News!!

Kembara Bosnia, Saudara Kita

PENGALAMAN MENUSUK KALBU. Mengembara di sebuah negara yang sangat dekat dengan hati kita, iaitu Bosnia dan Herzegovina. Usah keliru, Bosnia dan Herzegovina adalah sebuah negara yang sama, lebih dikenali dengan singkatan Bosnia.

Socialist Federal Republic of Yugoslavia (SFR Yugoslavia)  juga dikenali sebagai negara-negara semenanjung Balkan, merupakan persekutuan yang tertubuh selepas perang dunia ke dua, dianggotai oleh Slovenia, Croatia, Bosnia dan Herzegovina, Serbia, Montenegro dan Mecedonia, diilhamkan dan dipimpin oleh Josip Broz Tito. SFR Yugoslavia ini telah bubar pada tahun 1991.

 

 Peta Semenanjung Balkan, di mana Bosnia dan Herzegovina diapit kedua buah negara Croatia dan Serbia

Merujuk kembali kepada tajuk blog ini, kenapa Bosnia saudara kita dan dekat di hati? Kerana, Bosnia merupakan sebuah negara yang penduduk asalnya Islam sejak era Empayar Uthmaniyah. Bangsa yang asalnya 83 peratus Islam, telah dibunuh oleh bangsa Serb (Serbia) dan Croat (Croatia) pada tahun 1992 sehingga 1995 dalam perang saudara Balkan hingga tinggal 51 peratus sahaja penduduk Islam di negara itu.

Perkembangan agama Islam sejak itu dikawal ketat, dan tidak berkembang dan kekal 51 peratus sehingga kini.

 

Uncle Razak, Uncle Rahman, Masjid Keeper, Uncle Nasir, Uncle Amiruddin, Kapten dan Uncle Adzhar  di Masjid Kozluk Mehmed Celibijina Dzamija (Masjid Jamek Mehmed Celibijina), sempadan Serbia, dengan penanda tahun masjid ini dibina pada tahun 1565 oleh Empayar Uthmaniyah.

Dalam pengembaraan Balkan pada bulan Mac yang lepas, kumpulan kami berpeluang untuk bersama saudara kita di Mostar untuk mendalami kisah-kisah sebenar disebalik sejarah yang ditulis dalam Mr. Google. Ternyata perang saudara ini lebih kepada perang agama apabila Serbia tidak mampu lagi mencapai matlamat mereka menakluk semua negara Balkan.Perang Yugoslavia ini bermula pada tahun 1991 oleh gerakan Yugoslavia People’s Army (JNA) yang diterajui oleh Serbia dengan matlamat menyatukan kesemua negara Balkan iaitu  menjadi “Greater Serbia”.

 

Dari kanan, Uncle Adzhar, Kapten, Imam Dino, bersama pengetua Madrasa Karađozbegova
Pada 25 Jun 1991, Slovenia keluar daripada SFR Yugolavia dan sehari selepas itu, JNA menyerang Slovenia. Peperangan berlanjutan selama 10 hari dan JNA tewas dalam peperangan tersebut.

 

Kapten memberi sumbangan Ikhlas kepada Madrasa Karađozbegova
Beberapa minggu sejurus selepas tewas  di tangan Slovenia, JNA menyerang Croatia apabila Croatia mengumumkan kemerdekaan mereka juga pada 25 Jun 1991. Bangsa Serbia yang menetap di Croatia turut menyokong gerakan JNA untuk tidak menyokong kemerdekaan Croatia mengakibatkan jiran tetangga membunuh sesama sendiri.

 

Peserta wanita Balkan Mac 2017 bersama pelajar nisaa’ di dalam kelas Madrasa Karađozbegova

 

Peserta wanita Balkan Mac 2017 bersama pelajar nisaa’ di koridor Madrasa Karađozbegova

1992 tahun gelap bagi saudara kita di Bosnia. Bosnia dan Croatia bertindak untuk boikot Serbia, dan menyebabkan Sarajevo diserang oleh Serbia. Pada 1993, perang agama pula bermula apabila Bosnia berperang dengan Croatia.

Serbia dan Croatia kemudiannya mengikat perjanjian apabila kedua negara ini mempunyai kepentingan yang sama dalam matlamat membangunkan “Greater Serbia” yang ingin menyebarkan agama Kristian Ortodoks dan “Greater Croatia” yang ingin menyebarkan agama Kristian Roman Catholic, masing-masing bersetuju untuk menyerang Bosnia dan Herzegovina yang menganut agama Islam. Croatia menyerang Mostar, dan Serbia terus menyerang Sarajevo, sedangkan penduduk Bosnia merupakan petani yang tidak tahu berperang.

 

Azaini bersama sahabat baru pelajar tahfiz Madrasa Karađozbegova
Lebih mendukacitakan, Bosnia tidak dibenarkan untuk menyerang kembali atau mempertahankan diri atas arahan United Nation (UN) atas alasan boleh mengeruhkan lagi keadaan. Bosnia tidak dibenarkan membeli senjata, disekat bekalan makanan, bantuan medik, dan bantuan kemanusiaan. Tindakkan UN pada waktu itu dikutuk keras oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamed yang kemudiannya menghantar 1,500 tentera Malaysia melalui UN ke Bosnia. Rakyat Bosnia bangkit dengan bantuan dari seluruh dunia mampu mengusir hampir keseluruhan Serb dan Croat, kemudian mereka ditekan oleh UN untuk tidak lagi menyerang, jika tidak mereka akan di serang oleh NATO.

 

Bascarsija City di Sarajevo. Sebilj merupakan air pancut awam dan mercu tanda bandar di Sarajevo dibina sewaktu pemerintahan empayar Turki Uthmaniyah pada tahun 1753, Sebilj ini merupakan saksi utama dalam perang dunia pertama, kedua dan perang saudara yugoslavia.
Peperangan ini berlarutan sehingga 1995 mengakibatkan 25,000 hingga 30,000 rakyat Bosnia yang majoritinya Islam terkorban, wanita dan kanak kanak turut dibunuh, diseksa, dirogol, penderaan seksual, disembelih, dan yang paling terkenal adalah peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica dengan angka kematian 7000-8000 umat Islam dibunuh oleh Serbia, juga kira-kira 12,000 hingga 50,000 wanita dirogol untuk memastikan wanita-wanita ini tidak lagi suci dan melahirkan anak luar nikah.

 

Aisy bersama monumen peringatan di Perpustakaan Nasional Bosnia dan Herzegovina, di mana pada 25-26 Ogos 1992, perpustakaan ini telah dibakar oleh penjenayah Serbia dan menyebabkan lebih daripada 2 juta buku, jadual berkala, dan dokumen telah terbakar.
Kesan daripada itu, pada Mac 1994 Perjanjian Washington, dan pada November 1995 Perjanjian Daytona (Dayton) telah meterai, Presiden Bosnia dan Herzegovina akan bergilir-gilir bertukar wakil daripada Bosnia dan Herzegovina sendiri, wakil daripada Serbia, dan wakil daripada Croatia setiap 8 bulan dalam tempoh 4 tahun sebelum pilihan raya baru diadakan.
SL

 

Stari Most lebih dikenali sebagai Jambatan Mostar merupakan ikon utama Bosnia dan Herzegovina, merupakan sasaran utama tentera Croat sewaktu pengepungan dan penaklukan bandar Mostar.
 
Ternyata perasaan sedih mengharungi saudara kita di Bosnia. Negara sendiri diperintah oleh negara lain, agama Islam disekat daripada berkembang apabila undang-undang tidak lagi membenarkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang, zuriat tidak lebih daripada dua orang, bangsa Bosnia tidak dibenarkan berkahwin dengan orang luar, dan semua program anak angkat Bosnia ditarik semula dan telah dipulangkan kembali ke Bosnia. Sesungguhnya mereka masih lagi berperang secara saraf bagi mengembalikan kedaulatan negara sendiri.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: