News!!

Roti hampir expired, apa boleh buat?

Boleh dikatakan setiap minggu kita makan roti, tetapi kadang-kadang bila kita ada beli roti, kita terlupa check tarikh luput hingga hampir atau hari ini tarikh luput kita terlupa untuk makan, apa yang boleh dibuat supaya roti itu tidak buang begitu sahaja?

Yang penting, jangan buang dulu tetapi jadikan ia ROTI KOK! Pernah dengar tak roti kok? Rugi betul kalau tak pernah dengar kerana roti ini memang legend!

Jom, admin kongsikan pembuatan Roti Kok ini, mudah sahaja.

Cara-caranya:

  1. Cairkan marjerin atau planta terlebih dahulu,
  2. Sapukan cairan marjerin atau planta ke atas roti yang telah dipotong,
  3. Tabur gula dan bakar dalam oven selama lebih kurang 20 minit atau sehingga garing.
  4. Planta dan gula terpulang nak letak banyak mana. Saya suka letak planta dan gula lebih, pastikan sapu sampai rata.
  5. Buat cicah dengan kopi atau teh, mmm…memang sedap!

Senang sahaja kan, boleh simpan stok buat tetamu datang atau minum petang bersama anak-anak.

Selamat mencuba!

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: