News!!

22 Gambar Iceland boleh buat orang pengsan

10-amazing-icelandic-things-that-locals-take-for-granted-11

Permukaan muka bumi dengan lumut hijau macam karpet ni masa summer rasa lagi lembut dari comforter Toto ke Narita ke. Bawak jer sleeping bag dah boleh golek-golek atas ni. Perghh memang heaven dan bukan sikit, ada banyak pulak tu tempat macam ni. Jalan-jalan kat Iceland, nampak benda ni jer rasa mengantuk dan nak nap kejap macam ni hahhh (photo from Guide to Iceland)

best-iceland

Ini sungai biasa jer ni. Jalan-jalan kat jalanraya Iceland ni biasa nampak sungai-sungai macam ni. Kalau pergi dengan tour biasa memang takkan berhentilah kawasan ni, sebab tu Rarecation buat trip drive sendiri. Kita syok jer tempat tu…lawa ke apa ke kita roger walkie talkie kapten jer nanti konvoi berhenti. Hahhh..best kan? Tapi…jiwa kental jer berani nak terjun mandi. Sejuk dia dah macam teh ais (photo dari get-free-wallpapers.com)

iceland-seljalandsfoss-itimes-dotcom

Dari Reykjavic (ibu negara Iceland) drive 120km boleh sampai ke waterfall paling famous ni di Seljalandfoss. Jangan tanya aku sangat macammana nak menyebut nama-nama Icelandic ni memang terbelit-belit lidah sampai tertelan gigi pun sebutannya dan masih aku tak pasti betul ke tidak. Air terjun ni juga pernah jadi lokasi Sharukh Khan berlakon dengan Kajol dalam filem Dilwale. Pecikan airterjun di kalau masa matahari tegak…memang nampak pelangi. Menarik kan? Geram rasa macam nak terjun tetapi tengok sahajalah kerana negara macam ni air terjun dia cantik tapi sejuk mak datuk (foto oleh itimes.com)

Iceland Photo Tours

Pemandangan macam ini pun sangat tipikal sebenarnya. Kita memang akan terjah dan lalu kawasan-kawasan begini. Iceland ni bukan besar sangatpun. Sama populasi dengan Brunei atau populasi di USJ Subang. Selebihnya ialah tourist. GDP negara ni pula untuk setahun sekitar pelaburan 1MDB yang hilang di Caymen Island. Tapi menarik sangat-sangat negara ni  (Photo oleh Iurie Belegurshi)

iceland-1zoom-net

Di Iceland biasa orang suka nak camping jer kat luar. Tapi hut macam ni ada banyak juga. Ada yang rumah orang, ada yang hut dia sewakan macam homestay. Kalau standard di Malaysia, rumah ni tak siap lagi ni…baru bumbung jer (photo oleh 1zoom.net)

iceland-guidetoiceland-is

Tak menyesal kalau pergi Iceland. Semasa summer siang dia sangat panjang sampai nak tengok sunset pun kena tunggu lama. Cuma masa winter pula, malam dia pulak macam tak mahu nak siang-siang. Tapi kedua-duanya cantik gila. Setakat nak tengok Aurora? dalam seminggu dapatlah 4-5 hari keluar aurora (Photo oleh Iceland Guide)

iceland-guidetoiceland-is2

Seljalandfoss kalau tengok dari luar begini lah rupanya. Cantik kan? Kalau pergi semasa spring pun cantik…ada banyak lagi ais-ais masa tu. Sejuk Iceland ni, masa summer pun sejuk lagi. Tapi balik Malaysia, kita akan rindu yang sejuk-sejuk tu (Photo oleh Guidetoiceland.com)

iceland-guidetoiceland-is3

Kuda ni haiwan yang banyak juga kita jumpa di sana. Kuda liar pun banyak cantik-cantik pulak tu. Tapi sila jangan tegur kuda dari belakangnya. Kita tidak mahu membawa pulang jenazah kerana kena back kick kuda  (photo oleh guidetoiceland.com)

iceland-hurtigruten-com

Kuda-kuda liar di Iceland – photo oleh hurtigruten.com

iceland-iurie

Semasa winter atau selepasnya, kita boleh nampak pemandangan macam ini banyak juga di Iceland. Aliran sungai mula nak mencair masa tu pemandangan sangat cantik (Photo oleh Iurie Belegurschi)

iceland-lavenderfield

Paling tak boleh nak lawan, masa spring kita boleh tengok lavender field yang banyak. Bayangkan makcik Bedah manalah yang duduk kat rumah ni tanam Lavender banyak-banyak macam ni. Tak jadi sabun pencuci pewangi lavendar pun dah wangi…kalau makcik tu tak marah, kita golek-golek jer kat ladang lavender ni…confirm wangi.

iceland-mihangallery-ir

Dah kalau tempatnya cantik, ambik gambar rumah buruk nak roboh pun jadi cantik sangat. Langit macam ni punya cantik, hampir tiap-tiap hari ada di sana pun. Kita jalan-jalan jumpa benda cantik kita stop dan ambil gambar dan selfie puas-puas then jalan balik. Trip kita, sukahati kita lah kan? hehehhe…barulah Rarecation (photo oleh mihangallery)

iceland-mountains-snow-night-lilac-sky-stars-milky-way-2560x1440

Long exposure photo malam-malam memang cantik. Clear sky sampai boleh nampak bintang dengan sangat clear. Tiada pencemaran cahaya. Hebat gila…Allahuakhbar

iceland-seljalandsfoss-hqwallsdotcom

Dari air terjun Seljalandfoss lagi. Kita boleh masuk dalam gua bawah waterfall ni tau. Memang ada jalan untuk masuk gua ni. Besar dan cantik (photo oleh hqwalls.com)

iceland-stuckinicelanddotcom

Dah tak tahu nak tulis apa lagi caption. Dah cantik sangat-sangat dah.

iceland-vacation-is

Lepas winter lagi cantik (foto by Moyan Brenn)

iceland0wallpapershome

Yang saya kata jalan dia cantik-cantik hatta semasa driving pun kita dah rasa teruja sangat-sangat dan banyak kena berhenti kerana kanan cantik, kiri cantik, depan cantik dan belakang pun cantik. Ralit jadinya mata ni ha

icelland-streaktnikdotcom

Waterfall memang banyak di Iceland. Boleh redah satu persatu. (photo oleh streaknik.com)

pexels-photo

Kuda lagi

pictures-of-churches-in-iceland-11

Pemandangan di jalan menuju ke sebuah gereja di atas bukit (photo oleh Guide to Iceland)

the_open_road_in_iceland-wallpaper-2560x1440

Tak ramai orang atas jalanraya tau. Sayup jer jauhnya kalau driving boleh nampak clear sampai hujung.

waterfallcircle-icelandwinterbreak-is

LAST SEKALI…SEMUA NAK TENGOK AURORA sebab tu ramai yang minat nak pergi ke Iceland. Aurora ni ialah reaksi bumi kepada solar storm yang kemudian ditampan oleh daya geomagnetism bumi supaya kesan radiasi solar itu tidak terkena manusia. Sebab itu dia keluar plasma-plasma berwarna hijau menari-nari di atas langit kita. Kalau datang masa summer, ada nasib kita jumpa…tapi kita nak pergi masa spring ni. InsyaAllah ada rezeki hari-hari boleh nampak aurora ni.

Macammana? BErani tak?

MESTI MAHAL KAN KALAU NAK KE ICELAND?? Kenapa semua pakej mahal-mahal jer kalau nak ke Iceland? Biasa punya pakej pun dah RM12-15 ribu seorang kerana banyak sebab. Tiada direct flight nak sampai Iceland. Kena at least 3x tukar flight. Tak ramai orang boleh rasa kalau harga banyak tu. Sebab tulah, Rarecation ni dia buat style traveler. Macam tour professional pun cuma kita eliminate perkara kurang perlu dan tambah kepada perkara perlu.

Jauh-jauh pergi Iceland takkanlah nak pergi shopping sana kan. Lagipun, apa sangatlah produk Iceland yang nak kita shopping kan. Eliminate jalan-jalan dan 5 stars kat bandar…kita pergi tempat cantik-cantik dan check in di tempat-tempat cantik tu juga. Dah lah dapat stay tempat cantik…siap  masak sendiri lagi. Bayangkan dalam kesejukan tu kita boleh layan masak ikan salmon atlantik masak tempoyak atau masak 3 rasa? Itu baru rare.

TENGOK POSTER NI…MESTI MENGIGAL KALAU TENGOK FULL PACKAGE MACAM NI HARGA TAK SAMPAI 10k BEB!! INI BUKAN BACKPACKING…INI TRAVEL GAYA RARECATION. SIAP TRANSIT DI LONDON LONDON LONDON LONDON (dibaca bergema). 
poster

Ada 3 hari 2 malam tu kat London. Bolehlah jalan-jalan pusing-pusing London secara bebas ok. Nak taknak kita memang kena transit pun. Alang-alang transit, biarlah tempat yang best dan menarik. Jangan risau…transit korang nak pergi suka hati ke manapun dalam London tu. Tiket underground kita belanja sekali dah hahahha.

TAPI INGAT!!

TINGGAL 7 SAHAJA KEKOSONGAN !
TINGGAL 7 SAHAJA KEKOSONGAN !
TINGGAL 7 SAHAJA KEKOSONGAN !
TINGGAL 7 SAHAJA KEKOSONGAN !

SIAPA LAMBAT DIA MELEPAS!!
WHATSAP CEPAT 010 222 9089 SEKARANG!

 

Comments

comments

19 Comments on 22 Gambar Iceland boleh buat orang pengsan

  1. Nape sy xbole nmpk poster tu?… Ker hp sy dh nk 3 jumaat.. Brp rega pakej ni?

    Sgt2 truja dgn kembara rarecation ni.

  2. Nur Amira Che Adnan // October 20, 2016 at 12:28 pm // Reply

    Accommodations,makan how ya?

  3. 3hari2mlm di london tu masa hari ke10,11,12 ye?da siap penginapan skali ?

  4. Tq tuan. Sy kumpul duit .hrp nextyer trip ni msh available

  5. Ya Allah cantiknya ..teringin nya nak p .tunggu saya kumpul duit dulu

  6. Aurora waktu bln berapa? Adakah ia bermusim?

  7. Salam,
    Kalau based in London kira macam mana?

  8. Saya suka awak punya penulisan, keterangan dan lawak, memang lawak.

  9. Kalau pergi sorang akn dimasukkan dlm group nnt atau mcm mn??

    • ye…kalau pergi sorang akan masuk dalam group. Kalau pergi beberapa orang juga akan masuk dalam group juga. 1 group kita dalam 20 orang jer. Lebih2 nanti susah nak icebreak 🙂

  10. Siti Rahayu Zainal Abidin // October 17, 2016 at 3:09 pm // Reply

    Salam. Blh saya tahu tarikh nk pergi iceland ni? Dan bila tarikh akhir utk booking?

1 Trackback / Pingback

  1. 22 gambar Iceland yang buat orang percaya syurga itu ada tempiasnya di dunia.

Leave a Reply

%d bloggers like this: