News!!

27 Foto Tanah Suci yang buat rasa nak umrah sekarang

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menakjubkan, foto-foto yang dibidik di tempat yang terbaik ini diharap mampu untuk menimbulkan rasa rindu kepada mereka yang telah pergi dan menerbitkan semangat berjihad untuk berusaha kepada yang belum pernah sampai.

al-haram-22

Pandangan dari padang tawaf berhampiran Makam Ibrahim. Kerajaan Saudi sekarang sedang rancak untuk menaikkan hotel-hotel highrise sekeliling Masjidilharam. Ada juga yang cakap itu capitalism tapi bila dilihat secara positif selepas ini hotel-hotel akan menjadi dekat. Jika dengan hotel 5 tingkat seperti sebelum ini, 1 juta jemaah sahaja boleh menginap dalam radius 100 meter radius dengan masjid, mungkin sekarang dengan radius yang sama ada 4 juta orang boleh menginap. Cuma hotel jadi lagi mahal lah.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pandangan dari hotel Rotana ketika semua sedang bersujud waktu Asar. Mesti orang akan cakap, dia ambik gambar mesti tak solat. Betul lah tu, saya solat selepas habis ambil gambar kerana fatwa Malaysia mengatakan, solat di tingkap hotel tidak boleh mengikut imam Masjidilharam. So, sama sahaja macam solat sendiri-sendiri cuma tetap pahala solatnya seperti solat di tanah haram.

 

DCIM101GOPRO

Masa di Paris buat macam ni saya kena tegur dengan polis berkuda semasa nak masuk rekaat ke-2 dah. Dia cakap French apapun aku tak faham. Tapi bila aku nak sambung solat dia tak bagi juga walaupun aku solat bawah pokok. Takpa…itu negara mereka. Di Mekah kalau lambat sikit pergi masjid, solat atas pavement tepi jalan sahajalah. Tapi yang menarik, tak ada orang nak marah. Tak payah Paris, cuba kau bentang sejadah dekat Taman KLCC, mesti orang semua pandang kau semacam jer sambil dalam hati bercakap “Gila apa solat kat Taman macam ni, masjid pun dekat jer boleh lompat pun sampai” (betul lah tu…kita kan banyak tempat solat kenapa nak solat tepi jalan)

DCIM101GOPRO

Inilah tempat marhaen di Ajyad Street. Di belakang saya ni ialah tempat makan orang-orang Marhaen. Saya bayar 8 Riyal dapat briyani kenyang makan sampai malam. Belakang dari tu lagi ada Bukit Ajyad yang menyimpan pelbagai misteri.

DCIM101GOPRO

Lompat sekejap di dalam kawasan makam nabi dan sahabat. Memang kena jaga dengan ketat dan ada lubang mengintai. Dah pulak ada jemaah dari negara sebelah-sebelah Afghanistan yang menangis-nangis dan mencium-cium pagar dan bila tangan ditanah nak berdoa sahaja, nanti askar yang jaga akan tepis dan terus bercakap “Haji….Harammm!!”. Saya ada sempat intai juga tempat lubang tempat intai tu, tapi tak nampak apa kerana dalam tu gelap.

img_3904

Ok lah, yang ni memang betul orang dah masuk rakaat satu dah sujud saya ambil gambar lagi. Kemudian baru saya masbuk. Tahukah anda, di Masjidilharam selepas salam sahaja tak ada doa-doa wirid-wirid bagai dan bacaan Fatihah juga tidak dibaca dengan kuat basmallahnya. Mula jer terus “Alhamdulillahirobbilalamin…”.

 

img_5845

Masjid Nabawi, masa ni memang excited tengok payung kena kuncup bila nak malam. Payung ini buatan Jepun dan German.

 

img_6117

Dari atas ini pandangan dia macam ni lah. Makkah masih penuh dengan kren pembinaan. InsyaAllah tak lama lagi, cantik semulalah Masjidilharam ini. Untuk pengetahuan semua, Seluruh Tanah Haram ialah kawasan NO-FLY ZONE especially untuk drone-drone video.

 

img_6606

Tengok kambing teringat nasi mandi. Saya mula ingat dulu, nasi mandi ni kita kena mandi dengan nasi tu. Rupanya nama tu dari Arab. Ni masa cari kambing nak korban di Kakiya Makkah. Sebelah sikit dari tu ada nasi mandy ikan yang famous. Tapi ikan kena beli dekat market sebelah dulu dan kemudian kedai tu tolong gorengkan sahaja ikan tu.

 

img_8069

Naik teksi malam-malam kena caj 30 Riyal suruh hantar ke kaki Bukit Nur. Satu jam naik tangga panjat sampai di Gua Hira’. Kena deal betul-betul dengan teksi jangan sampai dia hantar sampai bawah kampung sahaja. Kalau hantar sampai bawah kampung, nak sampai kaki bukit makan 1 jam. Kalau fit macam saya ni 30 minit lah. Harga sama jer hantar bawah atau atas. Kena bagitahu depa ni, hantaq sampai ke tangga.

 

img_8162

Syukur Alhamdulillah sampai juga atas gua Hira’. Tips nak naik ni jangan naik siang. Satu kerana panas kedua kerana orang sangaaaaattttt ngaattt ngatttttt ramai. Saya naik jam 3 pagi sampai atas 4 pagi. Duduk sekejap dah azan Subuh orang masih belum ada lagi.

 

makah1-osamah

Penuhi waktu kita dengan beribadat kepada Allah. Ini kawan saya masa di sana dan dia orang Melayu Patani tapi memang lahir dan besar semua di Ajyad Makkah.

 

ottoman

Selepas solat Subuh berjemaah di atas Gua Hira’. Ni semua tak sengaja jadi korum naik bukit ni. Asalnya cuma ajak sorang dua jer offer-offer chicken sahaja…tak sangka mereka berminat dan siap bawak geng. Makcik dan Pakcik tu dari Sabah sakit lutut pun sampai juga atas.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Jemaah umrah dari negara Indonesia. Di sini, ada macam magik sikit. Keinginan kita yang kuat sehingga jalan kaki 4 kilometer dari hotel yang jauh pun terasa cergas walaupun badan dah “sekenhen” semuanya. Maklumlah, yang ke Mekah ni ramai yang berumur, yang muda kurang pula nak pergi. Kan elok yang muda pergi boleh layan sehari tawaf sunat sampai 70 lap.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kita akan belajar bersyukur bila kita mula berjumpa dan berbual dengan jemaah dari negara-negara Afrika seperi Sudan, Mali, Mozambique, Tanzania dll. Kita akan bersyukur sedikit yang kita punya negara tidaklah teruk sangat. Ada lagi yang lebih kesian.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Habiskan masa dengan bertadarus sementara menunggu waktu solat. Selepas solat teruskan tadarus dan kemudian tawaf sunat dan kemudian solat dan kemudian tadarus dan kemudian tawaf sunat dan kemudian begitulah…..

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Polis ni ada power. Tapi lagi power penguatkuasa Amarmakruf Nahil Mungkar yang pakai jubah putih tu. Dia punya power siap boleh hantar kita balik Malaysia (deported). Kalau masa time solat, kedai-kedai semua tutup macam tu sahaja tinggal pergi solat. Siapa yang masa tengah solat masih lenggang kangkung, kangkung tepi telaga…memang kena hamput dengan mereka. Mereka sama sahaja uniform dia jubah putih tapi ada badge tulis Arab.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bukit Ajyad yang penuh misteri. Malas nak cerita dengan orang.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ini ada lubang boleh intai makam nabi dan sahabat. Tapi saya intai tak nampak apapun. Saya ambil gambar pakai RAW format harap-harap balik saya boleh adjust brightness dan boleh nampak, tapi apapun tak nampak. Kena marah lagi.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nak beli kurma yang murah jangan beli kat kebun masa ziarah luar. Jalan kaki sikit dari Masjid Nabawi boleh jumpa pasar kurma. Kalau pergi dengan saya nanti saya bawa sini. Kurma nabi sampai RM80 sekilo di kebun di sini boleh dapat half price. Kualiti sama cuma di sini tak commercial lah macam di kebun yang banyak jemaah umrah pergi tu.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tukang sembelih ni boleh sembelih seekor kambing dalam masa 5 saat dan melapahnya dalam masa kurang 1 minit.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ini cara tukang sembelih bawa kambing ke tempat sembelihan di Kakiya.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Doa kerana doa kita di Masjidilharam ini sangat didengari oleh Allah.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Perkuburan Ma’ala di Mekah. Kira-kira 1.5 km dari Masjidilharam di belakang Masjid Jin. Jika kita meninggal di sini, dan ada rezeki dia akan semadikan di sini. Kalau tak ada rezeki dia akan semadikan di kawasan berhampiran Mina. Mereka kapankan, sembahyangkan pula oleh ratusan ribu jemaah dan disemadikan di tanah yang sama persemadian Saidatina Khadijah dan sebahagian sahabat-sahabat. Dah tanam, tak ada talkin-talkin dan tiada nesan bertanda. Lain kali datang nak melawat cuma boleh tengok kawasan dan bukannya ada batu nesan. Batu yang ada tu pun tanda dalamnya ada mayat yang bersemadi.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Di sekitar kawasan tawaf.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sekitar Kaabah memang sangat hectic. Saya sentiasa nasihatkan jemaah supaya tidak bertarung untuk dapat melakukan yang sunat. Jika Allah izinkan, tak payah rebut-rebut semua Allah buat lorong. Yang beriya mengasak tak tentu lagi dapat kucup Hajarulaswad.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sepanjang saya di Mekah, saya memang escape lawatan kebun unta, kebun kurma dan juga kilang kiswah. Mengapa? Saya lihat semua itu saya boleh tengok lagi bila ada masa terluang. Tapi, dengan masa yang singkat, saya lebih suka melihat kesan sejarah. Saya jadi insaf bila menaiki Gua Hira. Bagaimana 3 tahun nabi berulang alik dari rumahnya di sekitar masjidilharam (nun jauh di belakang saya tu) tanpa naik teksi dan mendaki ke gua ini. Lebih tabah dari itu Saidatina Khadijah yang menghantar bekalan makanan kepada baginda.

 

Atas sebab itu saya dan Ustaz Shauqi Hasan merancang umrah Jejak Rasul. Kami tak pergi ke tempat yang jemaah beli kurma sampai RM80 sekilo dan sebahagiannya adalah komisyen syarikat travel yang bawa jemaah ke situ (tapi kalau nak pergi juga kami boleh hantar). Kami bawa ke tempat sejarah seperti Gua Hira’ (jika fit) dan juga InsyaAllah ke Jabal Tsur (yg tak fit tengok dari bawah pun boleh) juga. Dalam masa yang sama ada perjalanan sejarah bila kami akan bawa semua meneroka kesan sejarah. Ramai yang nak tahu di mana rumah pertama nabi berdakwah, di mana rumah AJ (Abu Jahal), mana rumah Saidina Abu Bakar Assiddiq, di tapak mana rumah Umar Alkhattab. Mengapa ada masjid jin? dan apa keperluan adanya masjid jin? Siapa jin nya? di bukit mana Nabi membelah bulan dan bagaimana pula perjalanan hijrah nabi ke Madinah. Bagaimana pula strategi kemenangan Badar (walaupun kita tak dapat pergi ke Badar) tapi ada tanda-tanda kenapa nabi suruh hampir 700 orang tenteranya berpatah balik dan tidak membantu peperangan namun tetap perang itu dimenangi Islam dengan tentera yang jauh lebih sedikit.

Sejarah tidak membosankan jika ceritanya bersambung. Jika berminat nak join UMRAH JEJAK RASUL bersama Warga Prihatin (saya pun ikut) dari 8-20 Disember ini dengan pakej kami bermula dari RM6898 untuk dewasa sehingga pakej VIP serendah RM9600. PALING PENTING DALAM UMRAH IALAH KEBERKATAN UMRAH KITA. MANA TIDAK BERKAT JIKA DARI 8 ORANG YANG MENDAFTAR PERGI BERSAMA KAMI, MARGIN KEUNTUNGAN ITU DIGUNAKAN UNTUK MEMBELIKAN 1 TIKET UNTUK ANAK YATIM DAN ASNAF WARGA PRIHATIN BERSAMA KITA. InsyaAllah berkat itu akan kita perolehi WALAUPUN DENGAN MEMBAYAR HARGA YANG SAMA dengan pakej-pakej syarikat lain. 

Trip ini dikendalikan oleh syarikat pengendali haji dan umrah yang berpengalaman lebih 20 tahun dan kami sebagai penganjur sahaja.

Berminat?

Sila KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR  SEKARANG!
HANYA 40 ORANG SAHAJA

Comments

comments

3 Comments on 27 Foto Tanah Suci yang buat rasa nak umrah sekarang

  1. insha Allah.. suatu hari nanti… Amiiin~

  2. Salam aalaik.

    Sdr. Saiful guna kamera apa artikel gambar2 umrah tu?

    Cantik dan seimbang.

Leave a Reply

%d bloggers like this: