News!!

Apa sudah jadi dengan pasangan suami isteri sekarang?

Minggu lalu, viral di laman sosial tentang kisah seorang isteri yang dipukul suaminya sehingga cedera. Kes di Setapak itu berlaku kerana isteri dikatakan memakai jubah jarang dan melekap sehingga menampakkan bentuk badannya, namun enggan mematuhi arahan suami untuk menukarnya dengan pakaian yang lebih sopan dan menepati syariah.

Akhirnya Si Suami hilang sabar dan memukulnya hingga cedera lalu isterinya membuat repot polis. Antara persoalan yang timbul di kalangan netizen ialah,

1. Mengapa isteri begitu degil sekali
2. Patutkah ia dipukul sebegitu? Tiadakah cara lain yang lebih baik?
3. Patutkah isteri buat laporan polis?

Selama ini kita faham bahawa suami adalah PENGATUR atau pemimpin rumahtangga. Baik buruk perangai isteri dan anak-anak dijadikan kayu ukur kepada kewibawaannya dan dia juga yang bakal ditanya. Namun hari ini ingin kami kongsikan satu fenomena yang jarang kita jangka.

Kajian kami menunjukkan banyaknya berlaku perubahan karaktor seorang lelaki selepas berkahwin. Ada perubahan ke arah positif, bahkan ada juga yang sebaliknya.

Ada lelaki yang sebelum kahwin sangat patuh dan menghormati orang tuanya, namun menjadi anak yang tergamak membiarkan orang tuanya terlantar sedangkan dia sendiri hidup kaya raya. Tidak kurang yang sampai ke tahap menjadi anak derhaka akibat dari pengaruh isterinya. Ada yang dahulunya suka berjimat, namun jadi pemboros dan bermacam-macam lagi.

Di sisi baik pun begitu juga. Ada suami yang dahulunya ‘nakal’ atau tidak berminat dengan agama, namun berubah menjadi sebaik-baik manusia. Ada yang dahulunya suka berpoya-poya namun berubah menjadi sebaik-baik manusia atas pengaruh isterinya.

 

SITUATIONAL CHARACTER

Kami ingin bawakan contoh di mana karakter seorang boleh berubah mengikut situasi.

Seorang guru yang baik tentunya akan serius untuk mendidik anak muridnya. Jika anak didiknya jenis mendengar kata, maka seorang cikgu tidak perlu pun angkat suara. Kerja rumah siap, dalam kelas fokus, dan apa cikgu suruh akan dibuatnya dengan sempurna. Secara automatik, anak murid sebegini membuatkan karakter cikgu ini menjadi seorang yang baik dan penyabar. Tidak perlu untuk menengking, merotan atau denda.

Cuba tugaskan guru yang sama ke kelas yang huru hara. Diulang cakap beribu kali pun masih juga tidak diperduli. Pelbagai pendekatan psikologi semuanya tidak menjadi. Kata-kata cikgu bukan sahaja tidak didengari, malah sering melawan dan memperli.

Akhirnya, cikgu hanya ada 2 pilihan. SAMADA mahu menjadi garang dengan suara yang keras dan mengajar dengan ‘bantuan’ rotan, cubit dan denda….

ATAUPUN

Cikgu hanya ‘sit back’ dan releks sambil berkata, “dah tidak boleh buat apa kerana budak sudah terlajak degilnya”, lalu kedegilan itu dibiarkan sahaja. Cikgu begini akan masuk ke kelas mengikut jadualnya dan teruskan mengajar sekalipun dari 40 murid, ‘41 orang’ tidak mendengarnya. Habis waktu, dia hanya berlalu pergi seolah-olah itu sahaja tanggungjawabnya sebagai pemakan gaji.

Dalam situasi ini, cikgu yang tidak serius mendidik boleh sahaja kekal menjadi CIKGU BAIK. Cikgu yang mahukan hasil terbaik dari pendidikannya tentu akan ‘berubah’ menjadi CIKGU GARANG.

 

BAGAIMANA PULA TABIAT ISTERI MENGUBAH KARAKTER SUAMI?

Tidak salah firman Allah yang mafhumnya, “Wanita keji adalah untuk lelaki keji, dan lelaki keji adalah buat wanita keji, dan wanita baik adalah untuk lelaki baik…” (Surah An-nur, 26).

Tidak salah juga sabda Nabi SAW bahawa kunci syurga wanita ialah mentaati suami (yang soleh dan beriman). Maknanya kunci syurga rumahtangga itu terletak ‘di tangan’ wanita. Sebab itu, Allah berikan tanggungjawab kepada lelaki beriman untuk ‘membentuk’ isteri agar mampu menjadi kunci syurga rumahtangganya.

Ekoran dari viralnya pendedahan tentang Pornstar IG yang kami paparkan semalam, ramai sekali yang merujuk kepada banyaknya gambar dan video bukan dari anak gadis sunti, tetapi dari wanita bergelar isteri. Begitu banyak gambar dan video lucah mereka dipaparkan dalam laman Tumblr dan IG peribadi untuk ‘menggamit jantan’ yang ‘sewaktu’ dengannya. PEMANGSA pula turut terdiri dari suami-suami orang juga. Maka tidakkah tepat firman Allah bahawa perempuan keji untuk lelaki keji?

Situasi guru baik tadi sama juga dengan kisah seorang suami yang mempunyai isteri yang “senang dibentuk”. Suami seperti ini akan terasa hidupnya dalam syurga kerana tidak perlu mengangkat suara. Cukup sekadar berkias sahaja si isteri sudah mengalir airmata. Cukup dengan sekali tegur sudah nampak jelas perubahan yang dilakukannya. Untuk apa lagi suami mahu garang?

Salah seorang co-founder RPWP, Tuan Haji Saiful Nang sendiri adalah seorang yang sangat garang di pejabat namun tidak pernah pula dengar dia meninggikan suara kepada isterinya. Mengapa? Kerana isterinya jenis yang mudah dibentuk dan sentiasa mengikuti arahannya tanpa banyak bicara. Jauh sekali untuk MELAWAN atau MEMPERLInya.

Di sebalik itu, ada juga di kalangan sahabat yang lunak karaktornya sejak mula. Lunak sekali bila di luar bersama pelanggan dan rakannya, tetapi sering naik ‘temperature’ terhadap isterinya. Nak tegur satu perkara kecilpun kadang sampai timbul urat lehernya.

Ada yang mengaku pernah berazam untuk tidak mahu meninggikan suara terhadap isterinya kerana tidak suka dengan karakter ayahnya yang garang terhadap ibu mereka. Selepas kahwin, masing-masing jadi mudah naik angin apabila berhadapan dengan isterinya.

KAMI lihat semua ini berlaku terhadap suami yang sirius untuk membentuk isteri yang ‘parah’ sekali kedegilannya.

Ada calun isteri yang dilihat baik, taat, rajin dan sopan santun sebelum dikahwini. Makan di kedai pun kalau boleh semua pinggan mangkuk pelanggan lain mahu dibasuhnya. Tapi selepas kahwin, pinggan mangkuk sendiripun berlonggok dalam sinki. Pakaian suami tak terurus. Rumah berkecah dan berbau kepam. Kain baju hanya dibasuh bila sudah tiada lagi yang boleh di’recycle’ untuk dipakai. Padahal isteri di rumah hanya tidur, main Whatsap dan menonton sinetron saja. Suami macam mana yang tidak naik angin jika isterinya sebegitu rupa?

Belum lagi kes suami soleh yang sungguh-sungguh menjaga kemaluannya sejak kecil, tetapi ‘terjodoh’ dengan anak dara yang sudah rabak daranya.

Berilah alasan apa sahaja, samada kerana jatuh basikal, bersukan lasak, atau kerana beronani semuanya sukar diterima. Kegagalan wanita memelihara ‘kehormatan’ diri akan tetap menjadi stigma dalam kepala suami. Kecualilah ‘keadaan’ itu telah terlebih dahulu diberitahu.

Aktiviti lasak dan tidak memelihara kemaluan kerana beronani itu sendiri amat tidak berakhlak bagi seorang wanita. Jika ia masih tetap dilakukan juga sampai menjejaskan ‘daranya’, maka itu merupakan petanda terhadap sikap ‘degil’nya. Mungkin dia telah mengingkari larangan penjaganya atau menang silap penjaga/walinya sehingga dia tidak dicegah melakukan itu semua.

Hasil kajian kami menampakkan isteri yang begini, samada tidak terdidik dengan baik atau jenis suka mengingkari arahan penjaganya akan sering meneruskan ‘kedegilan’ itu selepas berumahtangga. Jika suaminya jenis lelaki yang beriman, tentu dia akan berusaha ‘keras’ dan ‘tegas’ untuk isterinya berubah. Tentulah fikirnya, “Ini tanggungjawab aku, dan aku wajib galang supaya isteri aku menjadi lebih baik”. Jika isteri berdegil, maka tidak mustahil karakter suaminya juga boleh berubah menjadi lebih keras dan tegas.

Lalu siapakah yang mengubah karakter suami? itulah dia SIKAP dan KARAKTER seorang isteri.

Suami yang keji dan tidak perduli halal haram akan memilih untuk terus berlunak atau berdiam diri terhadap isteri begini. Untuk apa bersusah payah dan serius sangat. Yang penting ada ‘perempuan’ untuk ditiduri. Tahu-tahu sudah ada teman wanita atau yang baik sikit sudah kahwin lagi satu dengan wanita lain yang mudah dibentuk tanpa perlu bertegang urat.

Jangan pula kata suami GATAL jika isteri di rumah hanya cantik bila nak keluar party atau kenduri. Jangan salahkan suami kahwin lain jika apa yang suami nasihatkan hanya dipandang dingin. Jangan pula kata kami seperti memberi lesen kepasa Si Suami berselingkuh atau berpoligami.

Mari lihat sunnah Nabi Ibrahim a.s. yang kita sebut dalam TAHIYAT solat itu sendiri. Kerana masalah membentuk isterinya Siti Sarah yang berstatus bangsawan, akhirnya dia ‘diajar’ dengan bermadukan Siti Hajar. Walaupun berstatus hamba namun Siti Hajar sangat taat pada Allah dan suaminya sehingga mampu melahirkan Ismail, seorang nabi sehebat ayahnya.

Selepas dimadukan barulah Siti Sarah jadi lebih taat dan tunduk kepada suaminya lalu dikurniakan anak-anak yang mampu menjadi nabi juga.

 

KESIMPULAN

Seorang isteri bukan sahaja mampu mengubah karakter seorang suami, malah juga mampu membentuk akhlak dan karaktor anaknya.

Jika Isteri baik, suami baik.. itu TERBAIK.
Jika Isteri baik, suami garang.. itu JAHAT.
Jika Isteri tidak baik, suami garang.. itu BAGUS.
Jika Isteri tidak baik, suami rileks sahaja.. itu DAYUS.

Suami yang serius mendidik isteri akan berusaha keras sekalipun liatnya lebih dari mengunyah getah sekerap. Yang keji mahu dimuliakan. Yang ingkar mahu dibetulkan agar sama-sama berada dalam satu haluan dan landasan. Kesefahaman ini sahaja syarat untuk terbinanya keamanan dan suasana ‘syurga’ dalam rumahtangga.

Annisa’ ayat 34 menjelaskan kewajipan suami memimpin dan mendidik wanita dengan tegas (qowwam). Jika dia nusyuz, suami harus beri nasihat dengan ber-NAS. Jika masih berdegil, maka pisahlah tempat tidurnya. Jika masih ingkar juga maka pukullah dia. Tapi PUKULAN yang bagaimana?

Isteri yang memiliki suami yang baik akan selalu tidur di lengan atau dakapan suaminya. Bila suami tidak sudi untuk tidur di sisi, maka Isteri yang baik akan merasakan SATU PUKULAN yang dahsyat. Isteri juga akan merasa TERPUKUL jika suami dapat menampakkan silapnya dengan dalil yang berNAS. PUKULAN paling dahsyat bagi isteri ialah dengan ancaman POLIGAMI dan TALAK.

Oleh itu, RPWP berpendirian bahawa pukulan fizikal yang mencederakan dalam kes ini amat tidak wajar untuk seorang isteri kerana nisak bukan tandingan fizikal bagi suami. Repot polis dan saman mahkamah seorang isteri terhadap suami pula menjadi petanda bakal ‘berakhirnya’ hubungan mereka.

Pelajaran dari Surah An-nur ayat 26 ialah isteri harus ikut menambah iman sesuai dengan kebaikan iman suaminya. Jika suami yang beriman sudah tidak mampu membentuk atau isteri tidak mahu berubah, maka sunnah Sarah dan Hajar boleh jadi rawatannya.

Jika dengan poligami pun isteri masih enggan berubah juga, maka perceraian sahajalah menjadi jalan keluar terakhir untuk Si Suami berlepas diri. Itu bermakna Allah tetap betul dan kita yang ‘tersalah’ pasangan. Biarlah isteri yang keji mencari pasangan lelaki baru yang juga bersifat keji.

Semua telah termaktub dalam kitab jika kita membacanya bukan sekadar untuk menang musabaqah, ATAU sekadar dijadikan jampi serapah. Jika kita baca Qur’an untuk difahami dan dilaksanakan, pasti ayat-ayat Allah itu mampu menunjukkan kita cara untuk menyelesaikan masalah.

 

Artikel Ehsan,
WARGA PRIHATIN 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: