News!!

Suami berilmu, isteri taat bakal menghasilkan anak yang hebat.

Dewasa ini, admin perhatikan banyak di antara anak-anak yang begitu degil untuk mendengar kata kedua ibu-bapanya. Apabila ditegah siap mencebir dan menjelirkan lidah lagi. Malah lebih teruk siap ada yang mencarut dengan ibu bapa mereka. Sering timbul persoalan dalam kepala admin apabila melihat bagaimana anak-anak begitu sukar untuk dibentuk dan kebanyakan tidak mendengar kata-kata kita selaku ibu-bapa kepada mereka. Terhasilnya anak yang begini adakalanya memeningkan kepala kita selaku ibu bapa. Setuju atau tidak?

Sebenarnya, sedar ataupun tidak antara TIPS PENTING dalam menghasilkan anak yang HEBAT adalah:

PENTING buat seorang isteri taat kepada suaminya selagimana suaminya tidak menyuruh beliau melakukan perkara-perkara mungkar. Bilamana seseorang isteri tidak mendengar kata atau ayat mudahnya adalah “Queen control atau Bossy terhadap suami” di dalam rumahtangga, maka tidak berlaku amalan izin, salam dan ampun. Cara tak sengaja ini akan mencipta anak-anak yang sukar untuk dibentuk.

Kesukaran menerima teguran dan mendengar kata dan arahan dicipta oleh ibu terhadap anak. Ini adalah kerana anak-anak tersebut sudah dididik secara semulajadi oleh ibunya dari dalam kandungan dan buaian lagi untuk membawa sifat memprotes atau menjadi tuan. Oleh itu untuk ibu-ibu sekelian bilamana anda mendapati anak anda agak degil dan sukar di bentuk, anda hendaklah suluh ke dalam (check diri) anda samada anda sudah memenuhi ketaatan kepada suami anda.

Ini bertepatan dengan fiman Allah “Al rijal lu qawwamuna alanisa” “Lelaki itu adalah pemimpin pada wanita.”

Anak-anak dilahirkan bersih tapi ibu-bapalah yang mencorakkanya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Nak dijadikan petah atau bisu, pemarah atau penyabar, banyak senyum atau banyak muncung, mudah dengar kata atau degil, berdikari atau manja, rajin atau malas dan sebagainya.

Cuba kita sorot kembali bagaimana ketaatan Siti Hajar kepada suaminya Ibrahim a.s. lalu membuahkan hasil anak yang hebat seperti Ismail a.s.. Walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayangan baginda, keputusan untuk patuh hanya dibuat dengan satu pertanyaan sahaja “ Adakah ini dari Allah?. Maka apabila Nabi Ibrahim a.s. jawab Ya, Ianya dari Allah dan Siti Hajar dengan sangat redha dan taat mematuhi kehendak suaminya. Dari Keturunan Siti Hajar lah lahirnya Muhammad Rasulullah SAW.

Oleh itu, untuk ibu-ibu sekalian untuk melahirkan generasi yang hebat dekatkanlah diri dengan pengatur rumahtangga iaitu SUAMI kita dan berlaku taatlah kepada mereka dan mintalah redha mereka terhadap kita setiap pagi dan petang.

Apa pun hanya bapa yang berilmu, ada pengetahuan tentang wahyu dari Allah saja yang akan selamat untuk dipatuhi. Oleh itu, pujuklah suami anda untuk mencintai ilmu. Dan para suami pula, pembinaan seorang anak yang hebat dan terbilang bukanlah dari sebelah pihak sahaja, kekuatan fikiran dan jasmani seorang anak dan isteri itu terletak di bahu suami yang memikul. Kalianlah uswatun hasanah buat mereka. Umpama sekeping biskut. Jika buruk acuannya maka buruklah biskut itu.

Perhatikanlah sejarah kehidupan isteri baginda Rasulullah SAW seperti Siti Khadijah dan juga uswah isteri kepada Firaun iaitu Asiah. Mereka itulah antara sebaik-baik tauladan yang perlu kita contohi. Semoga kita semua sentiasa istiqomah dalam meletakkan diri kita di atas landasan yang HAQ.

Amin ya rabbal a’lamin.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: