News!!

Puasa Seorang Isteri

14671318_10154148055275958_6365194218145175146_n

Isteri saya minta izin beli kasut. Saya kata..OK lah. Bajet tidak ada masalah sangat dan dia boleh pilih mana-mana kasut yang dia sukai. Dan dia bawa pulang kasut ini berharga RM9.90 PILIHAN DIA SENDIRI walaupun saya tak limitkan bajet berapa dia nak belanja. Walaupun Dia tak bekerja sejak 2 tahun, alhamdulillah saya tidaklah sengkek cuma tidak boros sahaja. Jenama apa? Tidak popular langsung jenamanya. Saya ada isteri yang belajar tinggi sampai Ph.D (Dalam Chemical Engineering dari Cambridge UK) tetapi dia lebih selesa mengikut cara saya dari dulu sampai sekarang. Saya tetap happy dengan jeans bundle, selipar Amporlo RM12 sepasang (bukan jenama Italy kerana orang Italy pun tak tahu sandal apa tu) yang diejek staf-staf saya yang memakai Crocs ori. Kami pernah berjalan di Kota Paris bersama dengan persalinan tak sampai RM50 dan melalui butik LV di Champ Elysess tanpa menjeling atau memandangnya.

Kami bukan orang branded walaupun kami mampu belinya. Saya bersyukur ada isteri yang sanggup berpuasa kemahuan untuk mencukupkan keperluan orang lain. Kami hidup senang cuma tidak mewah sahaja. Senang tu dalam hati…jadi senang hati.

Ramai orang sukar percaya, pada hari ini kami hidup di Lembah Klang dengan bajet belanja bulanan tidak sampai RM600 sebulan. Tiada hutang tetapi masih tinggal berbumbung dan masih berkereta dan masih berniaga.

Semasa saya bertemu dengan isteri saya di Cambridge University kira-kira 10 kg yang lalu, dia seorang yang simple. Dia OK sahaja temankan saya makan nasi goreng bekal yang saya tapau dari Walthamstow ke Cambridge. Pada mata orang biasa akan nampak saya orang yang sengkek ketika itu tetapi dia lihat saya pada pandangan berbeza. Saya cuma pernah kata “Dari makan sampai 10 pound (RM70 ketika itu) baik saya jimatkan kerana ada lagi orang yang kurang makan perlu dibantu”.

Atau mungkin kerana itu, degree holder melamar phd holder terus diterima tanpa bertangguh. Ketika saya tanyakan dia “Sudikah awak menikahi saya?” dia langsung jawab “Ya” tanpa jual mahal.

Saya dan 20 orang sahabat saya menubuhkan Rumah Pengasih Warga Prihatin pada tahun 2005 dan saya berjumpa Intan juga pada tahun yang sama. Bukan senang anak orang senang nak hidup macam orang susah walaupun sebenarnya bukannya tidak mampu…cuma berpuasa untuk diri sendiri supaya dapat dijimatkan untuk memenuhi keperluan orang lain.

Saya dan isteri belajar satu perkara besar. Orang yang kaya itu dia berpuasa dan dengan puasa itu sebenarnya dia jadi kaya. Dan orang yang kaya itu dia kecukupan maka dengan berpuasa kami kecukupan dan tidak berlebih-lebihan. Paling saya hargai, ini kali ke-5 isteri saya hamil dan dia sedikit pun tidak pernah mengeluh malah tidak pula merancang-rancang selain rancangan itu diserahkan seluruhnya kepada saya.

Mungkin ada lagi orang yang pakai sandal atau kasut lebih murah dari isteri saya tapi saya bukan nak buat pertandingan kasut siapa lagi murah. Cuma pada status sosial dia sebagai seorang “Dr” dan suaminya seorang usahawan pelbagai perniagaan…bila diberi pilihan “belilah mana-mana yang disukai” dan dia memilih untuk kasut berharga RM10 ini…pada saya, dia telah berpuasa.

Sebab itu, sekalipun mampu…saya hanya cukup dan bersukur dengan seorang isteri. Saya tidak yakin ada yang sanggup berkorban serupa yang ini.

Kita tidak perlu duit yang banyak untuk rasa kaya. Kita cuma perlu PUASA kan kemahuan kita. The world is enough for everybody but not enough for one man greed”.

SAIFUL NANG
Suami Bertuah

p/s share sahaja jika rasa bermanafaat.

Comments

comments

1 Comment on Puasa Seorang Isteri

  1. menanti zaujah sehebat jodoh saiful nang..Aamiiin 😀

Leave a Reply

%d bloggers like this: