News!!

Tudung Solat-Ready kian berkembang dalam Industri Fesyen Muslimah

Saban hari ada sahaja inovasi tudung yang dilakukan oleh butik-butik Muslimah di seluruh dunia, tidak kira sama ada di Malaysia, Indonesia, Arab dan lain-lain negara, semuanya mempunyai ilham tersendiri dalam menghasilkan hijab yang mempunyai fungsi serbaguna dan boleh dibawa ke solat.

Baru-baru ini kita didatangi lagi dengan inovasi tudung Solat-Ready yang diilhamkan dari Butik WERDA yang mula menjadi fenomena bagi penggemar tudung labuh. Rekaan tudungnya yang menarik perhatian itu dikatakan boleh membawa fungsi sebagai telekung mahupun tudung (dengan mode yang dipendekkan menggunakan tali).

9

Jika diikutkan, memang banyak butik Muslimah yang menjual tudung-tudung Muslimah tetapi kebanyakkannya belum cukup labuh untuk dibawa ke solat. Jadi pendekatan yang digunakan oleh butik WERDA adalah untuk menghasilkan sesuatu yang belum pernah lagi dikeluarkan dari mana-mana butik sekaligus mengembangkan lagi produk tudung Solat-Ready ini ke seluruh dunia.

Selain itu, trend tudung Solat-Ready ini dikatakan mula berkembang setelah ramai mula memakainya ketika mengerjakan Haji & Umrah, keluar membeli belah mahupun bagi wanita yang bekerjaya kerana ianya memudahkan urusan, tidak perlu bawa beg telekung berlebihan mahupun memakai telekung wakaf di surau awam yang kadang-kadang berbau mahupun bertompok hitam kerana tidak bercuci.

Dengan rekaan sebegini mampu memberi idea untuk wanita Muslimah tampil anggun walaupun memakai tudung labuh menutupi aurat, kerana sebaik-baik tudung adalah tudung yang boleh terus dibawa ke solat.

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: