News!!

Baca dulu sebelum menyewa di AirBNB, nom 1 paling setuju

Kalau travel, penginapan semua orang mahu jimat. Aku pahamlah.

Lebih lagi datang UK atau Eropah. Duit ringgit sudah tenat, buat apa nak bayar mahal. Takat tidur, mandi berak saja.

Tapi agak-agaklah.

Aku nak share sikit macam mana kami host di UK layan tamu berbudaya Asia (kalau sebut Malaysia nanti kau merajuk).
1. Namanya homestay. Home tu kan rumah. Jangan expect service macam hotel.

Ciri utama mahu bayar murah, tapi service mahu 5 bintang. Eh! Homestay tiada bell boi lah suruh angkat beg kau!

Berbahasa sikit. Orang putih yang datang Tidola Home hampir 99% akan beritahu siapa diri dia, tujuan datang dan berapa orang. Bukan susah pun. Berbasa basi.

Ye lah. Total stranger kot. Begitulah. Bertaaruf lebih kurang. Kalau host rasa selesa, kita terima. Kalau macam kurang ajar, baik nyahkan sahaja.

Screen Shot 2017-07-12 at 7.02.29 PM
2. Kena rajin baca review sikit apa orang lain kata. Keadaan rumah, service dia. Tengok rating dia berapa.

Baru tahu keadaan sebenar. Kadang gambar saja cantik dalam review, bila sampai sana, macam rumah hantu.

3. Kita tak komplen sofa dia warna pink, langsir kusam atau muka tuan rumah tak rata.

What you see, what you get. Ada katil, bersih. Basic. Lainlah kalau dia cakap ada 4 katil, tapi rupanya ada 2 sahaja.

Kalau wifi slow pun nak buat macam mana. Bukan dia boleh tolong kasi laju pun.

Kalau host ada anjing, kena terimalah. Beritahu kau elergi pada anjing. So pandailah host simpan. Kalau susah sangat, cari homestay lain.

4. Tiap rumah ada manual. Baca.

Check in check out pukul berapa. Mat salleh paling meluat kalau guest datang ikut suka hati. Ini bukan hotel bang yang ada reception 24 jam.

Kalau datang awal/lewat, beritahu. Kadang tuan rumah mahu tidur, mereput tunggu.

5. Host yang baik, akan beri basic travel guide.

Maklumat password wifi, kedai makan, laundry, teksi, stesen bas atau train. Tanya saja.

FRS_4514
6. Kita orang masak kari alagappa babas bagai. Bau melekat satu rumah.

Jadi bila kau masak, bukalah ventilation. Atau buka sikit tingkap. Kasi angin.

Kalau dia bahan tulis free to use dalam almari, boleh je pakai. Dan kalau kau ada lebihan yang tidak dibawa balik, tinggalkan. Contohnya garam dan gula.

JIM_2865
7. Lepas guna dapur, basuh. Keringkan dan susun balik pinggan, sudu, periuk. Pantang tinggalkan tidak berbasuh. Sampah kau buang siap.

Senang cerita, tinggalkan rumah sama macam mana kau datang.

Adalah perangai kita suka combine katil. Lepas combine, kasi kasi susun balik.

Satu lagi amalan kita guna bilik air basah. Tidak salah pun, tapi mungkin langsir kau tidak tarik ketika mandi. Cebok tu, air janganlah bersepah. Kalau basah, ada floor towel lap lah sikit.

8. Host yang baik selalunya akan bagi welcome gift.

Buah ke coklat ke. Tapi ramai juga aku tengok bawa balik semua. Bukan setakat welcome gift, gula paket, kopi, teh semua sebat masuk beg.

Tersuka buat perangai macam hotel. Ada sikat ke, shampoo, sabun pun semua. Hotel mungkin boleh buat, tapi homestay inikan rumah orang. Yang bawa tuala pun ada. Haishh.
9. Pakai apa yang kau perlu sahaja.

Kalau datang 5 orang pakailah 5 tuala. Selalunya tuala keenam orang kita buat jadi lap meja atau lap bilik air. Huhu..

Kalau ada 5 katil, tapi kau cuma perlu 4, tidak perlulah pakai satu lagi. Janganlah tukar katil walau tiada siapa mahu halang atau larang.

Kalau kau cakap datang 2 orang, jangan kau datang berlima. Siap bawa sleeping bag.

Orang putih kata orang Asia ini ‘miser’, kedekut, tahi hidung masin. Malulah. Sudahlah datang lebih, pandai pula minta towel extra.

10. Kalau host kata check out pukul 11.00, ikut. . Jangan 11am baru kau baru mahu mandi, sterika baju atau baru nak sarapan.

Host mahu buat housekeeping lepas kau check out. Tukar cadar, vakum, bersihkan rumah. Next guest masuk pkl 2 atau 3. Common sense.
Screen Shot 2017-07-12 at 7.02.35 PM
11. Tinggalkan review. Dalam review boleh bagi markah pada host. Kebersihan, komunikasi, value dan sebagainya.

Kita kadang malas sebab rasa komen itu tidak real. Tapi pengalaman aku, semua yang memberi komen dan review itu adalah tetamu. Bukan robot atau tipu-tipu.

Kalau ada guestbook pun best juga. Kau rajinlah tulis sikit. Host pun sangat alu-alu. Orang putih ini selamba, kalau mahu kutuk, silakan saja. Lantaklah, tidak mati pun.

Kalau service host selalu dapat 3 star ke bawah, Airbnb sendiri akan suspend akaun host. Jaga kualiti. Homestay aku di Vista London hampir delisted. sebab guest complaint. Haha. Padan muka aku!

Jangan lupa host pun boleh bagi rating pada tetamu. Kalau kau punya kedekut, pengotor atau serabut, jangan haraplah rating kau baik. Host lain mesti lari.

Memanglah Eropah bukan semuanya baik, tapi kita cakap mana yang baik Lain tempat lainlah caranya. Kan orang Asia lebih santun dan menurut ajaran agama.

Kalau homestay kita di Malaysia, sewa satu rumah duduk ramai-ramai sampai pecah. Sebab kau bayar, maka boleh buat apa kau suka?

Begitulah. Lama aku tak membebel macam ni. Ketap bibir kekuat.

Catatan kembara
Irwan Dahnil

(https://www.facebook.com/irwandahnil)
Host Airbnb tahun ketiga
Glasgow, Scotland

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: