News!!

Selepas rogol rakan sekelas, 2 pelajar sebar videonya

KINABATANGAN: Polis menahan dua pelajar lelaki tingkatan lima yang disyaki terbabit merogol rakan perempuan sekelas mereka di belakang sebuah sekolah menengah, di sini, Sabtu lalu.

Kedua-dua remaja terbabit ditahan kira-kira jam 5 petang kelmarin apabila mangsa membuat laporan polis selepas rakaman video kejadian tersebar menerusi WhatsApp.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa berada di kelas sebelum dua suspek memanggil mangsa kononnya untuk berbincang sesuatu dan membawa mangsa ke pondok terbiar dalam ladang sawit di belakang sekolah mereka.

Difahamkan, sejurus tiba seorang daripada suspek menarik tangan mangsa masuk ke dalam pondok dan mengunci pintu sebelum mengarahkan mangsa membuka pakaian lalu merogol mangsa.

Mangsa dikatakan tidak menceritakan kejadian itu kepada ibu bapa dan guru kerana diugut suspek.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata bagaimanapun Rabu lalu, rakaman mengenai kejadian itu tersebar dalam kalangan rakan mangsa menyebabkan pihak sekolah mengarahkan mangsa membuat laporan polis.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kinabatangan sebelum dirujuk ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk pemeriksaan lanjut.

“Dua suspek ditangkap untuk disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan,” katanya.

 

  • BH, 8 Jul 2017

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: