News!!

Rogol anak tiri dan rakaman video ditemui isteri

NILAI: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merogol anak tirinya berusia 20 tahun sejak tahun lalu di rumah mereka di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, berkata peniaga berusia 40 tahun itu ditahan di Bandar Baru Nilai, di sini.

Katanya, penahanan itu dibuat selepas ibu mangsa berusia 40 tahun menemui kad memori yang mengandungi video seks suami dan anak keduanya itu.

“Wanita itu menemui kad memori yang ditinggalkan di atas meja di rumah mereka kira-kira jam 4 petang semalam, lalu memasangnya pada komputer riba.

“Selepas menonton video berkenaan, ibu kepada lima anak itu melaporkan penemuan itu kepada polis,” katanya di sini, hari ini.

Zaldino berkata, siasatan mendapati suspek berkahwin dengan ibu mangsa sejak beberapa tahun lalu manakala mangsa yang berhenti sekolah sejak berusia 14 tahun tidak bekerja.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol.

 

  • BHARIAN – 18 FEB 2017

Comments

comments

1 Trackback / Pingback

  1. Pelajar Tingkatan 5 Yang Hamil 3 Bulan ‘Borong’ 5 Lagi Lelaki Baru Sempena Merdeka – WARNA ASIA

Leave a Reply

%d bloggers like this: