News!!

Aperture Tips

“Apakah itu Aperture?” dengan penerangan yang amat mudah.
-Aperture
Aperture adalah salah satu daripada tiga pancang asas yang perlu kita ketahui dan wajib dikuasai di dalam fotografi. Dua lagi adalah ISO dan Shutter Speed. Senang cakap kalau tak tahu tiga benda wajib ni memang takkan boleh hasilkan gambar yang cantik. Aperture hanya terletak di dalam LENS tidak di dalam badan kamera. Semakin besar pembukaan Aperture itu semakin banyak cahaya akan masuk dan gambar juga akan lebih banyak ”BOKEH” a.k.a Depth of Field bahasa mudah fahamnya adalah “BLUR”.
Kalau nak nampakkan konsep Aperture ni dengan mata kita ia adalah IRIS mata kita, semakin besar pembukaan IRIS semakin fokus kita kepada subjek . Jadi untuk membuka Aperture itu dari besar ke kecil dari kecil ke besar ia mempunyai nombor yang tertentu untuk kita ingat dan faham.Jangan risau tak susah pun nak ingat benda ni.
-Size Aperture
*Pembukaan Kecil : f/22 – f/11
Untuk pembukaan Aperture ini amat sesuai untuk kita menghasilhan gambar-gambar yang perlu mengfokuskan subjek dan latar belakang subjek di dalam gambar Seperti gambar Landskap, Senibina dan Family Portrait.
*Pembukaan sederhana : f/8 – f/5.6
Ini adalah kawasan pembukaan aperture yang sederhana .Dengan pembukaan aperture ini kita boleh menghasilkan macam-macam jenis dan kategori gambar
.
*Pembukaan Besar : f/4 – f/1.2
Pembukaan Aperture yang besar amat sesuai untuk menghasilkan gambar-gambar portrait,makanan kerana di kawasan pembukaan ini memang akan banyak menghasilkan “Bokeh” iaitu Blur tetapi tidak di kawasan yang kita telah fokuskan.
Yup, semakin kecil nombor aperture semakin besar pembukaan Aperture itu . Sudah nampak dan faham? Jadi jangan sekadar membaca, boleh cepat-cepat ambil kamera atau pinjam kamera sesiapa untuk di praktikkan.
guilin2

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: