News!!

Perangai orang bisnes suka tayang harta


Dalam peperangan ada 2 ideologi besar. Merahsiakan kekuatan atau menampakkan kekuatan melebihi yang sebenar. Golongan kedua ni jenis yang sanggup sewa atau buat hutang untuk beli kereta mewah, beli title Dato’ dan Dr semata-mata masa balik raya nak tayang kat orang yg dia hebat. Tapi siap buat dengan cara yang humble seperti mengambil gambar tengah tunggu bini pergi toilet di r&r siap update status “lamaaanyaaa…berak batu kot bini aku ni” tapi gambar tengah tunggu sebelah Velfire beli hutang ansuran mudah 9 tahun.

Golongan pertama jenis merahsiakan kekuatan tapi sekali bertempur baru kau tahu dia kuat atau dia lemah. Harimaupun dalam kategori ini, kalau setakat jalan pergi pasor beli ikan nak buat apa bukak kuku.

Ideologi tayang kekuatan ini kalau dalam perang dia macam Korea Utara lah. Kalau propa nak dia sahaja paling power, dalam news tayang semua aset. Tapi 2,3 kali lancar roket semua tak terbang-terbang. Ini semua perangai yang banyak ada pada budak baru nak up. Pergi London sekali tapi 3 tahun tak habis update Facebook macam dia hari-hari pergi London.

Saya tak cakap mana betul dan mana salah. Cuma annoying juga lah kalau sampai melampau-lampau tayang harta tapi sanggup ikat perut dan sependar koyak. Abg Aji nasihat sikit kepada usahawan-usahawan muda semua, dulu abg aji pernahlah terlibat style tayang-tayang ni walaupun tak main hutang-hutang, namun lama-lama rasa jadi bodoh dan terbeban kerana kita sanggup susah untuk bagi orang rasa “jengkel”. Tapi kalau niat nak tayang kau power dan kau nak ajar org jadi power atau rasa inspired, fine lah.

Dalam perang memang kekuatan kita mesti jadi misteri kepada lawan. Tapi kalau lawan dah tahu apa kita ada dan apa kita tak ada, lawan kau akan menang perang tu. Kau akan kalah (menang sorak mungkin).

Ada kes juga bila kau tayang-tayang sangat apa kau ada dia buat lawan kau terus kecut dan berundur. Tapi itu lawan jenis loser bro, bukan lawan sebenar kalau betul nak berlawan. Tak ramai orang betul-betul berjaya yang berkokok. Kalau adapun jenis main MLM atau ponzi master tayang kereta Ferrari atau Lambo (sewa). Yang lain semua senyap-senyap sahaja. Yang berkokok banyak ni biasanya abuk sahaja yg ada. Yang diam, ni yang berisi.

Hati-hati dengan orang yang diam-diam atau tiba-tiba diam. Adalah tu yang dia tengah buat. Jangan ingat dia dah kalah, kerana dia senyap…engkaupun tak tahu apa dia ada. Kalau bertempur, yang kecoh-kecoh akan kalah.

Ini semua Arts of War. Kita pilih nak jadi senyap dan dikatakan kalah tapi bila bertempur kita menang ATAU cakap macam-macam, terima award sana sini, masuk FB tayang harta itu ini tapi bila masuk gelanggang, KO first round.

Nak jadi mana satu? Kau pilih.

SAIFUL NANG
sambil tunjuk jempol depan kereta sport.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: