News!!

Pertama kali ke Jepun? Ini perkara yang perlu tahu. Nombor 3 paling penting.

1. Bekalan makanan.
Kerisauan teragung apabila kita ke tempat asing, “Nak makan apa ni kat sana?” Walaupun sekarang ni Jepun sangat prihatin dan bersungguh untuk melengkapkan prasarana makanan halal dan ruang solat untuk pelancong muslim, namun concern ‘tekak cannot go’ masih bermain di minda. Lagi lagi apabila kita membawa makcik kampung sebelah bersama tok ketua yang excited nak tengok Tokyo Tower dipagari bulan bintang pada waktu malam.
“Acik takleh makan tak podeh (pedas)”Jadi bagaimana? *sambil angkat kening*

 

Airport dan imigresen Jepun setakat ini tidak mempunyai sekatan bahan makanan untuk pre-packed and instant food. (Of course you cannot bring drugs and durian guys!) Oh dan nota basics, semua airport di dunia ada rules and regulations yang tersendiri. Boleh rujuk link untuk kesahihan item lain yang ingin korang bawa – Immigration Japan –

Nasihat yang paling utama, sekiranya kena tahan dengan pihak imigresen, sentiasalah beri kerjasama sebab sis dah kena time masuk Osaka dari Seoul hehe. Buka je beg dan senyum lebih sikit, jawab soalan dengan jujur – insyaAllah semua smooth flow. Untuk yang tak biasa dengan ‘selera Jepun’, you can pack your sambal tempe and serunding from home. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan atau convenient untuk dibuka di dalam perjalanan jauh menaiki train. Untuk ‘warga bujang’, kita boleh je terus beli stok makanan segera di Mydin jenama Brahim’s hehe. Lagi tips, tidak perlu untuk membeli nasi segera (macam beriyani atau nasi tomato ke) dari sini sebab berat (AirAsia pula dah strict bab luggage), jadi boleh fokus kepada lauk instant sahaja dan kita beli nasi di sana. Kalau instant noodles pula, saya cenderung beli yang ‘goreng’ sebab senang masak siap siap dan tapau dari tempat penginapan. Ikut selera awak sendiri eh.

Soalan kedua ‘feymes’, perlu ke bawa rice cooker? Bergantung kepada kapasiti kumpulan yang bergerak sekali. Bagi tujuan untuk menjimatkan kos makanan, boleh je nak bawa tapi kena ingat yang plug point kita tak sama, voltage usage juga berbeza, penggunaan adapter kita akan terbatas kecualilah jika kita membawa multiple extension plug dari sini. Namun sekiranya kita dalam kumpulan yang kecil dan ingin memudahkan pergerakan serta mengurangkan beban beg, Jepun mempunyai banyak kedai serbaneka 24 jam yang menjual nasi segera.

S

 

Dah masak dan hanya perlu dipanaskan. Untuk lebih jimat, beli 3 pack yang di-bundle-kan sekali berbanding dijual berasingan. Kebiasaannya akan ada dua tempat letak nasi ni. Pertama di aisle makanan segera. Dan yang kedua di kawasan makanan ‘fresh’ seperti salad dan sandwich. Untuk yang kali pertama masuk 7E mereka, kita akan rasa macam ‘Alangkah bahagianya kalau kat Malaysia pun macam ni’. Trust me, kawan saya masuk ‘kombini’ (Japanese for convenient stores) siap beli make up!

These are very basic japanese untuk tanya cashier kalau cari tak jumpa (nak bagi ayat panjang sure tak ingat punya lagi lagi bila perut dah bunyi bunyi) :

Awak yang lapar : Sumimasen (Excuse me). Gohan (nasi : senang kan ingat Dragon Ball) – wa- doko desuka? (where is?)

Kebiasaannya kalau cashier tu dah explain dalam Japanese dan kita buat muka blur, beliau akan bawakan kita ke kawasan barang yang kita request tu. Tapi tengok keadaan juga ye. Berusahalah nak cari dulu sebab kalau kedai tengah ramai customer, susah juga cashier tu nak layan kita. Nak bayar pun ada line beratur ye. Dah dapat nasi, kita boleh request untuk panaskan dalam microwave. Jangan lupa minta chopstick (hashi) dan tip mudah saya adalah, letak nasi yang baru dipanaskan tadi atas pek lauk segera kita jika kita tak makan immediately (Tak boleh nak tuang siap siap semua nanti tumpah). Dalam beberapa minit selepas tu, bolehlah kita fefeeling makan macam dapat lauk nasi campur kat Malaysia. Gituuu. Harga sebungkus nasi segera sekitar 100-130 Yen (RM4-5).

 

That, my friend, consider sebagai harga makanan yang paling kenyang dan mudah dan murah dan mampu untuk wallet backpackers di samping onigiri.
Kalau sesiapa yang tak berapa pasti dengan keadaan sebenar kos kehidupan di Jepun – bagi saya adalah ‘sangat mahal’. Sekarang ramai pengembara yang balik bercuti boleh claim nilai kos percutian mereka – route begini lebih murah, cara begini lebih jimat. Namun demikian, suka saya nasihatkan bahawa kita bergerak dengan kapasiti dan keupayaan kita sendiri. Dengan bajet yang kita ada dan tempat yang kita betul betul hendak pergi. Places of our dreams.

 

     Onigiri. Nak lagi murah dari beli di kombini, boleh masuk supermarket biasa.
Jangan cepat terpengaruh dan melatah dengan ‘nilai percutian’ orang lain sebab ‘nilai sebenar’ hanyalah dari kaca mata kita sendiri. Kalau di Kyoto harga semangkuk ramen potage di Ayam-Ya (favourite saya!) mencecah 800 Yen hampir bersamaan dengan RM32. Tapi kita tak dapat rasa menu yang sama di Ayam-Ya branch KLIA2. Kita boleh ‘splurge’ bila mampu dan ‘ikat perut’ bila perlu. Dah sampai Osaka tapi tak rasa Takoyaki di Matsuri sebab dekat AEON Wangsa Maju ada? Tak sama, kawan. When in Rome, do as the Romans do.

 

                        Sedap. Sedaap. Serius.
Berjimat, yes. But travelling is not a competition on how cheap you can go or how many countries you can tick out on your list. Pendapat individu adalah berbeza, betul. Cuma jangan cuba untuk label percutian sekian sekian ini ‘cheapskate’ atau ‘lavish’. Ikut kemampuan masing masing namun cubalah, at least try the local food, take your time to experience the difference in culture and arts. Kalau nak tahu dekat Jepun, cara guna chopstick pun ada banyak adabnya.
Makan ramen dengan hirupan bunyi bising pula dianggap penghargaan kesedapan untuk tukang masak tapi kalau kat Malaysia kita rasa nak tampar je kan muka orang yang makan berbunyi tu. Kalau di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi customer yang beratur menunggu seat di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. Order makan dengan menggunakan vending machine? Rasa matcha (green tea) free-flow sempurna? Makan tempura paling rangup di dunia? Only in Japan.

 

2. Pengangkutan awam.
Saya tak mampu nak ceritakan bagaimana hebatnya sistem pengangkutan awam di Jepun. You have to see (ride) it to believe it. Dari shinkansen yang berkelajuan 320km/j ke keretapi romantik di Sagano yang orang naik basikal pun boleh potong; Japan has it all. Yang paling mengagumkan sekali adalah ketepatan masanya. Kalau saya bagi contoh, bas tempatan mempunyai jadual seperti berikut : 07.13AM. Next bus 07.27AM. Seterusnya 07.48AM. Bukan 07.00/07.30/08.00AM. Dan setiap bas adalah punctual (Exactly what Japanese is famous for). Jika terlewat beberapa saat sekalipun, jangan bazirkan tenaga mengejar bas tersebut, driver takkan buang masa penumpang lain untuk kita. Sila bertabah tunggu next bus ye.

 

 Tak jumpa driver selekeh. At least ada topi. 🤠
Hobi saya ketika mengembara ke tempat orang adalah merasai pengalaman menggunakan mode transport yang berbeza. Dari sampan ke feri dan dari keretapi laju ke beca, setiap bentuk pengangkutan mempunyai keunikan yang tersendiri. Sesetengah orang lebih suka kepada kenderaan yang selesa – teksi dan Uber mungkin – tapi kalau dapat rasa kesesakan ‘rush hour’, menahan ketawa menyaksikan muka cuak kawan kawan ‘hilang’ ditelan lautan manusia, memerhati keindahan perkampungan dan gunung ganang di sebalik jendela train, mengambil kesempatan bergambar dengan pakcik bawa beca yang sudah lanjut usia namun kudrat hebat kalah si jejaka muda – bila lagi kita nak dapat peluang macam ni?
Saya tahu kerisauan umum adalah kesukaran kita untuk berbahasa Jepun dan mengaku je lah anda tak konpiden nak approach awek di sana untuk tanya arah kan kann, namun percayalah bahawa sesungguhnya rakyat Jepun adalah sangat sangat sangat helpful walaupun mereka sendiri tak faham apa yang kita tanya. Saya pun kadang kadang tak faham apa yang mereka jawab hehe.

 

      Cubaan mengenyit mata kepada driver shinkansen ni gagal sebab mata sis already sepet. 😑😑😑
Namun demikian, kutiplah pengalaman salah naik train. Atau silap baca nama stesyen. Atau hilang arah mencari kedai makanan halal di celah celah lorong Fukushima Ward di Osaka. Atau over confident bila membaca peta namun sesat berjalan sehingga berkilometer. Bagi saya setiap kecil sehinggalah sebesar besar kesilapan hanyalah sebagai ujian kesabaran dan kecekalan di samping ruang untuk kita reflect diri kita di dalam satu satu situasi. Pengalaman comes in as secondary. Lepas ni kita tahu yang kita perlu download offline Google maps dan translation. Atau kita boleh master sikit sikit verses Japanese.

Yang penting, nasihat saya untuk pengembara adalah cuba keluar dari comfort zone and learn as much as you possibly can without having to jeopardize the whole trip. Janganlah buat bodoh sombong pula bila mengembara dengan alasan – “Alaa, takpe ni semua nanti jadi pengalaman!”

Itu, orang malas je pandai cakap macam tu. Orang yang tak study route. Orang yang nak jalan mudah je. Jangan pergi trip dengan dia lagi. Wakarimasuka? (Understand?)

 

   Contoh tiket shinkansen untuk reserved seat.
Tapi jangan tanya taww nak pakai pass mana untuk train mana dan kawasan mana.
Jangan. Malas. Malas. Sekian.
——-
iklan
Best kan JEPUN, boleh lah booking flight dan ikut sis ke jepun,
tekan di foto di bawah ya, ikut sis travel dari Sapporo ke Hiroshima, kita merentas jepun pada musim luruh ini.
HUBUNGI 013 3060 320 / 013 249 5462

 

3. Penginapan.

Part paling pening dari segi costing, bukan? You wish to stay at the hostel but tapi awak telinga lintah – terbayang pula bunyi bunyi aneh dengkuran pada waktu malam. You wanted the cheapest room, but it is like 4563 steps away from the nearest train station. You desired single room – ada privacy, ada katil – but it costs quarter your salary back home. You found the female dormitory but takut pula barang selamat ke tak kalau tinggal. Macam macam kan. The list goes on. Ada tempat yang okay pula kena dengan bajet namun baca review dekat ‘black area’ Osaka misalnya. Ada bilik murah tapi takde bathroom dan perlu mandi di public bath pula. Capsule hotel? Claustrophobic! Airbnb? Tak pandai cakap Nihongo’!

 

Tarik nafas. Relaks.
Ramai yang akan takutkan anda dengan idea di mana jika kita tak pandai cakap Jepun then nanti susah nak travel kat sana. Memang kalau kita ada kelebihan berbahasa asing adalah lebih baik. But base on my experience, alhamdulillah I can say no, thats not 100% true and never let that sentiment discourage you. Like I told earlier, Japanese people are extremely helpful. Except dekat Tokyo area time orang tengah busy nak commute to work tu janganlah kita pergi tahan nak tanya arah. Sampai esok takde orang nak tolong hehe. Kemampuan nak berbahasa tempatan ni membantu. So does kalau kita nak pergi Europe, rasa macam kalau dah ‘berhabuk’ cakap English tu dah okay but salah. Dutch lain. French lain. Bosnia lain. Then kalau tak faham bahasa diorang camne? Tak boleh pergi Europe forever?
Tarik nafas lagi sekali. Buang mentaliti ni.
It’s very handy, no one can deny that. Tapi boleh, yakinlah yang awak awak semua boleh mengembara ke merata ceruk dunia tanpa perlu perlu pun master bahasa setiap negara. Siapa yang berkomunikasi multi-languages tu, bagus. Teruskan. Sis bangga dengan awak. Untuk yang so-so je, jangan pula rasa inferior. Buat homework. Letak phrases penting dalam notes handphone supaya senang nak digunakan. Yang penting kena rajin dan confident. Orang malu sampai bila pun tak dapat. #bilasisbagiceramah

 

Nota comel dari pemilik airbnb kami di Kyoto. Nak balik pun tinggalkan kunci je. Kalau dapat yang ramah tamah lagi, siap boleh letak beg dulu pergi jalan jalan lepas check out. 😁😁
Jadi, menjawab soalan mengenai penginapan. Bagi saya, yang paling utama adalah pilih yang paling mudah diakses. Samada dengan bas atau train. Perlu diingatkan orang Jepun ni jalan laju. Kalau kita baca guidelines macam ni, ‘The hostel is 5 minutes away on foot from the train station,’; percayalah, perjalanan lima minit tu kita kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up halaju jalan kaki mereka. Kecuali kalau dia bagi dalam skala meter then baru dapat adjust jarak dengan tepat. #sisdahkenasekali.

 

Maka sebelum kita buat booking, check facilities ikut kehendak kita. Mungkin perlukan wifi. Mungkin tak kisah kalau lebar bilik muat muat satu tilam dan tinggi siling ngam ngam kita berdiri. Mungkin kita dah plan nak keluar lepas subuh dan balik usai isyak jadi tak kisah nak duduk dorm. Mungkin juga kita tak berkira nak keluar duit lebih sikit untuk bilik yang lagi selesa. Terpulang kepada selera tapi ingat untuk check review dan sekiranya pilihan anda bukanlah hotel, maka bersedialah untuk terkesima dengan betapa kecil dan kompaknya bilik dan rumah di Jepun!
4. Kemudahan awam.
Vending machine – They are e.ve.ry.where. Di negara ini terdapat 5.5 juta vending machine! Dari bento kepada sosej. Payung kepada surat khabar. Air tu of course lah kan (You will be spoilt for choices) Coklat. Telur ayam. Sup ikan. Burger. Ramen. Buah oren dan pisang. Malah ada juga mesin yang berfungsi untuk mengambil selfie. Japanese are all about conveniences. Dan kehadiran mesin ini di merata tempat bukan sahaja membantu memudahkan pembelian malah sebagai medium terbaik untuk menghabiskan syiling yang berat di dalam beg hehe. Syiling Jepun ada banyak dominasi – 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (they are all beautifully designed for blind-friendly) – kecuali jika anda ingin menyimpannya sebagai cenderamata; bolehlah berusaha habiskan coins sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh nak tukar kat money changer.

 

Tandas – Bersih. Terlampau bersih. Canggih. Terlalu canggih. Sampaikan button mana nak tekan pun tak pasti selepas menunaikan hajat. Rakyat Jepun obses akan kebersihan dan keselesaan. Bahkan untuk tandas wanita kita boleh pilih irama mana yang sesuai untuk ‘cover’ bunyi bunyi yang kurang enak didengari. Wondering why this was created? Dulu kaum wanita ni ada habit untuk tekan flush bagi tujuan nak mengelak orang di luar terdengar ‘aktiviti’ yang berlansung. Jadi kerajaan Jepun mendapati pembaziran air telah berlaku di sini sampai seseorang itu perlu flush beberapa kali. Betapa ‘shy shy cat’ sangat kan. Jadi bila ada ‘music’ ni, maka tak perlulah lagi nak flush secara berlebihan. Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan anda akan ada pilihan water pressure, suhu air, cara pancuran pembersihan, er, saya tak bermaksud untuk bernada tidak sopan, tetapi itulah hakikat kemodenan mangkuk tandas di Jepun. Jika tak tahu mana satu button yang perlu digunakan, saya cadangkan “bereksperimenlah!” namun pastikan lantai kekal kering!
Surau – Islam itu mudah dan memudahkan jadi takde excuse eh awak awak pergi travel nak buat solat ‘jamaktakyah’. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau yang cukup selesa namun kadangkala dibuka pada waktu waktu tertentu sahaja. Di bandar bandar besar juga ada masjid dan musolla. Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat. Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, maka kita perlu menghormati adab di tempat orang. Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan boleh kot kalau ada tisu atau kain lap disediakan tu, lap sikit lantai lepas selesai ambil air sembahyang. Dengan fasiliti yang sentiasa ditambahbaik, kita sebagai pengunjung sebaiknya menggunakan kemudahan dengan berhemah. Dan sekiranya tak jumpa surau, boleh minta kebenaran untuk solat jika berada di kawasan dan bangunan awam. Kebiasaannya rakyat Jepun sangat tolerable namun tolong jangan ambil wuduk basuh kaki di sinki tandas ye!

 

       Menyahut seruan Ilahi dikelilingi arnab berkeliaran di Setonaikai National Park, Okuno-jima Island.
Ada banyak lagi perkara menarik yang kita boleh experience ketika di Jepun. Dari segi punctuality, disiplin, kebersihan – Japanese will drop your jaw to the floor. Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara adalah kontras yang sukar untuk digambarkan dengan kata kata. Walaupun kira kalau orang cakap pergi Jepun macam tak best sebab ‘Asia je’, think again. Its number 1 country in the continent from the context of modernization and infrastructure, yet it remains among the top when it comes to UNESCO listed of heritage sites.

 

      Pemandangan seusai Asar dari Shibuya Musolla selepas menyantuni komuniti muslim Afrika di Jepun.
Best kan JEPUN, boleh lah booking flight dan ikut sis ke jepun,
tekan di foto di bawah ya, ikut sis travel dari Sapporo ke Hiroshima, kita merentas jepun pada musim luruh ini.
BOLEH JUGA HUBUNGI 013 3060 320 / 013 249 5462

 

Selamat mengembara dan menimba pengalaman.
Selamat datang ke Jepun.
Kapten Rarecation yang kadang kadang acah kawaii,
Munira-san.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: