Al Ahzab

59.”Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

32. Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (lentuk lenggok menyerah) dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,

33. dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Mari beramal dengan tepat mengikut manual amal yang telah Allah tetapkan. Kembalilah kepada rahmat Allah semasa hayat kita. Rahmat itu ada dalam quran, dinukilkan dalam surah 55 AR-RAHMAN. Semuga anak cucu kita layak didoakan ALLAHYARHAMAH, atau kembali ke RAHMATULLAH apabila mati nanti.

Janggal benar nak sebut ALLAHYARHAMAH bila matinya dalam pesta liar, sedang bermaksiat dan menelan dadah dan arak atau sedang melahirkan anak luar nikah (bayi pulak dibuang dalam lubang tandas).

Sama-sama kita renungkan.

Kredit: Warga Prihatin

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: