News!!

7 tempat wajib pergi di Balkan

Selepas zaman Khalifah Uthmaniyah dan selepas perang Komunis dan Sosialis, negara Balkan menyimpan pelbagai Khazanah terhebat di Eropah. Negara Balkan ini bermula dari Albania, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Greece, Macedonia, Montenegro, Romania, Serbia, Slovenia dan Bahagian Eropah Turki. Walaupun menyimpan Khazanah yang hebat, negara-negara ini sering di pandang sebelah mata.

Setiap satu negara ini mempunyai keindahan landskap, senibina dan sejarah yang tersimpan dari penaklukan dan peperangan yang berlaku. Walaupun kita menghabiskan beberapa tahun sekalipun kita tetap tidak dapat melihat kesemua khazanah di balkan ini.

Di sini kami kongsikan antara DESTINASI TERBAIK untuk kita lawati pada bahagian Utara Balkan yang boleh kita lawati dalam masa 10 MALAM SAHAJA.

TASIK PLITVICE

lee-duguid-plitvice-lakes-croatia

Foto dari Lee DuGu

Tasik Plitvice merupakan deretan tasik dimana setiap tasik itu bersambung dengan tasik yang lain melalui berpuluh puluh air terjun. Menariknya lagi kita boleh berjalan kaki hingga ke hadapan air terjun. Tak perlu bot, cuma memerlukan kekuatan kaki, stamina dan bekalan makan yang cukup untuk menikmati kawasan ini. Kawasan ini sudah di iktiraf oleh UNESCO WOLRD HERITAGE. Ini adalah DESTINASI WAJIB bila kita ke Croatia.

15570241830_ebcf322995_h

Foto dari Andrea Pedretti

Waktu terbaik untuk menikmati keindahan tempat ini, pastinya seawal pagi.

15595245329_b8f347d2e6_b

Foto dari ArturDias

Antara keunikan air terjun bila kita dapat lalu di sebelah sahaja. Jika datang awal, kita boleh duduk di jambatan ini sambil kaki bermain main di gigi air dengan ikan ikan di sini.

DUGI OTOK

zoltan-sebestyen-dugi-otok

Foto dari Zoltan Sebestyen

Jangan terasa pelik dengan namanya, Dugi Otok, Dugi Otok bermaksud “Long Beach”, ianya  merupakan salah satu dari ribuan pulau yang terletak di Croatia. Menariknya di pulau ini terdapat puluhan pantai yang sangat cantik, jernih setanding Maldives yang masih belum terusik. Kita boleh naik bot, cari pantai yang jernih dan bersnorkeling tanpa halangan, cuma perlu bawa sendiri peralatan snorkeling kerana tidak banyak perkhidmatan snorkeling di sediakan

stock-photo-91458159

Foto dari Aleksandar Gospic

Rajin rajin tanyakan orang tempatan di sana, di Dugi Otok ini banyak lokasi rahsia dan pantai kecil yang tidak terusik lagi dari kedatangan pelancong.

MOSTAR

stock-photo-63687019-1

Foto dari Alexandre Ehrhard

Di bandar Mostar ini terletaknya salah satu jambatan tercantik di dunia di atas sungai Neretva.  Ramai yang tidak tahu bahawa jambatan ini merupakan hasil dari senibina Islam pada zaman Khalifah Sulaiman The Magnificent ketika Bosnia masih lagi di bawah pengaruh Empayar Turki Uthmaniyah. Jambatan setinggi 66 kaki ini juga sering menjadi pilihan untuk orang terjun, bukan untuk bunuh diri, tetapi untuk pertandingan. Setiap tahun ada pertandingan Terjun Bebas dari jambatan ini. Ada yang berminat ?

stock-photo-137301079

Foto dari Stefan L.Beyer

Siap pada tahun 1618, jangan lupa apabila di sana, kita melawat Masjid tercantik di Bosnia Herzegovina.Ada rezeki, kita alami pengalaman solat berjemaah bersama muslim tempatan di masjid Karagöz Bey ini.

VRELO BUNE

sennarelax-blagaj

Foto dari Sennarelax

Tidak jauh dari bandar Mostar terletaknya antara Vrelo Bune, antara mata air tercantik di Eropah. Mata air ini keluar dari gua membekalkan air yang sangat jernih dan sejuk kepada sungai Bune. Wajib untuk kita singgah di sini dan nikmati pemandangan cantik ini dengan secawan kopi panas dan sandwich salmon.

stock-photo-180590539

Foto dari Dzenad Dzino

Yang datang agak lewat petang, boleh “dinner” di restoran sebelah mata air ini. Pastinya lokasi romantik untuk yang datang berpasangan.

LAKE BLED

stock-photo-126822429

Foto dari Piroska Padar

Istana di tengah tasik berlatarbelakangkan gunung dan kabus yang misteri. Tak ubah seperti di dalam cerita dongeng rakyat Snow white dan Cinderella.  Inilah keindahan Tasik Bled yang terletak di Slovenia membawa kita ke dalam alam fantasi dengan kindahan landskap di sini. Oh ya gereja di istana ini masih berfungsi bagi majlis perkahwinan mereka yang beragama kristian.Menjadi tradisi jika nak kahwin di sini, pengantin lelaki perlu mendokong pengantin perempuan menaiki 99 anak tangga agar perkahwinan mereka bahagia, katanya. Yang muslim jangan terpengaruh pula ya

lake-bled-winter

Pemandangan di Lake Bled pada musim sejuk, sangat mistikal seperti di alam fantasi

stock-photo-138626463

Foto dari Phil Buckle

LJUBLJANA

gilad-rom-ljubljana

Foto dari Gilad ROM

Bandar Ljubljana (cuba sebut), adalah ibu kota Slovenia dengan jumlah penduduk cuma 2 juta orang. Kos public transport di sini untuk seminggu tidak sampai RM5. Betul tak sampai RM5 sebab pengangkutan utama di sini adalah basikal. Kos sewaan basikal pula cuma RM5 untuk seminggu. Bandar ini pula sangat basikal friendly, laluan lapang dan tenang kita nak berbasikal tak macam di Kuala lumpur kan

stock-photo-111762149

Foto dari Jacob Noc

BUDAPEST

shutterstock_115703704-masolata-budapest

stock-photo-102960973Budapest bukan lah sebahagian dari negara Balkan, tetapi Budapest adalah destinasi yang baik untuk memulakan pengembaraan di bahagian utara Balkan. Di Bandar ini terletaknya bangunan parlimen ketiga terbesar di dunia dan rangkaian keretaapi bawah tanah tertua di dunia. Dengan pelbagai pilihan penerbangan dan kos penerbangan kurang dari RM3000-3500 sahaja dari Kuala Lumpur ke Budapest, Budapest memberikan akses terdekat ke lokasi lokasi menarik di Balkan

Kalau korang pencinta alam,  bukan kaki shopping, suka travel , nak rasa pengalaman berenang di Croatia, suka seni bina lama dan sejarah islam di Bosnia & Budapest, rasa nak balik ke alam fantasi di Istana di Slovenia, menikmati keindahan air terjun di Croatia

KORANG WAJIB IKUT TRIP RARECATION KE TEMPAT-TEMPAT INI

KEMBARA BALKAN MAC 2017

Budget untuk trip selama 13 HARI 11 MALAM ini cuma antara RM8k -RM9k SAHAJA ALL IN TERMASUK FLIGHT. Kecuali makan yang biasa nya kita akan memasak dan tong tong duit makan bersama sama, budget makan kita tak lebih pun dari 50-60 EURO untuk 11 malam. Makan pulak memang kenyang tak hingat, dari Sambal Tumis Udang sampai ke Kari Kepala ikan Salmon, semua boleh merasa.

DAN KAMI HANYA MENCARI 20  TINGGAL 4 SAHAJA LAGI PENGEMBARA YANG SEMPOI / HAPPY GO LUCKY / FUN UNTUK TRIP KALI INI ( 13 hari 11 malam cuma RM8-9k sahaja termasuk flight)

KITA AKAN LALU SEMUA LOKASI YANG DI SEBUTKAN DI ATAS TADI

INGAT CUMA 20 ORANG SAHAJA, JADI KALAU NAK MENJADI ANTARA 20 ORANG INI

WHATSAP SEKARANG 013 3060 320 / 013 249 5462
WHATSAP SEKARANG 013 3060 320 / 013 249 5462
WHATSAP SEKARANG 013 3060 320 / 013 249 5462

TEMPAT CUMA 20  TINGGAL 4 SAHAJA LAGI SAHAJA TAKUT MELEPAS NANTI !!!!!!

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: