News!!

27 gambar Itali yang jarang dikunjungi syarikat pengembaraan biasa

Kalau cerita pasal Italy sahaja semua dah fikir gambar Coliseum, The Forum, Vatican, Spanish Step dan banyak lagi yang pada saya dah overrated. Tapi ada banyak tempat menarik di Utara Italy yang RAMAAAAAAIIIII yang pernah pergi Italy pun tak pernah sampai tempat itu dan tak pernah dengar pun. Serious kau kena baca sampai habis dan share kat orang lain pulak. Tengok gambar dan baca caption baru kau rasa menarik gila.

werda-1

Dari Italy di Stevio Pass kita mendaki boleh sampai ke Maloja Pass Switzerland terus ke St. Moritz sebelum turun ke Lake Como. Jalan dia berlipat-lipat tapi feel dia memang sangat heaven kerana kiri kanan gunung bersalji walaupun kita pergi semasa peak summer. Kawasan ini lengang dari kenderaan pelancong mahupun kenderaan orang tempatan.

werda-4

Dah sampai Maloja Pass kita redah masuk kawasan kampung yang masih dilitupi salji walaupun pada musim panas. Memang menarik tempat ini. Ok kita nak cerita Italy tapi ni dah di Switzerland. Sebenarnya kita akan cross Switzerland sebagai laluan yang cantik berbanding lalu terus di Italy untuk ke Lake Como.

werda-8

Sebelum naik Stevia Pass kita singgah di Venice. Ini pemandangan dari atas menara St. Marco di Venice. Boleh nampak seluruh Venice dengan naik ke menara ni. Berbaloi, baru dalam 10 Euro rasanya tiket naik.

werda-6

Venice ni kita shootlah celah manapun boleh cantik. Sambil-sambil tunggu boat kita ambil gambar. Maaf atas Venice tiada kenderaan beroda kecuali trolley sahaja. Itupun bukan kenderaan tapi kena tolak dengan kuasa orang. Selain itu semua mesti lalu air.

werda-10

Basilica Venice semasa senja berlabuh. Nak rasa naik gondola cuma 80 Euro sahaja 1 gondola boleh share naik 8 orang (saiz kecil) kalau badan semua saiz 5XL boleh naik 4 orang jer kalau lebih nanti Abg Gondol baju belang akan marah. Harga tu untuk lebih kurang 30 minit. Tapi kalau nak ala-ala bajet Gondola boleh ambil Traghetto baru 2 Euro seorang. Gondola ni untuk merayap ke celah-celah bangunan di Venice. Traghetto ialah untuk merentas Grand Canal. Trip ni biasa cuma 2 minit jer dah sampai.

werda-16-2

Paling best di sempadan dia macam ni jer. Tak payah nak cop passport. Ni di Lake Como ni. Sebelah kanan saya tu lah Lake Como yang bajet cantik sangat tu sampai Maya Karin pun pernah buat wedding di sini.

werda-22-2

Ini balcony paling famous kerana kononnya dulu Juliet menggedik dengan Romeo dari atas balcony ni. Kalau anak aku memang aku rotan menggedik dengan jantan. Juliet tu dijadikan patung seperti dalam gambar. Korang mesti pelik kenapa tetek Juliet sebelah kanan bronze dia nampak lebih terang dari sebelah kiri. Ini kerana orang yang ambil gambar dengan status Juliet ni percaya kalau ambil gambar pegang tetek Juliet sebelah kanan akan dapat hidup gembira dan sihat. Kalau aku jadi Romeo, sorang-sorang aku tempeleng kerana mempercayai kepercayaan karut marut begini. Tapi dunia ini tidak adil….di Verona di Juliet house cuma ada patung Juliet. Mungkin bajet tak besar. Tapi tak boleh cakap macam tu juga kerana patung Juliet ni ada 3 yang identical. Pertama di Verona Italy dan kedua di Munich dan satu lagi saya pun dah lupa ada orang cakap. Ramai orang kena tipah jer dengan Shakespeare kerana Juliet sebenarnya tidak wujud pun selain dari dalam novel Shakespheare.

werda-26

Jalan di Utara Italy masa naik atas gunung ganang di Alps range macam ni lah rasanya dan feelnya. Bas pelancongan atau coaster nak lalu sini? MINTA MAHAPPP memang tak lah. Sebab tu trip kitorang dalam Rarecation memang priceless kerana kami bawak orang ke tempat yang tidak orang lain lalu. Kalau korang dah join Rarecation cuba intai kawan-kawan sebelah yang dah pergi Italy juga dan cakap “Kau hado?” (tak baik berlagak…tuhan marah).

werda-31-2

Saya tutup mata jer ambil gambar macam ni…Ehhh jadi cantik. Tapi pasal tempat dah cantik tutup mata ambil gambar pun cantik. Serious bagi yang datang couple-couple bila sampai sini sahaja terasa macam romance semacam…rasa macam nak kahwin lagi sekali dengan orang yang sama. Tak percaya..ikut kita. Trip kita akan lepak Venice sahaja 3hari 2 malam…biar puas hati sikit.

werda-33

Sungguhpun Rarecation dibuat oleh kami sendiri yang tidak suka nyopping tapi bagi menghormati kaki shopping saya masukkan juga Milan dalam jadual. Haaa…tapi kami akan masih enjoy senibina yang sangat cantik MasyaAllah. Best!! Bandar Milan ni kami jalan kaki dan naik tram boleh khatam 1 hari. Tak besar mana sangat pun (saya maksudkan city center lah bukan keseluruhan Milan).

werda-34

Di Venice juga ada menara condong yang ramai orang tak tahu. Bukan di Pisa sahaja. Ni satu lagi tapi mungkin muka dia tak senonoh sikit tak sechantek yang di Pisa tu yang jadi tak famous kot.

werda-39

Cuaca di Venice memang selesa. Tak payah nak pakai baju kulit beruang sangat kerana baju selapis lengan panjang pun sudah mencukupi.

werda-45

Di Selatan semasa di San Marco lepak sini tengok banyak Gondola dan petang-petang ada kapal besar lalu di selat sempit ni. Slow jer dia pass by memang besar sangaaatttt. Maaf gambar tak ada…tak sanggup nak tunggu lagi.

werda-50

Grand Canal ni sebenarnya terusan yang  memisahkan Venice Barat dan Venice Timur. Kiranya dari canal besar ini orang yang bawa gondola, boat teksi dan porter semua dah tahu simpang mana nak masuk akan sampai ke rumah siapa. Macam kampung lah nak masuk rumah Pak Dolah lalu lorong sana, nak ke rumah Senah lalu lorong sini. Dah hafal dah.

werda-78

Feel lalu tepi tasik Garda macam ni lah. Jalan dia lengang dan sempit. Tapi hati-hati…jangan kecil hati dengan Italian driver kerana nak tahu macam mana orang Italy bawa kereta, cuba bayangkan Singaporean bawa kereta kat Johor. Macam tu lah.

werda-112

Area Duomo di Milan ni memang kawasan orang shopping dan bagi makan burung merpati. Di sini ramai “Naija” (Niger) yang akan offer bertih jagung letak kat tangan lepas tu banyaaaaak burung datang dan dia ambilkan gambar korang dengan burung-burung itu. Kemudian minta 50 Euro tips kalau tak kamera ko dia tak lepas. Ini salah satu teknik peras ugut. Jangan percaya kepada golongan ini walaupun dia cakap bertih tu FREE tapi kena bagi tips. Polis pelancongan hanya berdekatan…jangan jalan sorang-sorang.

werda-114

Kaki shopping memang akan tapau banyak Prada, LV, Chanel kat sini. Kawal nafsu bagi mereka untuk masuk dalam ni kerana semuanya kelihatan murah walaupun sebenarnya tidaklah murah sangat pun. Sekali shopping habis RM50k kat sini sahaja pun ramai. Alasan perempuan biasalah…”Ini semua investment tau…i boleh jual harga lebih mahal bila handbag ni dah stop produce”. Sukatilah

werda-120

Hujan di Kota Milan. Ni lepas kami pekena Briyani 8 Euro sekali dengan air. Tapi nak cari makanan halal kami biasa akan tanya Makcik Zabeeha. Siapa kenal siapa makcik tu?

werda-121

Kalau kau pergi darat dan shopping barang nak hantar masuk ke rumah kau di Venice. Ini dah macam lori yang hantar barang kau dari train station sampailah ke pintu belakang rumah kau yang ada sungai. Venice ni tak boleh sesat…kau sesat jer mesti jumpa air. Kau pasti tak boleh sesat sampai ke Afghanistan. Confirm!

werda-128

Sekitar 200 hari setahun Venice dilanda banjir. Sebenarnya ni ialah air laut pasang besar. Bila air naik nak jalan di Venice kena naik atas platform. Tapi lebih kreatif lagi sekarang orang dah jual plastic cover untuk cover kasut kita sampai ke lutut. So kita boleh jalan jer dalam air tanpa risau air masuk dalam kasut. Gambar ni di San Marco.

werda-133

Belakang sikit dari San Marco tu ada jambatan terkenal. Jambatan kesedihan. Dari anggle saya ini lah dulu isteri-isteri atau anak-anak yang ayah dia kena hukuman bunuh atau penjara akan melalui jambatan ini. Jambatan ini bernama BRIDGE OF SIGHS (Jambatan Kesedihan) kerana setiap kali ada orang melalui situ pasti diiringi dengan tangisan. Prisoner akan melihat keluarganya dan keluarganya akan melihat prisoner untuk kali terakhir di jambatan ini. Sedih kan?

5308811318_8b5e7a1f66_b

Coastal road macam ni? Best tak?

AmalfiCoast

Seronok tak lalu naik kenderaan sendiri pandu di kawasan macam ni? Confirm sepanjang perjalanan tak tidur. Kalau naik bas persiaran semuanya akan appreciate destination tapi team Rarecation akan appreciate JOURNEY dan DESTINATION. Tempat macam ni tak lalu dek bas pelancongan kerana bas biasa akan lalu highway. Highway di Europe nothing…sama macam highway PLUS. Sebab tu Rarecation lalu jalan yang pelancong tak tahu.

chinque

Chinque Terre ni kawasan kampung tepi laut atas batu. Serious gempak bila tengok dari angle ni. Bas memang susah masuk kawasan ini sebab tu kami drive untuk sampai ke sini. Inilah laluan kami dalam trip Rarecation Italy Oktober 2016 ni. Mamacammana? Berani?

lake-garda-in-italy

Cantik tak Lake Garda. Serious kau bangun pagi-pagi kalau ini pemandangannya…kalau ajak balik Malaysia pun kau akan peluk tiang taknak balik.

lakegarda2

Dari satu sudut di Lake Garda Italy. Ini semua tempat yang tak rajin pelancong nak masuk. Local tourist ramailah. Tahu tak kenapa ada tempat cantik yang tidak dipromosikan oleh negara tertentu? Pertama kerana ia tidak mahu diinternationalkan dengan pelancong luar tetapi popular di kalangan orang tempatan. KEDUA kerana tempat tidak komersil ini ialah tempat yang murah dan beli barang di pasaraya dia pun harga murah kerana itu harga tempatan bukan harga pelancong. Sebab tu kita pergi Indonesia sekalipun kita rasa barang mahal kerana bukan asalnya mahal…kerana itu harga pelancong.

Stelvio-pass

Paling jarang orang pergi ialah ke Stelvio Pass di Utara Italy. Kita akan naik ke atas gunung ini untuk merentasi Banjaran Alps dan terus main jalan gunung sampailah di Switzerland dari Italy. Jalan ini masih menjadi jalan dalam senarai top 3 jalan tercantik di dunia.

Ada banyak lagi nak ceritakan tentang Italy di bahagian Utara yang jarang orang lawati. Biasalah kalau cerita Italy sahaja semua fikri pasal Rom, Pisa dan FLorence juga Venice. Yang lain tu macam tak wujud pulak.

Tapi kalau ada beran nak pergi Oktober ini 5-16 Oktober. Maaf trip ini bukan backpacking tapi flexible dia macam backpacking. Maaf juga trip ini bukan macam pakej yang spend banyak di hotel 4-5 bintang tapi kita spend untuk tinggal di kabin dan homestay di tepi sungai, tepi tasik, tepi gunung yang ada pemandangan yang indah-indah belaka laka laka lah. Maaf juga kita tak naik bas pelancongan yang confirm bila kau naik sahaja terus membuta sampai destinasi dan CONFIRM LAGI FARDHU kalau kau tak tidur sekalipun dan kau suka pemandangan di luar dan kau wish sangat boleh berhenti ambil gambar tapi drive TAK MUNGKIN AKAN BERHENTI tapi kita naik SUV kita sendiri konvoi semua orang dapat duduk di tingkap ambil gambar dan berhenti ikut suka hati kita nak berhenti di mana (Tepi jalan lah jangan tengah jalan bahaya).

Namun…harganya tidak semahal pakej pelancongan dan tidak semurah backpacking. Biasa pakej kalau sampai 10 hari pun dah 10k lebih…kami buat selamba sahaja tak sampai 10k. 8k++ pun boleh dapat SIAP DENGAN FLIGHT TAU. Kalau tak masuk flight saja nak pergi jumpa kita di airport…kita minus terus RM3k dari harga pakej. Ok tak?

JOM kalau minat nak tahu detail whatsap terus 0172267533 (Saiful Nang).

Berani?
Jangan takut-takut

Takut?
Jangan berani-berani

SAIFUL NANG
Executive Captain Rarecation

Comments

comments

8 Comments on 27 gambar Itali yang jarang dikunjungi syarikat pengembaraan biasa

  1. Berapa capacity trip bos

  2. Tgk dlm channel Discovery: Anh does Italy memang mengujakan sbb byk tempat2 dan permainan yg sgt menarik.

  3. Haryati Shamshudin // September 5, 2016 at 10:56 pm // Reply

    Sounds great! Harap2 next year or the other year boleh join @rarecation. Amin.

  4. harap thn dpn ada lg cbb baby masih kecik

  5. tahun depan ada tak? tahun nie tak sempat kumpul belanjanya..

Leave a Reply

%d bloggers like this: