News!!

Kenapa Hari ini Ramai yang Mati Muda

 

Saya membesar semasa zaman yang mana tinggal di taman perumahan hanya orang kaya atau pekerja kerajaan bergaji tetap. Saya juga ingat zaman saya kecil dahulu, rumah kampung kecil pacak 4 tiang lama-lama semakin besar dan membesar. Saya dulu juga hidup tidak berapa faham mengapa atuk-atuk kita dulu sibuk beli tanah besar tapi buat rumah sejemput sahaja.

KENAPA HARI INI RAMAI ORANG MATI MUDA KENA HEART ATTACK TAPI ATUK-ATUK DULU SEHARI HISAP SEKILO ROKOK PUN RAMAI MATI SAKIT TUA

Bila saya ingat semua semua itu, saya jadi seronok pula tengok atuk-atuk saya mati senyum kerana tak ada hutang yang ditinggal kepada anak dan isteri. Hutang rumah pun tiada dan tak perlu nak bayar insuran MRTA bagai nak protect kepentingan yang ada.

Semasa saya bekerja di Stockholm satu ketika dahulu, tidaklah lama cuma beberapa ketika sahaja. Rumah di Stockholm hanya boleh dibeli 1 unit untuk 1 orang. Duit banyak macam Adam Rosly ataupun seperti MO1 pun tetap tidak boleh beli hartanah melebihi keperluan. Sehingga kini, hartanah di Kotaraya Stokcholm tidak melambung tingginya sehingga ke peringkat kurang munasabah. Mengapa? Kerana tiada manipulasi harga hartanah disebabkan tidak rancak pelaburan hartanah yang jenis beli hari ni tahun depan jual. Kawan saya di Sweden beli sebuah apartment di dalam Bandaraya Stockholm dengan harga 20x gaji dia. Dan dia average income earner. Di Malaysia, average income earner perlu bayar 400x gaji untuk sebuah apartment di dalam city centre.

dsc08984

Saya bersama H.E Ambassador Datuk Badruddin bin Abd Rahman, Duta Besar Malaysia di Sweden dan anak-anak beliau di kediaman rasmi. Terima kash Y.Bhg Datuk atas sambutan dan hospitaliti yang terbaik.

Baca sampai habis kerana artikel ini panjang tapi penting. Jika malas membaca, sila scroll sampai ayat terakhir untuk sinopsis khusus untuk anda.

Maaf kepada pelabur hartanah. Dulu saya pun berguru juga dengan pelabur-pelabur hartanah dan saya juga ada pelaburan hartanah pada mulanya. Tapi sempat beli sebuah rumah sahaja, tidaklah banyak dan sampai hari ini masih tak sempat jual. Sibuk mengusahakan tanaman lalang dan ternakan haiwan liar di rumah itu. Tapi sekarang, saya sedar…kita tidak sepatut niagakan keperluan apatah lagi memanipulasikan keperluan. Buat masa ini memang di situ ada peluang, melaburlah tak ada masalah. Sebelum hentam, sila baca dulu sampai habis.

Pada zaman kekhalifahan Islam dahulu, khalifah melaksanakan keperluan tanpa diniagakan. Tidak juga membenarkan pihak ketiga untuk melaksanakannya dan mengambil untung. Rumah, air, pendidikan, makanan asas semuanya dalam regulasi pemerintah. Jika ada bayaran sekalipun ia bukan utk mengaut keuntungan sekadar menampung kos dan memajukan infrastuktur.

Tapi susah nak diceritakan perkara ini. Yang mengurus air hari ini pun kaya raya siap ke hulu hilir dengan jet peribadi. Yang menguruskan perumahan untuk rakyatpun sudah harganya perlu dibayar seumur hidup walaupun hanya seperti kotak burung merpati. Maintenance jangan harap lah. Yang swasta pula kaya raya jual rumah ada design sikit kemudian namakan dengan nama Damansara atau Tropicana atau Sunway walaupun duduknya di ceruk-ceruk alampun harganya sampai mati pun belum habis bayar. Instalment pinjaman sampai makan habis gaji suami dan isteri yang bekerja.

Ingat, tak semua orang kaya macam Aliff Syukri Terlajak Laris yang sekali petik terus beli 5 buah rumah superlink, loan terus approve sambil senyum.

Bila saya fikirkan semula, memang hebat orang tua zaman dulu. Anak-anak diajar bertukang walaupun nak jadi doktor atau engineer. Rumahpun buat secara gotong royong.

Ya, saya hidup lagi pada zaman rumah saya disambung secara gotong royong. Hidup berjiran, tak ada alasan nak bantu membantu. Yang penting kena sepakat. 1 hari sahaja siap kerja menaikkan rumah. Hari ini tak boleh buat begitu…hari ini kita hidup dengan spirit 1Malaysia (acungkan jari telunjuk) namun sebenarnya lebih kepada “Lu lu, Gua gua” punya spirit kiasu.

Atuk nenek memang akan siapkan tanah. Pantang pakcik makcik jual tanah pusaka. Kenapa?

Bila dah jual, nanti adik beradik semua terpisah-pisah. Ya lah, dulu semua anak Jawa duduk sekampung selorong. Tapi sekarang ada yang kerja di Oman, ada yang kerja di Alor Setar, ada yang kerja di Pekan ada juga yg kerja di kampung itu juga. Nak buat rumah bagaimana untuk tinggal selorong? Untuk zaman ini, memang tidak praktikal juga semua dilonggok duduk di satu lorong yang sama.

Dunia berubah, kita juga patut berubah. Maka, teori nenek moyang kita sudah tidak relevan pada zaman ini. Namun…

Konsepnya, anak akan duduk di rumah induk dan berkahwin. Kemudian perlahan-lahan buat rumah sendiri di belakang rumah induk yang masih ada ruang tanah. Bukan naik banglo terus, buatlah rumah kecil sahaja satu bilik kerana nanti bila ada rezeki boleh sambung lagi. Kalau dah besar rumah itu dan ada keperluan,nanti boleh sambung lagi rumah.

Rumah tak glemer tapi hati senang, hutang tiada. Berniaga kedai runcit di simpang pun dari kecil boleh sampai jadi pasaraya. Kenapa? Hati lapang dan tenang kerana duit yang dibuat bukan milik orang tapi milik kita. Dari situ, boleh sahaja beli rumah-rumah taman yang glemer dan berstatus pula secara tunai.

TAPI…MAHAL PULAK!

Kenapa mahal? Ini saya nak cerita. Semasa pembukaan sebuah perumahan oleh syarikat milik Allayarham taikun automobil dahulu di Shah Alam. Saya bersemangat bersama isteri datang pada hari pelancaran. Hampeh…semua dah kena beli kecuali beberapa unit yang mahal. Yang murah semua kena sapu. Bila ditanya, siapa yang beli? Katanya…dah buka jualan kepada mailing list mereka dahulu. Katanya majoriti buyer adalah investor. Investor dah borong semua, kita yang nak beli untuk letak anak isteri ni macammana?

Mereka beli, kemudian mereka sewakan sebelum dijual atau ada yang beli dahulu dan kemudian bila siap terus dijual. Harga rumah RM500,000 bila siap jadi RM600,000 lepas 5 tahun jadi RM1 Juta.

Kita kena ingat, salah satu cabang riba’ ialah apabila urusniaga itu tidak adil dan menindas dan orang pun tak banyak pilihan lain contohnya interest bank (atau apa sahaja nama selain interest tetapi kesannya sama). Saya kena rephrase balik ayat ni kerana orang mula pertikaikan bab teknikal padahal…sama jer. Pada harga sahaja sudah markup sangat banyak sampai nak beli tunai memang susah. Jadi kenalah buat loan dari bank-bank yang kononnya Islam sangat. Islamik tak islamik sekadar dulu takde akad sekarang ada akad. Dulu takde interest sekarang dipanggil profit. Dulu pakai BLR sekarang dipanggil BFR…dulu kena penalty early settlement sekarang early settlement pun kena penalty juga. Mana Islamiknya jika dulu pinjam RM1 Juta beli rumah, kemudian bayar 40 tahun dan total bayaran RM2.5 Juta. Itu tak termasuk BLR BFR yang kadang-kadang up tu.

Mudahnya begini, kenapa saya mahu idea perkara KEPERLUAN MENJADI TANGUNGJAWAB PEMERINTAH DAN BUKAN PERNIAGAAN?

Bayangkan kos orang kampung buat rumah 3 bilik dan beli bata sendiri, ikat batu ajak kawan-kawan gotong royong. Beli kayu sendiri dan ikat kuda-kuda rumah dengan gotong royong ajak jiran dengan bayaran hanya bubur kacang dan perjanjian usahasama “nanti rumah aku ko tolong jugak”. Kos sebuah rumah 3 bilik hanya RM100,000. Tetapi bila di tapak projek perumahan, RM100,000 punya kos sebenarnya menajdi hanya RM70,000 kemungkinannya kerana mereka beli semua secara pukal. Tetapi dicampur upah dan segala bagai dokumentasi, katakan harganya hanya jadi RM200,000 dan developer akan jual pada harga RM500,000. Di situ sudah ada pengambilan untung. Dibeli pula oleh investor awalan sebelum launching property dengan harga RM500,000 dan setelah siap terus dijual dgn harga RM600,000. Dibeli pula oleh kita dengan harga RM600,000 untuk didiami. Buat loan RM540,000 dan kena bayar RM1.5 Juta.

Sila kira, ada berapakah level pengambilan untung?

Kadang-kadang saya fikir ada baik juga sikit North Korea. Mereka buatkan rumah untuk semua penduduk walaupun rumah mereka sekadar adanya sahaja. Tapi cuba tanya orang North Korea berapa hutang mereka?

Memang perniagaan terbaik ialah perniagaan berdasarkan keperluan. Tetapi keperluan ASAS yang diniagakan adalah keterlaluan. Air yang dapat percuma dijual dengan pengambilan untung. Selepas ini mungkin oksigen juga akan dijual untuk mengambil untung.

Orang yang bukan Islam di negara seperti Sweden juga ada akal untuk mengelakkan manipulasi harga rumah di Kota Stockholm. Hari ini kita buat rumah murah yang terlalu murah sampai gelandangan lagi sanggup tinggal bawah jambatan terus. Rumah yang sudi orang diami pula harganya mahal macam nak beli jet.

Di Eropah, jika nampak gelandangan dan peminta sedekah di negara-negara maju seperti France dan UK, mereka bangga mengatakan gelandangan itu bukan British dan bukan French tetapi mereka yang datang dari negara mundur Eropah dan Afrika. Rakyat mereka semua duduk berbumbung. Pemimpin mereka boleh lega. Sewajarnya pemimpin perlu rasa malu bila yang jadi gelandangan ialah warganegara sendiri dan bukannya orang lain. Kemudian, tahu pula gelandangan ini mencacatkan pemandangan di KL sampai orang nak bagi makan gelandangan pula khabarnya dulu akan dihukum. Susah jika penguasa kita terlalu cerdik.

Kita tidak perlu pencakar langit, kereta Jepun yang dijenamakan nasional, tak perlu kompleks pentadbiran yang maha hebat, tidak perlukan lapangan terbang yang lengang selain pesawat tambang murah…

Tetapi yang lebih diperlukan ialah…

Pendidikan yang murah atau percuma.
Air yang murah jika tidak percuma
Eletrik yang murah jika tidak percuma
Rumah yang murah jika tidak percuma
Perubatan BERKUALITI yang murah jika tidak percuma
Kenderaan awam yang efektif yang murah jika tidak percuma
Makanan yang murah jika tidak percuma

Perkara KEPERLUAN ASAS biarlah di bawah pemerintah. Jika rumah dibangunkan oleh pemerintah, kos pembangunannya mungkin hanya RM200,000 (jika tiada undertable) dan jualannya juga RM200,000. Untuk yang kurang mampu, kos tanpa undertable mungkin hanya RM20,000 dan dijual dengan harga RM20,000.

Jangan niagakan KEPERLUAN ASAS kerana betapa mahal sekalipun kita jual, tetap orang akan beli kerana terpaksa atau orang akan mati kerana tidak mampu.

Sebelum apa-apa, biar saya cover dulu. Saya tahu ada orang akan cakap “SN ni cakap lebih tapi Saiful Nang Academy tu kutip yuran juga”. Mari sini saya jelaskan, awak belajar di masjid pun sebenarnya ada kosnya. Cuma kos itu telah dibayarkan oleh orang lain. Universiti Malayapun walaupun belajar sampai degree yuran 1 semester main ratus-ratus tapi sebenarnya kosnya beribu juga cuma sebahagian telah dibayar oleh orang lain (kerajaan). Saiful Nang Academy pun didik orang semuapun ada kos juga kerana kelas kami dalam aircond dan ada bumbung dan bangunan yang semuanay kena bayar. Cuma kos kami tiada orang yang nak bayarkan kecuali orang yang menyertainya.

Bila pendidikan menjadi agenda kerajaan sepenuhnya dan bukan 1 perniagaan, sekurang-kurangnya akan jadi seperti France yang mana pendidikan semua percuma sehingga universiti. Kecuali yang nak pergi private insitution yang itu mereka kena bayar sendiri. Tidak mengapa jika yang asas sudah diberi, orang nak yang lebih.

Kalau slow nak faham…saya bagi contoh lah. Nasik itu keperluan asas yang disediakan, tapi kalau nafsu nak makan kambing golek atau wagyu itu bayar sendirilah. Kalau setakat nak nasik, ikan, ayam dan sayu itu semua masih dikira keperluan.

Faham ke tak ni?
Lantaklah…

Dulu kita tinggal di kampung miskin dan tak berharta. Hidup hari-hari main basikal, mandi sungai tak fikirpun tab dan internet itu perlu tapi gembira sahaja dan mak ayah, atuk nenek semua tak ada hutang kecuali yang kaki judi dan kaki sabung ayam. Bila sudah besar, pergi ke KL nak ubah nasib tapi kita terperangkap dengan hutang yang buat kita jadi orang murung sepanjang hayat. Walaupun kita orang yang bekerja keras dan tidak berjudi atau main perempuan.

12 tahun saya menjalankan perniagaan, saya sentiasa fikir untuk bangunkan perniagaan kita perlu bangunkan manusia dahulu. Maka kami bangunkan manusianya dan kemudian manusia itu yang akan membangunkan perniagaan. Sama juga jika skalanya dibesarkan, sebuah negara perlu membangunkan rakyatnya dengan pendidikan dan rakyat inilah yang akan membangunkan negara. Namun jika pendidikanpun sudah mahal, yang graduate semua sudah berhutang, nanti nak beli rumah lagi berhutang, public transport teruk terpaksa beli kereta juga dengan hutang… masa bila nak kumpul duit nak kahwin? Nanti kahwin juga hutang. Semua ini berlaku sebelum umur kebanyakan rakyat Malaysia mencapai umur 30 tahun. Dan apa yang dibuat pada umur sebelum 30 tahun membuatkan kita membayarnya sepanjang hayat kita.

Siapa kata kita lelaki merdeka yang boleh menikahkan anak perempuan kita jika sebenarnya kita masih seorang hamba sahaya yang bekerja seharian namun hasilnya sudah jadi milik orang lain.

Fikirkan semula.

Hutang dah tak boleh nak lari dah hari ini. Adakah rela kita berhutang rumah sehingga membayar RM1.5 juta untuk rumah berharga RM200,000?? Selebihnya masuk ke perut-perut kapitalis yang semakin memboroi. Semakin kita kaya mampu buat loan, selagi itu mereka akan semakin kaya.

Saya tidak pasti sepanjang ini ada yang nak baca. Saya bercakap hari ini untuk kepentingan negara dan masyarakat dan bukannya atas niat nak jadi menteri. Tetapi anak-anak saya yang akan tinggal di sini juga nanti.

Segala yang baik itu datang dari Allah dan organisasi yang saya wakili dan yang buruk itu semuanya kelemahan saya sendiri. Baca dengan hati tenang. Fikir balik kenapa hari ini kita tidak segembira dahulu. Fikir juga kenapa Si Tua dahulu hidupnya senang dan jarang mati kena heart attack tetapi hari ini kita muda-muda masih 3 series dah kena heart attack. Kenapa?

Tekanan hidup

SAIFUL NANG
Idealistic Marhaen
#artikelSN

*Siapa malas baca dia monyet.

Comments

comments

24 Comments on Kenapa Hari ini Ramai yang Mati Muda

  1. saya baca hingga habis. saya setuju dan suka dengan hasil tulisan ini.

  2. saya baca tajuk jer..tak sempat nak baca the rest…sebab nak balik semayang jumaat…tapi betol, datuk saya mati umur nak masuk 90 tahun…mati pun sebab sakit tua….dulu dia pun perokok…

  3. Ayat akhir tu…win😂😂

  4. salah 1 faktor adalah PTPTN ada kenakan ujrah 1% …so kesimpulannye ujrah tu RIBA…nama je pekataan islam tapi hanye luaran je…kena byr lbh mcm loan bank! tu buatkan aku persoalkn ttg ni kat pegawainye…

  5. so conclusionnya, tukarlah polisi kerajaan supaya rakyat tak mati sakit jantung time muda2?

    atau, tekanan hidup kita sekarang ni ada kaitan dgn polisi gomen yg tak monitor keperluan rakyat, especially hartanah. so once kita da taw tekanan datang dr situ, kita boleh try elak fikirkan sangat knp hartanah ni mahal, knp gomen x buat polisi elok2, etc lalu kurangkan tekanan hidup dan elakkan mati time muda2?

    atau, nak tambahkan lagi tekanan hidup kita dgn bgtaw negara lain ada polisi yg lg baik dr kita. mcm x cukup stress dgn harga rumah yg mahal skrg, skrg nk tambah stress bila taw gomen tak buat polisi dgn bagus dan ada
    negara lain yg bukan islam boleh buat better.

    mohon kawan2 boleh share mesej yang cuba disampaikan oleh artikel ini.

  6. Haji Mad Thabarani // November 23, 2016 at 2:30 pm // Reply

    sya suka baca artikel seperti ini
    memang betul apa yang ditulis..dan saya setuju dgn artikel ini.

  7. mohd najip zulkarnain ahmad // November 23, 2016 at 1:56 pm // Reply

    Betul tuan… bacaan yg bermanfaat dan membuka minda saya…terima kasih

  8. di malaysia sudah ada satu kaedah penghapusan riba berpandukan al-quran..boleh layari website nya…datang lah ke taklimat penghapusan hutang dan riba secara percuma…in sha allah dapat menaikan martabat ekonomi islam di malaysia…

  9. kesimpulannya, hati yang banyak kena ‘serangan’ stress adalah lebih berbahaya berbanding dengan hati yang cuma kena serangan asap dan nikotin rokok 😀

  10. Zalina Mohd Said // November 23, 2016 at 9:36 am // Reply

    Very well said..

  11. …teringat kisah saya sendiri..tak sanggup membiarkan puak kapitalis “memakan” hasil usaha empat kerat saya untuk sekian lama puluhan tahun jangkaannya..Alhamdulillah makin tenang hari ini..

    Prinsip saya…”If you know the rules, you will know how to win the GAME”…

    Selamat maju jaya..

  12. …teringat kisah saya sendiri..tak sanggup membiarkan puak kapitalis “memakan” hasil usaha empat kerat saya untuk sekian lama puluhan tahun jangkaannya..Alhamdulillah makin tenang hari ini..

    Prinsip saya…”If you know the rules, you will know how to win the GAME”..

  13. Wan jamal mohd ariff // November 23, 2016 at 8:45 am // Reply

    Untuk mencari rezeki tidak sesukar mengekalkannya… hanya allah tempat kita memohon segalanya… amin.

  14. Syabas …yg terbaik dri anda…saya suka cara baca apa saje yg anda tulis…

  15. Bilakah ianya akan berakhir. Rakyat di sengsara kan oleh pemimpin yg swastakan semua keperluan asas atas nama kemajuan. Ini semua salah mahathir.

  16. DUNIA NAK KIAMAT!

  17. Dunia nak jumaat!

  18. habibah yusoff // November 22, 2016 at 11:31 pm // Reply

    Syabas SN kerana berani menyatakan yg benar.

  19. Selfish….. greed…. n mindset “biarlah asal dorg x kacau aku”

  20. Saya tergelak bila baca ayat akhir sekali.. Info yang sangat membina..

  21. Salahnya pada pemerintah.. swastakan keperluan asas pd kapitalis..

  22. Saya baca artikel macam ni rasa darah mendidih…bukan apa, geram dengan keadaan sekarang, kapitalis menguasai ekonomi. Ada idea, tapi tak boleh buat apa…masalahnya kerajaan tak berani nak melawan kapitalis. Saya yakin kalau tukar kerajaan pun takde perubahan. still kapitalis akan berkuasa. Apa boleh buat?

Leave a Reply

%d bloggers like this: