News!!

Ajar anak bekerja untuk jadi bijak

AJAR ANAK BEKERJA, DIA AKAN JADI BIJAK. AJAR ANAK BERSEKOLAH, DIA AKAN JADI PANDAI. RAMAI HARI INI PANDAI TAPI TAK BIJAK.

Kita perlu anak yang bijak pandai. Maka, kedua-duanya perlu. Kalau satu sahaja. Hari ini, di 2 buah block bangunan wisma Saiful Nang Academy di Bangi Sentral ini sahaja, ada lebih 60 orang yang bekerja dari guru-guru Akademi Insan Prihatin, pekerja professional Colours of Asia Group, Saiful Nang Academy, Rarecation, CandidSyndrome serta Werda & Sarc. Frankly, dari ramai-ramai itu hanya ada 2 top achievers di dalam university iaitu isteri (kini guru di AIP) saya dan seorang lagi yg kini salah seorang pereka tudung Werda. Top tu bermaksud CGPA mereka setara atau lebih baik dari YB Pontian. Selebihnya ni sekadar pointer bawah-bawah.

Sebelum ini ada ramai juga top achievers kerana saya memang suka memilih orang-orang yang pandai kerana pada pandangan saya, mereka yang pandai ini PASTI RAJIN. Bila rajin, pasti mudah nak bekerja di company ini.

Betul, mereka rajin cuma mereka ini ada yang jadi sangat rigid dan terlalu bergantung kepada sandaran buku dan teori. Tidak semua begitu cuma saya sahaja kurang bernasib baik kebanyakan yang datang pada saya begitulah karakternya. Sedangkan sebuah perusahaan seperti kami ini, banyak menggunakan common-sense dan kurang penggunaan teori dan prinsip seperti adanya di dalam buku. Dari yang ramai-ramai itu Alhamdulillah, 2 orang survive sampai sekarang. Yang lain banyak yang tarik diri dan bekerja dengan bahagia sebagai eksekutif di syarikat-syarikat besar walaupun bergaji kecil. Yang lagi dua tu yang survive hingga sekarang telah banyak menyesuaikan diri.

Apabila Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh sebelum ini membuat rekomendasi kepada graduan untuk mengambil ijazah kedua untuk memudahkan mereka bila berada dalam pasaran kerjaya, sebagai orang dalam industri saya lihat ia sedikit tersasar. Namun boleh sekiranya Si Pandai yang ada 2 ijazah ini untuk masuk ke bahagian pentadbiran korporat.

Namun begitu, pada saya graduan perlukan KEMAHIRAN. Hari ini, ramai graduan universiti yang bagus-bagus datang temuduga dan saya ucapkan “Semoga masa depan kamu cerah di tempat lain”

Hari ini, saya kurang appreciate mereka yang bawa resume panjang-panjang dengan CGPA hampir lengkap penuh tetapi saya lebih suka cari mereka yang mampu selesaikan masalah. Kadangkala ada perkara mudah yang boleh dibuat untuk tahu sama ada mereka calon yang baik atau tidak. Jangan sekadar tengok resume yang kadangkala copy paste pun. Kadangkala saya juga minta izin untuk diperiksa beg tangan, beg galas, purse atau wallet mereka. Jika purse bersepah dengan resit dan kad bercampur-campur serta duit kertas tak disusun mengikut dominasi tapi ada hati minta jadi akauntan, memang minta maaf.

Hari ini, yang pandai-pandai banyak berakhir di dunia bayangan ibu bapa mereka. Kerja dalam keadaan kemas bertali leher dan berblazer seperti mat dan minah saleh. Kerja dalam aircond dan ada ramai subordinate. Hari pertama masuk ofis dah ada kerani membantu. Cukup 10 tahun dah level senior manager, lepas 15 tahun dah masuk level pengarah dan  lepas 20 tahun dah “dapat” datoship Pahang.

Namun orang-orang yang keluar dari mainstream yang score CGPA 2.5 tapi di universiti dia siap jadi dropship atau Personal Shopper jenama-jenama dari Bangi Sentral atau aktif menjual penapis air Coway Malaysia, jual minyak wangi De’Xandra HQ , organize lawatan kelas ke kilang tempe dan sampai seminggu sebelum exam baru nak ikut kepala buat toyol untuk bekalan di dewan exam…inilah yang saya lebih suka berada dalam team.

Company saya ni bukan besar sangat. Kalau sekadar dalam 60 orang warga kerja, masih lagi 1 orang tenaga kerja kena buat banyak perkara. MULTI-TASKING juga sangat diperlukan. Saya banyak juga dismis pekerja yang berkira-kira bekerja. Contohnya, tugas dia jaga akaun nanti suruh kemas ofis, manage client, ikut roadshow semua dia tak mahu.

Berbanding orang yang dah terbiasa dari kecil bekerja. Selepas staff masuk ke dalam syarikat, saya tak pernah nilai dan minta lagi ijazah dia dan dah lupapun apa ada dalam ijazah dia. Yang saya tahu, kita semua perlu adjust diri untuk acquire knowledge baru dengan cara bekerja dan menyelesai masalah. Ternyata industri lebih appreciate mereka yang BIJAK dari mereka yang sekadar PANDAI. Bijak pula bukan sekadar bijaksana tetapi bijaksanasini.

Untuk ibu bapa sekalian, zaman dah berubah. Jangan ajar anak sekadar pandai dalam sekolah tetapi berikannya pelbagai kemahiran dengan mengajarnya bekerja. Bila saya review balik diri saya, banyak pelajaran di universiti saya dah lupa walaupun exam dapat score 75 markah. Tapi ilmu macammana angkat sawit 50kg nak masukkan dalam wheel barrow semasa berat diri sendiri baru tak sampai 40kg masa tu, guna golek tak lepas, guna songket tak lepas, guna macam-macam tak lepas dan last-last tak pakai wheel barrow sampai juga sawit tu ke tempat kutip. Macam mana caranya? Ada problem…mesti ada solution.

Bukannya semasa sekolah suruh anak kerja di 7 eleven partime. Maksud kerja boleh jadi banyak. Hari ini, ramai anak yang scorer jadi scorer kerana anak ini tak perlu bantu memasak, tak perlu kemas rumah, tak perlu menjahit, tak perlu nak buat ketupat, tak perlu basuh baju, tak perlu seterika pakaian, tak perlu mengemas rumah, tak perlu jaga adik, tak perlu basuh jamban dan banyak lagi. YANG PENTING KONONNYA…exam ada banyak A barulah sejuk my stomach pregnankan you (tangan dibahu).

Kemahiran Hidup bukannya subjek di sekolah masa tingkatan 1-3 sahaja tetapi kemahiran hidup itu dari kecil sampai kita mati (selagi hidup) tetapi kita pelajari. Tapi kalau sekadar jadi subjek dari tingkatan 1-3 sahaja memang tak mencukupi langsung. Zaman sekarang, kalau tak ada subjek Ekonomi Rumah Tangga (ERT) rasanya sampai tua pun tak kenal mana senduk dan periuk.

Satu kesalahan besar ibu bapa apabila mereka meletakkan pencapaian akademik sebagai penilaian untuk anak menjadi orang berguna ataupun tidak. Ketahuilah, memang yang banyak sangat A tapi kalau tak belajar buat kerja dari kecil lagi, inilah orang yang bakal membesar tak boleh nak diguna sangat. So, tak payahlah stress sangat kalau anak bawak balik result ada banyak B,C, D dari A.

Bangsa hebat semuanya dari bangsa yang banyak selesaikan masalah. Sampai bangsa kita kena bayar bangsa lain untuk selesaikan masalah kita. Sampai bila? Ajar anak juga, universiti tidak menjamin kejayaan kerana 190,000 lebih graduan menganggur hari ini semuanya ada ijazah cuma tak pandai buat kerja. Kalau adapun semua nak kerja bajet pakai necktie. Kalau betul-betul mahir bekerja dan selesaikan masalah, jual pisang gorengpun boleh jadi franchise 257 cawangan dan ada rumah banglo besar ada swimming pool untuk bela tilapia. Tapi kalau dari kecil dah biasa main KERTAS, sampai besar dan sampai bila-bilapun kalau kertas tak ada semua tak boleh buat.

Ingat juga dulu ilmu / wahyu pertama Jibrail turunkan kepada nabi kita tak ada kertaspun tetapi satu gerakkerja IQRA (kaji). Saya betulkan sikit, orang cakap iqra itu baca secara terjemahan tetapi apa maksud TILAWAH pula? Juga baca kan? Kenapa tidak Jibrail seru nabi “TILAWAH” dan kenapa Iqra? Kerana Iqra ialah BACAAN KAJIAN ataupun pembacaan KONTEKS dan Tilawah ialah bacaan TEKS. Yang budak kita lemah ni ialah bacaan KONTEKS tapi bila suruh baca benda ada TEKS semua dapat A habis-habis. Tapi suruh budak kita FIKIR / KAJI / BACA KONTEKS (IQRA) ramai yang berkerut dahi.

Lebih baik anak terlebih rajin bekerja tapi pencapaian akademik suam-suam kuku sahaja berbanding pencapaian akademik sampai berkilo-kilo A-nya tapi masak air pun hangus.

Dari KERJA kita berajar. Tapi tak semua yang kita BELAJAR boleh dikerjakan. Kita dah ramai orang pandai, tapi kurang sangat orang yang bijak.

SAIFUL NANG
Pengetua,
SAIFUL NANG ACADEMY

*Like & Share jika rasa ia berguna.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: