News!!

Pemuda 19 tahun rogol pelajar 16 tahun adik rakan karib sendiri berkali-kali

BANDAR SERI JEMPOL: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun kerana didakwa merogol adik kepada rakan baiknya di sebuah rumah di tanah rancangan FELDA di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor, berkata suspek ditahan di perkarangan Balai Polis Bandar Seri Jempol kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam, ketika datang untuk memberi keterangan.

Katanya, sebelum itu mangsa berusia 16 tahun, membuat laporan di Balai Polis Ayer Hitam pada jam 5.53 pagi kerana mendakwa dirogol suspek pada kira-kira jam 3.30 pagi semalam.

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, terdahulu mangsa mendakwa dirogol rakan baik abangnya yang menumpang tidur di rumah mereka kira-kira jam 3.30 pagi.

Katanya, mangsa merayu tidak dirogol tetapi tidak diendahkan suspek, namun kejadian disedari bapa mangsa yang terdengar tangisan anaknya menyebabkan lelaki itu melarikan diri melalui tingkap bilik tidur mangsa.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa sebelum ini pernah dirogol suspek sama sebanyak dua kali dengan kejadian pertama di antara Mac atau April, manakala kejadian kedua pada Jun lalu,” katanya.

 

BHarian – 12 Julai 2016

Comments

comments

1 Trackback / Pingback

  1. Pelajar Tingkatan 5 Yang Hamil 3 Bulan ‘Borong’ 5 Lagi Lelaki Baru Sempena Merdeka – WARNA ASIA

Leave a Reply

%d bloggers like this: