News!!

Bapa rogol anak kandung dihukum penjara 54 tahun, 21 sebatan

KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 54 tahun serta 21 sebatan setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya sendiri beberapa kali di kediaman mereka di Kampung Sinjan, di sini, pada November lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuching, Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu mengikut Seksyen 376 B(1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap mangsa pada 12, 20 dan 21 November 2016.

Suspek berusia 40 tahun itu ditahan pada 25 November lalu sekitar jam 10.30 pagi selepas polis menerima laporan daripada ahli keluarga terdekat mangsa.

Siasatan lanjut mendapati mangsa dipaksa melayan kemahuan seks ayahnya kerana terlalu takut dicederakan sekiranya enggan menuruti kehendak suspek.

Mahkamah dalam pada itu memerintahkan mangsa dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk sesi kaunseling kerana mangsa didapati mengalami trauma teruk akibat kejadian tersebut.

Mangsa merupakan anak kedua daripada enam adik-beradik dengan lima daripadanya adalah perempuan.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: