News!!

Legenda fotografi Malaysia tidak mati.

Dari tahun 2004, Malaysia digegarkan dengan ledakan fenomena Saiful Nang. Seorang jurugambar yang tiba-tiba keluar dari tanah jadi jurugambar antarabangsa dan diupah oleh orang kenamaan sehingga ke Sultan Brunei dan Sultan Kelantan. Nama beliau pernah gah dan tiba-tiba pada tahun 2011 beliau umumkan persaraan beliau dari fotografi perkahwinan SECARA MENGEJUT dan terus beliau senyap.

Ada yang kata dia dah tak laku ambil gambar dan sekarang sedang mengusahakan perusahaan t-shirt. Ada yang kata dia dah tak laku so dia buka butik muslimah. Ada yang kata dia kembangkan perniagaan sampai jadi production house yang tak main job kecik-kecik macam wedding. Ada yang nampak beliau asaskan syarikat pengembaraan. Ada yang nampak jenama CandidSyndrome popular di atas telaga minyak dan gas. Ada yang kata dia dah jadi saudagar ada yang cakap dia dah tersandar.

Memang SN buat macam-macam dia kembangkan perniagaan dari mulanya fotografi kepada banyak lagi yang SN buat bersama-sama rakan-rakannya di RPWP.

Kami sempat sneak beberapa keping gambar yang beliau ambil…sekali tengok memang level fotografer terbaik antarabangsa. SN juga salah seorang kolumnis WA dan sebab itu mungkin kami dapat akses ekslusif foto-foto yang beliau jarang dedahkan kepada orang lain. Masih belum hilang bisanya lagi. Otai memang berbisa. Walaupun telah berada di bangku persaraan dalam bidang fotografi perkahwinan.

Beliau sudah bersara dalam fotografi perkahwinan. Namun, beliau masih melayani permintaan-permintaan pelanggan bercitarasa tinggi di seluruh dunia. HARGA PERKHIDMATAN BELIAU??? Hanya dia dan pelanggan sahaja tahu.

Dia tak main mainstream wedding photographer, tetapi kadang-kadang sahaja keluar dari persaraan. Tapi sekali keluar, memang berbaloi. Tapi…semua bayaran yang dia dapat telah diwakafkan kepada kebajikan anak yatim dan asnaf.

Cuba tengok gambar ini, dia bagi pada WA untuk feature hasil tangkapan beliau di sebuah perkahwinan di Sweden.

mattias-1mattias-2mattias-3mattias-4mattias-5mattias-6mattias-7mattias-8mattias-9mattias-10mattias-11mattias-12mattias-13mattias-14mattias-15mattias-16mattias-17mattias-18mattias-19mattias-20mattias-21mattias-22mattias-23mattias-24mattias-25mattias-26mattias-27mattias-28mattias-29mattias-30mattias-31mattias-32mattias-33mattias-34mattias-35mattias-36mattias-37mattias-38mattias-39mattias-40mattias-41mattias-42mattias-43mattias-44

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: