News!!

25 Foto Momen Haji Terakhir Haron Din oleh Saiful Nang

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya agak bertuah kerana ditawarkan bertugas sebagai seorang jurugambar membuat coverage VIP dan VVIP semasa mengerjakan haji beberapa tahun lalu. Lebih bertuah ialah bila salah seorang dari jemaahnya ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Haron Din Alhafiz (TGHD). Beliau bersama dalam pakej Zamrud yang dikendali oleh Tabung Haji Travel & Services.

Walaupun begitu, antara jemaah-jemaah lain gambar TGHD antara yang paling kurang saya capture. Kenapa? Kerana beliau jarang kelihatan turun ke tempat makan yang menjadi tempat untuk melihat semua jemaah. Ramai yang buat ibadah umrah, tawaf dan lain-lain ritual secara berasingan tetapi waktu makan tetap sama. Sebab itu saya kurang gambar TGHD. Yang ada ini memang betul-betul saya cari, hendap dan dapat.

Set foto ini saya gunakan hitam putih untuk feel lebih nostalgia dan membangkit kenangan klasik. Kita mulakannya dengan basmallah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Inilah foto yang pertama semasa ketibaan TGHD ke Tanah Suci Mekah. Saya tidak mengikuti penerbangan beliau dan telah sampai beberapa hari sebelum itu untuk standby menyambut mereka.

alharam-403

Foto ini juga semasa ketibaan di basement park & drop di hotel Movenpick Mekah. TGHD mengerjakan haji kali ini bersama isterinya Datin Khatijah Salleh dan rakan-rakannya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Foto ini sebelum kesemuanya berlepas untuk wukuf. Datuk Pahamin Rajab di sebelah kiri dan rakan baik Allahyarham, Dato’ Othman dan seorang rakan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Semasa wukuf di Arafah. Seimbas sahaja saya lihat Allahyarham kerana keadaan kesihatan beliau, yang ketika itu banyak menghabiskan masa di dalam khemah. Foto ini yang sempat saya rakamkan sebelum khutbah Arafah.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

“Ni gambar ni nanti saya dapat tak?” Itu dialog bersahaja Allahyarham dengan saya. Beliau sangat alert dengan saya yang ketika itu satu-satunya jurugambar yang bersidai-sidai kamera di badan. Sekembali di Malaysia, memang Tabung Haji Travel compile foto-foto saya dan diberikan kepada jemaah. Saya jawab ketika itu “Semestinya Tuan Guru”. Foto ini ialah momen di basement hotel Movenpick Makkah sebelum berangkat ke Mina untuk melontar.

alharam-407

Ini suasana di dalam bas semasa berangkat ke Mina untuk melontar. Allayarham ringkas sahaja orangnya dan dilihat sentiasa tidak renggang dengan isterinya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ketika ini, Allahyarham TGHD sudah tidak tahan lagi. Memang beberapa hari kebelakangan itu beliau tidak turun makan disebabkan masalah kesihatan. Inilah momen semasa keberangkatan untuk melontar jumrah. Beliau ditolak di kerusi roda oleh petugas THTS.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Moment semasa Ustaz Professor  Dr. Muhd Najib Abdul Kadir pembimbing yang sedang membantu Allahyarham TGHD bangkit dari kerusi roda untuk menaiki escalator di kompleks jumrah di Mina.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kelihatan dalam foto, mantan CEO Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd Datuk Yasmin yang merupakan individu paling tidak cukup tidur sepanjang ibadah haji pakej THTS sedang mengiringi jemaah Pakej Zamrud untuk melontar jumrah. Di belakang beliau yang dikasihi Allahyarham TGHD. Kelihatan Haji Fauzi yang memegang bendera THTS juga dalam foto dan beliau ialah roommate saya semasa di Mekah.

alharam-411

Foto ini saya rakam semasa TGHD sampai ke bumi Mina dari Mekah untuk hari melontar yang kedua. Beliau tidak mampu berdiri dan berjalan jauh atas asbab kesihatan dan sedang menunggu kerusi rodanya.

alharam-412

Saya paling ingat ini action TGHD “TABIK FOTOGRAFER…RESPECT saya pergi mana-mana mesti kamu ada”. Sebenarnya semua jemaah akan cakap begitu. Saya ditanggungjawabkan untuk memotret kurang lebih 260 orang keseluruhannya dan saya akan ditanya jika balik Malaysia ada 1 orang tak terakam pun saya akan kena teow.

alharam-413

TGHD sangat mudah menyapa orang. Dalam keadaan saya mengundur mengambil momen beliau di atas kerusi roda, dia sempat berkata “kamu sangat berdedikasi Haji Saiful…teruskan”. Wahh…TGHD tahu nama saya?? Salam beliau sebentar dan tanya mana kenal nama saya? “Tu besar-besar tulis di jaket kamu”. (Malu)

alharam-414

Petugas THTS membantu TGHD memasuki perkarangan khemah jemaah pakej Zamrud di Mina.

alharam-415

Momen melontar hari kedua. Sebelah kanan beliau Dato’ Othman dari Amona Group dan dia sentiasa ada bersama TGHD serta sangat setia dengan TGHD. Kami diberikan jadual untuk melontar supaya tidak sesak. Di hadapan sebelah kiri foto ini ialah guide yang akan membawa melontar di tingkat dan masa yang ditetapkan.

alharam-416

Keadaan tidak sesak mana bila mengikut jadual dan tingkat yang dikhususkan mengikut maktab. Lagipun, ini pakej-pakej VIP yang kesesakannya tidak seteruk di tingkat yang lain. Setiap tingkat dijaga oleh tentera.

alharam-417

TGHD mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz Professor Dr. Muhd Najib Abdul Kadir pembimbing haji pakej Zamrud. Sebentar sahaj doa ini sebelum dipekik oleh tentera menjaga “Hajiiii….HARAMMMM” dan kita kena move on.

[SELINGAN] SETIAP 8 ORANG YANG PERGI UMRAH INI YANG KE-8 IALAH SEORANG ASNAF / YATIM YANG DIBERI PELUANG DARI KEUNTUNGAN PAKEJ 8 ORANG TADI TANPA MENJADIKAN HARGA PAKEJ LEBIH MAHAL. UMRAH JEJAK RASUL MUSIM SEJUK (8-20 DISEMBER 2016) BERSAMA RARECATION. 

umrahjejakrasul
Jemputan ke preview umrah hujung tahun ini pada 1 Oktober. Sila daftar di pautan https://goo.gl/iYQ9ZM ini dahulu.

Umrah ini bukan umrah biasa kerana perjalanannya akan ada penghayatan sejarah, dapat 2 Jumaat satu di Madinah dan satu di Mekah dengan hotel jarak sehampir 50 meter dari Masjidilharam. Datang untul preview untuk ketahui kelainan umrah ini.

Kita tidak tertumpu pergi ke kebun kurma komersil dan ladang unta tetapi yang bersedia akan ikut kami menjelah sejarah kebangkitan Islam termasuk trip khusus ke Gua Hira’ mendaki pada jam 3 pagi dan Subuh berjemaah di puncak Jabal Nur. Umrah ini akan diuruskan oleh saya sendiri (Saiful Nang) dan pembimbing oleh Ustaz Shauqi Hasan (Siyassah Syariah, UM) juga pengetua Akademi Insan Prihatin.

 

alharam-419

TGHD dikerumuni jemaah zamrud pada hari terakhir melontar sebelum TGHD nafar awal pulang ke Mekah semula sebelum ke Madinah. Mereka yang di dalam foto ini, mesti akan rasa…foto ini priceless.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kami berangkat ke Madinah dan menginap di hotel Oberoi bersebelahan sahaja dengan masjid nabi. Sedang cari mana satu TGHD ke? Sebenarnya ini gambar suasana di masjid nabi sahaja, tiada gambar TGHD di dalam ini.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menungan atau renungan yang tidak difahami. Ketika ini saya sendiri tidak tahu, haji itu ialah yang terakhir

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Di dalam Raudhah di sekitar makam nabi Muhammad SAW. TGHD pernah menyatakan sangat-sangat mahukan mimpi bertemu Rasulullah SAW semasa berada di sini.

alharam-424

Allahyarham TGHD bersama jemaah semasa berhenti di Masjid Quba Madinah

alharam-426

Allahyarham TGHD mudah melayani jemaah yang mahu bergambar dengan beliau. Semua foto-foto bersama beliau saya ambil Alhamdulillah elok-elok sahaja.

 

alharam-425

Cuma saya perlu redho, bila orang ambil gambar saya…hasilnya tidaklah memuaskan sangat tetapi OK lah dari tiada.

alharam-402-2

Foto ini ialah foto terakhir yang saya rakamkan dalam momen haji terakhir Allahyarham Tuan Guru Haji Haron Din Alhafiz. Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah dan kematiannya memberikan keinsafan kepada ramai umat manusia akan kesederhanaan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tiada siapa tahu bilakah perjalanan terakhir mereka.

 

Alhamdulillah.

Jurnal foto oleh
SAIFUL NANG

alharam-361

POSTCARD FOTO TERHAD OLEH SAIFUL NANG PERCUMA UNTUK YANG MENDAFTAR KEHADIRAN SEMASA PEMBUKAAN PAMERAN FOTOGRAFI TANAH HARAM KE-2 DI BANGI SENTRAL

Setiap yang mendaftar RSVP kedatang mereka di ini akan diberikan postcard cetakan terhadi yang dibuat dari foto-foto hasil bidikan Saiful Nang sendiri siap dengan tandatangan autograf. Cetakan juga dijual antara RM5 sehinggalah RM3500.

TARIKH : 1-2 OKTOBER 2016
MASA : 2 PETANG
TEMPAT : DEWAN WISMA AKADEMI SAIFUL NANG
ATURCARA : PEMBUKAAN, DISKAUN CETAKAN, PELANCARAN BUKU TRAVELOG MEKAH (jika sempat siap) dan banyak lagi.

MASUK PERCUMA.

Daftarkan kedatangan (RSVP) anda di pautan ini http://tinyurl.com/zb25adgsupaya anda boleh dapatkan cetakan postcard percuma pada 1 Oktober 2016 (jika anda semua hadir).

Semua hasil jualan adalah untuk kebajikan asnaf dan anak yatim. Sila share kepada rakan anda sekalian.

Comments

comments

13 Comments on 25 Foto Momen Haji Terakhir Haron Din oleh Saiful Nang

  1. mahani ibrahim // January 11, 2017 at 10:43 am // Reply

    Allahurobbi…terkenang TGHD murobbi di UKM Bangi 1980an.

  2. Hazri 0970 Nilai // September 24, 2016 at 9:46 pm // Reply

    SubhanAllah.. Semoga AlMarhum TGUHD beristirehat di sana bersama2 AlMarhum TGNA serta kekasih mereka Rasulullah SAW..
    Rindunya kpd kedua2 murabbi yg dikasihi & disayangi penduduk langit & bumi.. Tiada lagi dpt kucium tgnmu yang mulia ayahanda2ku.. Semoga ilmu manfaat yg diberikan semasa kalian di dunia ini menjadi spt sungai yg mngalirkan amal jariah di sana nti..Aamiin.

  3. Momen terindah kenangan abadi bersama tn guru dato haron din …tahniah tn hj saiful. Anda mmg jurufoto hebat dan bertuah berjaya merakamkan foto2 indah utk perkongsian.

  4. Hanya air mata dn doa mengiringinya, pasti TG sedang bergembira bertemu kekasih kekasihnya disana. Gambar terakhir bersamanya di program sekampit puut di Baling

  5. Berderai air mata. Terasa serba serbi tiada apa2. Kosongnya jiwa ini berbandingmu TGHD. Tenanglah di sana wahai murobbi. Moga syurga tempatmu nanti.

  6. Terima kasih Hj Saiful. Terima kasih yg tak terhingga buat TGHD atas jasa baktimu Betapa rssa diri lebih kecil dr semut, dlm usia lanjut beginipun saya masih tidak berpeluang menjejaki bumi Mekah dan Madinah. Allahu Rabbi , aku mohon hidayahMu

  7. Sesungguhnya Allah lebih mnyayangi Allahyarham Tuan Guru.tenanglah beliau di taman syurga Allah.berehatlah murobbi.Inalillahiwainailahirajiun.

  8. Bergenang air mata dapat juga tengok gambar2 Allahyarham. Terima kasih Saiful Nang.

  9. 😢.. Kehilangan sebutir permata yang tiada pengantinya.😢

  10. kamariah puteh // September 22, 2016 at 3:25 pm // Reply

    AllahuAkbar…..moga Allah tempatkn roh beliau disisi roh para anbia

  11. abdul quddoos // September 22, 2016 at 2:40 pm // Reply

    Allahurobbi..Jazakallah…berkaca air mataku..Al Fatihah utk sang murobbi TGUH…Amin

    • Semoga Allah swt tempatkanya disana bersama para shuhada, Hanya Al-Fatihah dan air mata yg mampu mengiringi pemergian mu dan tiada lagi ceramahnya yg secara live didengari dari kami rakam mtmza

  12. nangis baca ni

    semoga semua amalan baiknya di terima Allah dan menjadi bekal timbangan amalnya di sana

1 Trackback / Pingback

  1. 25 Gambar Haji Terakhir Arwah Tok Guru Dato’ Haji Haron Din Alhafiz oleh Saiful Nang - Terbaek Network

Leave a Reply

%d bloggers like this: