News!!

Tips Jodoh Budak U dan Kolej

Ini bukan nak cerita pasal orang lain tapi saya sendiri. Dulu kalau di Universiti abg jarang-jarang ada kehidupan kosong yang tiada bergirlfriend. Bukan nak kata handsome sangat tetapi dari kecil dah belajar berjual jadi ayat mulut ada manis sikit. Awek mudah rapat dan dapat.

Kalau diikutkan kalau saya matang awal dulu, abg pun taknak ada awek. Kalau ada awek nak ngorat mesti keluar modal juga. Paling tidak pun kena modal masa. Sedangkan kalau masa universiti dulu tidak ada girlfriend maka abg punya CGPA mungkin dah macam menteri.

16632466552_1ce6daa7fe_h

Gambar hiasan jer ni, tiada kena mengena dengan apa yang abang nak ceritakan ni.

 

Nasihat abang mudah. Kalau berkawan dengan perempuan atau lelaki dan tiada plan nak kahwin dalam jangkamasa terdekat, sila simpan baik-baik dara adik-adik semua ye (kalau ada lagi lah). Bukan nak kata apa, mana ada lelaki saja-saja kawan dengan perempuan tanpa rasa nak komitmen. Tipu lah tu. Ini bercakap dalam pandangan lelaki normal.

Apa sahajalah alasan jika berkawan biasanya kalau atas urusan kerja, business, projek, assignment, jiran semua ni tidaklah sampai ke peringkat-peringkat berikut

  • Keluar bersama berdua
  • Makan berdua
  • Tengok wayang berdua
  • Bergayut dalam telefon
  • Whatsap senyum sorang-sorang untuk jangkamasa yang lama
  • Dan lain-lain yang melibatkan engagement yang berkomitmen dan makan masa

Hari ni boleh berkawan, kemudian bila dah mula ada lelaki dekat kemudian mula ajak keluar atau makan sama-sama itu semua kena kenal, itu TRICK. Biarlah orang rasa korang tu “perasanlah…bukan aku nak ngorat pun, ajak makan jer” bila awak tolak pelawaan.

Untuk adik-adik yang naif ni abang nak cakap. Abg ni dengan buaya pun abg ada kawan. Abg sendiri pun Romeo juga tapi Wallah sepanjang ada kat universiti couple is couple, romeo is romeo takde sampai nak check-in hotel 2 jam. Dulu abg jadi Romeo bukan pasal apa, suka ada orang terlampau rajin tolong abg buat projek-projek kemasyarakatan kononnya dan ada orang hantar cupcakes sekali sekala.

Tapi itupun struggle, keluar jer universiti terus abg ajak awek masa tu kahwin. Tapi mak ayah dia pulak tak bagi kata suruh habiskan belajar. Nak jugalah abg cakap ayat macam ni..

“Sekarang tak kahwin pun saya makan, dia pun makan…apa salah bila dah kahwin kita makan sama-sama”. Tapi tak cakap pun, kerana menghormati bakal pak mertua.

Last-last sekali sekarang tak kahwin juga dengan yang tu. Kahwin dengan orang lain pulak yang lagi best. Nasib baik clash dulu kalau tak, tak dapat yang sekarang.

Kena ingat satu ye adik-adik semua. Dulu zaman-zaman ayah-ayah abang orang merisik baru nak kenal siapa yang merisik. Masa zaman abang orang dah mula tanya “Wehh…ko dah ada balak tak?” (ko tau tak balak tu bentuknya macammana?) paling-paling sopan “Ehhh ko dengan mamat tu dah declare ke?”

Sekarang ni orang dah tak malu nak tanya “Wehhh ko dah score ke”. Apapun bentuknya, jagalah maruah. Sedap sementara sengsara sepanjang hayat. Memanglah dara tu benda klasik. Yang tukang pecahkan pun nanti nak kahwin cari yang dara juga. Last-last suami yang baik-baik dapat yang baki orang dah pakai. Dulu-dulu boleh sembang lagi dara takde kerana kena rogol, tapi sekarang perogol pun tak ramai dah kerana nak dapat tak perlukan keganasanpun boleh dapat free.

Ini evolusi dia, abang ada kawan satu usrah. Muka dia pun siap ada tempek hitam kat dahi. Aweknya pula orang usrah juga. Mula-mula nak dating siap ajak kawan sekampung. Abg sendiri pun pernah jadi tukang cukupkan korum hanya untuk berada di sebelah tapi buat hal sendiri. Kononnya tutup fitnahlah, tidak elok lah. Makin lama makin kurang pulak join usrah lepas Maghrib. Rupanya dah pandai keluar pergi Mines berdua.

Malas nak layan sangat. Yang awek dari tudung labuh semakin lama semakin kecik tudungnya. Bajunya pula semakin sendat dan yang lelakinya dari rajin ke masjid makin rajin keluar. Mula-mula tersentuh tangan siap sapu macam kena debu sambil istighfar. Last-last takpelah pegang tangan nanti balik solat terus taubat. Once dah mula sahaja pegang tangan, dari tangan itu naik ke bahu dari bahu ke pinggang naik ke dada sampai ke punggung singgah lah sampai ke destinasi akhir. Daripada mula main flying kiss mmuah mmuah kat handphone sampai flying kiss depan-depan sampai kepada kiss betul sampai lah comolot semua.

Ingat…sebab tu ALLAH SURUH JAUHI ZINA. Apa lagi berzina kerana bila dah MENDEKATI sahaja dia macam magnet ataupun blackhole yang akan kuat sangat tarikannya sampai lah jadi zina juga.

Dengar cakap abg baik-baik, jangan percaya istilah TEMAN TAPI MESRA ataupun kononnya nak berkawan dengan opposite sex tanpa ada rasa nak kahwin. Dan jangan sekali sekali TAKUT kalau tak ada boyfriend masa universiti kebarangkalian nak andartu masa kerja nanti sangat tinggi.

Ini hasil pemerhatian abang. Ramai kawan-kawan abg yang andartu hari ini semuanya banyak yang aktif ada boyfriend masa di universiti dulu. Hot chick lah masa tu kitorang panggil. Last-last tak kahwin juga sampai ke tua. Yang dalam abg punya bajet “ini bakal tak kahwin sampai bila-bila ni…” that kind of thing….ehhh tak sampai setahun grad dah dapat undangan.

Nak kenal lelaki sejati yang betul-betul mencintai kamu kerana Allah, mudah sahaja. Tetapi mungkin mereka terlampau berterus terang. Mereka akan rapat dengan anda namun mengekalkan jarak. Mereka akan terus kepada tujuan dan matlamat berkahwin. Bukan lagi 3 tahun atau 10 tahun atau tidak tahu lagi bila, tetapi mereka sudah FIRM. Carilah lelaki seperti ini walaupun kelihatan poyo tetapi BERANI untuk berkata ayat-ayat seumpama ini….

“bolehkah saya berjumpa ibu bapa kamu untuk tanyakan bilakah sepantasnya saya boleh memperisterikan kamu?”

ITU BARU GENTLEMEN. Kalau setakat on bended knees tu, Mat Saleh pun buat, orang Nigeria pun buat orang di Papua pun buat juga. Kalau awak dapat bakal suami begitu dan bertanya soalan itu, kamu pandang sikit ke muka dia atau jika dia hantar PM boleh check sikit profile photo dia kalau agak-agak melepasi standard minima penerimaan korang…terima jer lah.

Jangan takut dia miskin kerana perkahwinan akan mencukupkan keperluanmu
Jangan takut tidak bebas kerana perkahwinan satu penjara yang ada dunia di dalamnya
Jangan takut apa orang pandang, kerana Allah pandang kamu pembina sebuah masjid
Jangan takut ditangkap penguatkuasa JAIS, jika dah sah kamu ada kad nikah
Jangan takut orang kata gatal, lagi elok gatal ada yang garu dari gatal pergi menggatal tak hilang juga gatalnya

Dan jangan takut nak berterus terang dengan ayah, kerana sebagai seorang ayah antara kelegaan besar saya apabila ada lelaki jujur yang mahukan anak saya walaupun lelaki itu tidak berharta dan tidak boleh buat wedding di Royale Chulan.

Untuk adik-adik di universiti…maaf abang dah beristeri dan buat masa ini isteri abang sangat elok orangnya dan diapun kata tak perlukan “assistant” lagi. Tetapi untuk cari suami yang soleh janganlah cari dikalangan orang yang berkawan tanpa memikir untuk memperisterikan kamu. Biarlah poyo, baru kenal sekejap dah terus nak ajak kahwin dari kamu berkenal dah 5 tahun sikit habuk pasal kahwin pun tak plan.

Jangan pula serbasalah nak reject lelaki handsome macam Aaron Aziz, Anuar Zain, Nasir Bilal Khan dan Saiful Nang kot-kot takkan dapat lagi peluang yang sama jika lelaki itu cuma nak kawan-kawan sahaja. Kalau nak kawan-kawan minta sahaja dia masuk kelab Pemuda UMNO nanti masa PAU boleh usha Puteri UMNO.

Jangan terbeli dengan perkataan “Kita kawan dahulu dan kenal hati budi masing-masing” itu semua ayat-ayat artis yang kahwin tak habis bayar bil fotografer dah bercerai (macam ada pengalaman jer).

Benar, jangan konon berkawan berpacaran lama hanya untuk kenal hati budi sebelum berkahwin. Percayalah kata abang, kamu tidak akan kenal pasangan kamu SEHINGGALAH KAMU KAHWIN DENGAN MEREKA. Kahwin dan kenali pasangan anda dan jika tidak suka apa yang ada pada pasangan anda, sama-sama ubahnya atau berkompromi macam kita ni bagus sangat.

Buktinya, masa couple mana pernah nampak pasangan kita kentut kuat-kuat. Tapi percayalah dik…dah kahwin nanti baru kita tahu bertapa busuknya kentut pasangan kita dan itu tak masuk lagi kentut tak pakai silencer bunyi macam motorbot tarik clutch tekan minyak.

Bergembiralah dan berdoalah supaya jodoh yang dilalukan dihadapan kamu adalah jodoh pilihan Allah walaupun bukan pilihan kamu. Janganlah nak frust menonggeng sangat pasal tak dapat kahwin dengan boyfriend atau girlfriend yang korang dying for sangat tu.

Tak payahlah ko nak frust-frust sangat pasal dia cantik atau handsomelah. Artis tu cantik juga tapi kenapa kahwin kena cerai juga. Bila dah kahwin 2-3 tahun ko nampak nyonya sayur pun ko rasa dia lagi cantik dari bini korang kalau nak diukur pada cantik. Tapi kalau nak diukur pada budi, adik Anzalna yang cun tu bagi kat abang pun abang kuis jer ke tepi pasal bini abang punya budi wallahi tak boleh nak tanding (Tapi adik Anzalna tu comel kan?). Allah tahu nanti bila korang dapat kahwin dengan yang betul-betul Allah pilih untuk kamu masa tu kamu akan cakap….

YA ALLAH SYUKUR DULU AKU CLASH DENGAN EX AKU!! RUPANYA KAU NAK BERI YANG PALING BEST OF THE BESTEST EVER IN THE PLANET AND BEYOND!!

Kesian
Terima kasih

Tips munakahat ini dibawakan oleh
AL-FADIL USTAZ DR. HAJI SAIFUL NANG AL-BANGI

 

 

Comments

comments

71 Comments on Tips Jodoh Budak U dan Kolej

  1. Terbaik pesanan ini.. Saya berkahwin semasa kami sama2 masih beljar.. Tunang semester 5,kami kawin sem6

  2. recently saya ada berkenalan dengan satu lelaki international student, hmmm.. dia orang Africa, saya indian muslim… dia serious dalam hubungan ni.. dia suruh saya focus belajar dulu.. dia lagi 2 semester dah graduate dah..dia kata tujuan dia berkenalan sebab nak ikatan yang sah, tak nak main main dalam hubungan mahupun dengan anak orang, parents si dia bagi green light dah.. tapi saya takut satu je.. parents saya lah yang paling takut.. lepas baca apa brother SN tulis, Alhamdulillah dapat lah satu spark dalam kepala, part “ayah, Royal Chulan” Insya Allah saya harap dapat bersama dia, apa pun nak tanya pendapat brother SN pasal parents ni.. dia kata jangan stress kan fikir pasal ni.. kadang kadang tak boleh nak lari kan.. selalu terfikir.. apa pesanan brother SN ya?

    • ikut cakap mak ayah..kalau mak ayah cakap jgn stress, mereka bermaksud mereka ada plan untuk awak. Yang menikahkan anak perempuan ialah WALI iaitu ayahnya dan bukan diri sendiri yang menikahkan. Bila zoom in lagi…seorang wali ada HAK memilih siapa yang mengahwini anak perempuannya.

  3. Dah masak dgn permainan lelaki 😂😂

  4. Siti Nurhaliza // March 8, 2016 at 11:33 am // Reply

    Perkara plg sedih nk kena hadap seminggu dua ni ialah bila org yg sy minat nk kahwin x lama lg. Sedih oii…

    Tp, dlm hidup sy Allah x prnah bg sesuatu yg x indah. Semuanya takdir yg indah dan baik2. Lelaki itu bukan segalanya. Allah pasti beri yg lebih baik dr dia nanti kan SN?

    Apapun, umur sy nk msuk 29 thn dh bln dpn. Perlu usaha lbh lg ‘tanpa unsur gedik’ utk mncari jodoh sy spy sy dpt brkhwin sblm umur 30thn. Doakan sy juga!

    • mungkin jodoh Siti Nurhaliza ialah orang2 tua juga dan kaya 🙂

      • Siti Nurhaliza // March 8, 2016 at 9:43 pm //

        Haha..janganlah gitu. Nak yg sama umur. Memilih plk.haish! Tp serius sy sedih dan penat utk brckp pasal jodoh. Lbh baik sy kerja..kerja dan kerja. Apapun, harapan masih ada setitik di hati.

  5. Menarik topik ni SN. “Tak payahlah ko nak frust-frust sangat pasal dia cantik atau handsomelah” – payah nyer nak dpt mcm tu. Hanya mampu & berharap kalau boleh dapat yang sederhana sahaja tak kira dari sifat/budi pekerti/paras rupa dalam erti kata baik segalanya dalaman dan luaran. Diharap juga agar dapat jumpa tulang rusuk kiri yang sebetulnya. Masih banyak perkara halangan mahupun kekangan yang perlu ditempuhi lagi samada kelemahan/kekurangan yang ada dalam diri, dan tak terlupa dalam mencari kestabilan dari segi kewangan & pekerjaan.

  6. Fikir dua tiga kali jugak sama ada nk post komen kat sini atau tak. tapi disebabkan penulisan abg SN yang sangat betul dari awal sampai habis membuatkan saya nk post jugak hehe. ‘Bukan nak kata apa, mana ada lelaki saja-saja kawan dengan perempuan tanpa rasa nak komitmen’.Yes, bila SN yang cakap macam ni, rupanya apa yang saya fikirkan sebelum ni memang betul la. Bukan nk burukkan atau apa, tetapi setakat lelaki yang saya kenal yang kononnya suka, rindu dan sebagainya sebenarnya xada niat nak kahwin dari awal pun (dengan alasan kerja belum stabil). jadi, xda niat nk jumpa parents dan sebagainya. Yes saya faham,tetapi bila kami berjumpa mintak memacam lebih dari org kawen lagi. Mujur saya masih boleh fikir logik dan menolak semua permintaannya tapi dalam hati masih sayang. alahai. Sekian dari saya, harap abg SN memahami bahasa saya yang agak kucar-kacir di situ hehehe.

    • betul lah tu..always remember.. Man give love for sex. WOmen give sex for love. Jangan jadi macam women yang saya maksudkan di sini.

  7. Hawa Hassan // March 5, 2016 at 11:21 am // Reply

    Huhuhu. Dush dush berdebik2 kena kat saya bila part yg SN sebut masa sekolah beriya kapel bagai. Saya lah tu. Skrg umur 25 xkahwin2 pun lagi. Kawan2 lain dah heran mana pegi yg dulu tu. Haha. Saya baru sedar akan cinta yg lebih UTAMA. Dulu saya alpa. Lalai. Alhamdulillah, Allah dah tunjuk jalan yg lebih baik buat saya. Insha allah saya bahagia dengan kehidupan single saya skrg. Harap dpt berguna buat agama dan msrkt. Doakan saya ya tuan haji SN.

  8. SN, nk tanya tentang jodoh dri tuhan, patut kite berusaha untk mencarinya atau biar ia datang bergolek sendiri?
    ramai member ingt saye ni jenis yg memilih sbb bile diajukn soklan awek dh ad ke belum, bile nk kawen, jawapan sy bile dh ad jodoh/sampai masenye kawenlah.
    Bile hati dh terpaut kat seseorang sy x bgtaw sape2, cume berdoa je kat tuhan(doa nabi yusuf), x sampai semingu perasaan tu akn ilang.
    Alkisahnye sejak bulan lps, terbit perasaan sayang kpd kawan sy yg bernama si A. Beza perasaan sy dulu n skrg, klo dulu sy rindu kat perpuan yg diminati sampai x bleh tido mlm, skrg bile teringat je si A hati jadi tenang. Tiap2 mlm sy doa kat tuhan,

    Persoalannye skrg better mencintai dlm diam2 atau bgtaw je dier(sepanjang ak idup 26 thun kat muka bumi ni, x penah ak ucapkn ayat keramat tu, reserved untk jodoh dri Dia shja) Rasenye ak dh bleh agak ap SN nk reply nanti haha

  9. Masa nak post ni, isteri kat sebelah ye? Bukan main mengayat taknak “assistant”. Hahahaha.

    Cuma nak tanya, saya minat kat minah sorang ni, dan dia pernah setuju untuk berkahwin bila saya ajak. Tapi bila nak mulakan step, dia mula teringat dan kesian dekat mamat yang pernah kapel dengan dia 5 tahun. Padahal, dulu bila minah ni cakap pasal kahwin, mamat tu tak serius pon. Minah ni takut nak tinggalkan mamat tu sebabnya nanti mungkin kawan2 akan kutuk minah ni sebab macam minah ni suka2 je nak kecewakan mamat tu. Dia ada juga cakap saya ni lagi baik tapi masih confuse nak pilih. Apa nasihat SN kepada saya dan juga minah ni? (minah & mamat bukan nama sebenar)

  10. Saya ada seorang kawan lelaki yang kami berdua tak pernah declare pun apa2 pasal relationship. Dah 3 tahun berkawan,bila umor dh sepatutuny serius memikirkan hal jodoh. Saya pun terfikir nak bertanya pernah tak dia memberitahu keluarganya tentang diri saya padahal sudah lama keluar bersama. Jawapan yg mengecewakan saya apabila dia tidak pernah menceritakan hal diri saya kpd keluargany. Haruskah saya memeberi peluang untuknya? Just asking nak minta pendapat tq 😊

  11. Saya ada seorang kawan lelaki yang kami berdua tak pernah declare pun apa2 pasal relationship. Dah 3 tahun berkawan,bila umor dh sepatutuny serius memikirkan hal jodoh. Saya pun terfikir nak bertanya pernah tak dia memberitahu keluarganya tentang diri saya padahal sudah lama keluar bersama. Jawapan yg mengecewakan saya apabila dia tidak pernah menceritakan hal diri saya kpd keluargany. Haruskah saya memeberi peluang untuknya? Just asking nak minta pendapat

  12. suka baca perkongsian drpd SN. sy masa di U tak pernah couple, cuma pernah la jatuh hati pd seseorang. tp, tak beritahu dia cuma sekadar mendoakan yg terbaik. tak lama lepas tu, dpt undangan majlis perkahwinan dia. sentap jugak mula2 cumanya bila tengok gambar bakal isteri dia masa tu sy rasa dia baik & sy jd takda rasa marah langsung. Malah, sy bersyukur & gembira utk mereka. sy hadir ke majlis perkahwinan mereka, bersalam dgn isteri dia & ucapkan yg baik2. sampai sekarang sy doakan kebahagiaan buat mereka & seronok ikuti perkembangan mereka dr jauh. cinta bukan tiket utk memiliki. sy betul2 rasa happy bila dapat tau mereka happy. sungguh tak tipu. tp, sampai sekarang hati sy masih tak berubah. rasa tak bagus sbb masih ada hati pd org yg tak sepatutnya walau sy tak pernah ganggu dia. cumanya sy berharap, 1 hari nanti sy akan jatuh hati pd seseorang yg mmg jodoh sy.

  13. Kenal dengan dia dah setahun,awal kenal mmg die nk kwen then lama2,ntah sya kot perempuan terkejot kenal xsmpai sebulan tros nk kwen,maybe sye yg xsedia lg..then kitorg kwn jelah,dah lama sket ble dia dah tuka keje,keje stable sket,die kte xbersedia,macm2 lah alasan nk tolong fmily nk kejar impian dia..

    Sdey gile bile dia ckp xsedia,sbb sebelum kitorg kwan sya dah tnya tujuan kite kwan ape,die kte nk kawen then sya oklah cuba get along ngn die,tp bila dia ckp cmtu at last sya decide break up je sbb bile dia ckp xsedia, ase mcm dah xda tujuan kawan..sakit giler kot tinggalkn die..
    Kadang2 ase nyesal wat keputusan cmtu..ase mcm jhat ke ak tingglkn dia,ke ak yg xsbar nk kwen smpai xbole nk tggu Dia…
    ntah…
    Hanya mmpu berdoa dah husnuzon..

  14. hasmah jani // March 5, 2016 at 1:34 am // Reply

    Alhamdulillah. Lepas baca ni, makin confident saya. Tak pernah rasa nak couple. Mungkin sebab saya kasar, orang pun xberani nak buat girlfriend.

    Saya syukur saya dari kecil macam ni. Boleh kata ia macam satu perisai. Jenis cakap direct, bukan cover cun. Tak bermakna saya bukan perempuan.

    Nenek, emak selalu nasihat, doa banyak-banyak. Nenek cakap doa dari awal (masa tu saya 19, sebab nenek kawin agak tua). Alhamdulillah sampai sekarang Dan akan terus percaya yang Allah dengar, Allah tahu, Allah sayang saya.

    Pernah approach beberapa orang Dan semuanya tolak saya. Saya move on. Saya tak kisah.

    Sekarang, Masih lagi single tapi mak cik2 Dan cikgu2 sekolah risau pasal saya. Saya cakap, kalau ada calon, boleh la kenal dengan saya. Tolong doakan untuk saya Dan adik adik juga, cakap minta pada mereka.

    I always think positive and only take positive people around me. I always thinks that whatever I’m doing right know is to train me, to make myself prepare with ‘unpredictable’ things. Always to Train. Always to train me.

    He is listening and He are preparing me for the best.

    I know. And I believe.

    He knows us super well. He knows us even if we didn’t tell.

    Kan.

    Be positive. Prepare yourself.
    Mana tau ajal datang sebelum jodoh sampai.

    Tak gitu tuan haji?

  15. part yang kalau tak da kapel time uni tu akan andartu mmg sll fikir, hahahaha.
    u are so true tuan haji sn. tapi inshaAllah tak dalah fikir nak tangkap muat just because of tht sebab selalu je pegang,dahkita jaga hak Allah (by not kapel) Allah akan jaga hak kita dan lebih lagi (kukuhkan ) -Muhammad-7 😉
    tq such a breathtaking sharing, splendid writing!!

  16. Statement yg last sekali tu memang win!! Syukor aku xkahwin dgn dia..

    Kawan dgn orang lain 2 tahun..last2 kahwin dgn orang lain. Penat tunggu 2 tahun nak dapat jawapan..last2 mak dia cakap “eh awak xdapat ke kad jemputan dia sabtu depan?” Perghh panas telinga eden..

    Dia ingat langit tu tinggi sangat..last2 kantoi jugakkan..mak sendrik pulak tu yg kantoikan..and yg paling puas hati, masa last jumpa dapat MELEMPANG MUKA DIA 3 DAS TERUS!! Sebelum dia sempat bukak mulut..puas hati eden..ikot hati eden nak langgar je sampai terpelanting..eden pon xtau mulut dia berdarah ke x…

    Tapi bersyukor dia xpilih aku jadik isteri dia..sebab aku sakit time nak kawen.kalo aku kawen dgn dia belum tentu dia nak jaga aku macam mana suami aku jaga aku sekarang..aku penah skodeng fb bini dia..dr post n komen nampak ada konflik…huhuhu..aku juz ckp dlm hati ALHAMDULILLAH bukan dia jadi jodoh aku..

    This is life..Allah dah susun cantek..kalo aku selalu dapat susah aku selalu cakap Allah nak bagi rezeki..iyer memang betol.setiap kali aku kena uji memang Allah bagi aku rezeki..rezeki yg aku dapat lepas kena dibodohkan tu aku dapat jumpa suami aku..

    Rupanya dekat je jodoh aku sebenaryer. .suami aku sekrang ialah kazen bestfriend aku..dr aku kecik nak cakap bestfrind aku akan cerita pasal kazen dia tu lah a.k.a suami aku..so aku meme dah kenal sngt perangai dia..baran dia..tapi boley pulak time jumpa 1st time aku boley xkenal sebab bestfrind aku panggil kazen dia dgn panggilan lain..

    Walaupon peristiwa kena dibodohkan tu dah 6 tahun berlalu, aku masih ingat lagi segala yg jadi 2 tahun tu time berkawan..xboley nak lupa pasal sampai sekarang aku xmaapkan dia…even sampai sekarang aku masih termimpi2..tapi selalu mimpi dia nages depan aku merayu mintak maap..huhuhu

    Apa yg aku boley buat yer haji dr saiful nang………

    • setia pada yang ada skrg ni jer. Yg lain tutup buku

      • Itulah..memang setia n taat..dah jadik kewajipan..itulah org ckp kalo hati dah sakit silap2 sampai ke liang lahad pon belom tentu dimaapkan..xsempurna lg iman sy ni haji..

        Anyway keep on writing haji..moga bnyk lg minda dapat terbukak jelas ..

        Moga Allah selalu mudahkan urusan haji

  17. sy dah 24 tahun.. sy dah bercinta 2 tahun zaman belajar, tp putus sbb mak xbg.. pastu berkenan dgn perempuan 3 tahun lebih muda (21) la sekarang… sy tunjukkan minat kat die, tp die mcm jual mahal… sy x confess lagi, igt nak confess bile start keje (nak ajak kawin bile die hbs belajar)… kalau sy bercinta dgn dia confirm x dating sbb keje jauh2… boleh ke sy confess die, tp nak kawin dlm jgkamasa 2-3 tahun.. takut x baik… kalau x confess takut dismbar orang…

    *sy hrp dpt die, tp kalau xdpt sy steady je sbb muda lagi…hehe

    (sy seorang cikgu)

  18. Salmi Mokhtar // March 4, 2016 at 4:27 pm // Reply

    Tn Hj SN,
    ..betullah tu..rasa poyo pulak.., tp nak tanya jugak SN declare couple dulu mcmn?

  19. semua perempuan y aku minat zaman sekolah aku terus pergi rumah jumpa mak ayah walaupun terang2 orang x minat. x prnh pun pikir nk bwk pg dating. ad perempuan y aku tersuka sejak dr darjah 3, tp nk mengorat zaman sekolah mmg imposible. bla msk u tba2 dia contact. jrg2 skli hntr msj. x prnh pun jmpa msa bljr. walaupun jarak antara rumah cuma 5 mnt jalan kaki. 1 pesanan y sentiasa aku sampaikn sejak berhubung, bila kahwin aku xnk buat kenduri. buat akad nikah je. dia pun sentiasa mengiyakan seolah setuju. tp bla pg meminang tba2 nk jgk bertunang & buat majlis. ap y aku ucapkan hnya dianggap sekadar gurauan. last2 x jd jgk.

  20. Best baca tulisan SN ni. Dulu sampai beli Kisah Orang Menang kat Google Play sbb susah nak post buku ke sini. Alhamdulillah jumpa blog SN.

    SN, saya student final year kat Ireland. Dah nak abis da. Pertengahan tahun ni balik tanah air insyaAllah.

    Nak tanya dari perspektif businessman mcm SN, agak2, kalau saya bina dulu team and syarikat, sebelum saya kahwin, ok tak?

    Antara dilema saya pasal ni ialah takut tak dapat nak jaga (ke patut guna ‘urus’) anak2 & isteri bila baru nak mula berniaga. Dan hutang pendidikan saya yg agak besar jumlahnya (more than half million ringgit), so taknak libatkan orang luar sebelum saya setel bayar/sebahagian besarnya.

    Lagi satu, saya ni lelaki, takut juga la langgar ikhtilat bila beria-ria sangat dalam membangunkan syarikat/team. Hilang berkat berniaga.

    So camne SN, patut ke saya berkeluarga lepas habis belajr ni? Naqib dengan parent+makcik2 dah start tanya ni… Nak kena isi borang…haha

  21. Tn hj,

    Saya bkn muda lg. Sudah 33. Saya suka seorang rakan sekerja lelaki berlainan bahagian yg muda 3 tahun daripada saya. Baik, jaga solat. Bukanlah golongan ustaz2 mahupun agamawan. Masih bujang. Ada beberapa kali keluar makan bersama & bercerita hal kerja dan keluarga masing2.

    Saya berfikir bagaimana saya mahu ajak dia kahwin…apa cara terbaik? Saya taknak lepaskan seorang lelaki yg baik & bertanggungjawab. Kami tak pernah bercakap soal perasaan. Lagipun, saya lebih tua 3 tahun daripada lelaki tersebut.

    • sometime we come to a point to ask “kenapa nak kawan dengan saya”. Then soon or later kena tahu juga. Else…just kawan biasa sahaja. Kawan biasa tak dating.

  22. Motor bot tarik clucth tekan minyak tu win bang aji…

    Mula2 td angguk2 (baik..betul…ermm..setuju…)

    Smpai tang motobot tu. …(kah kah kah boobboobbo boobbboobboo )

  23. Terbaik!!!
    Saya dulu time study smpi habis digree x berani nk couple. last2 my brother temukan dgn husband skrg (Actually his best friend -so everything on control, nk dating pn dgn my big brother juga.haha.syukur Alhmdulillah.

  24. Jejaka Lombok // March 4, 2016 at 1:31 pm // Reply

    Kisah saya macam drama la jugak. Saya tak kenal ramai perempuan. Sebab studi dlm field engineering. Cuma selama ni ada kawan dgn minah (bukan nama sebenar) ni ja. Lepas 4 tahun berkawan baru saya confess tapi dia anggap sebagai abang. Kahkah. Ikutkan hati nak move on je la.

    Tapi dah terbaca penulisan abang mcm ada satu ‘click’ dalam kepala. Terima kasih kerana trigger kan ‘click’ tu. ☺

    • Patut jejaka lombok ayat power perempuan cair. Tak cukup lombok ni. Sebab tu jangan bazirkan umur…kawan kalau nak setakat kawan baik tak payah. Baik kawan dengan isteri habis-habisan. Tersentuh tercuit termain pun tak dosa…dapat pahala lagi.

  25. Dulu single tapi bila dah final year jadi tunangan orang.. mak pon ada pesan kena jaga laaa jangan nak bersuka gaul macam dahulu.. tunang pon ada tegur pasal keluar malam.. bila kita berubah dikecam kawan-kawan… kadang2 rasa down… tapi bila fikir balik sampai bila nak main-main xseriuos dalam perhubungan.. yang pahit ditelan yang manis lemparkan senyuman… 🙂

  26. hmm saya bercinta dari zaman dip sampai degree…mula2 mak si dia macam menghalang …tapi akhirnya mak die ok lah…last sblum habis degree mak die suh bawak keluarga jumpa.ok memula sy pergi dulu lah rumah die kenal ngn keluarga die ,lepas tu bawak keluarga sy pulak…dan saya telah kenal hampir smua sanak sedara dia…semua dah macam free flowing dah…mak dia siap kenalkan kat sedara lagi…ye lah mase tu sy final year n die dah jadi someone kat sebuah company besar…lek je sbelum sminggu nk meminang , die ckp kat mak die xnak kat saya, xde mase depan katenye…eh tetiba lak.tah la rase nak percaya kat perempuan ni hilang. bukan nak generalized tapi itu lah dia…

    • there u go…the best is waiting or already with u

      • “.. the best us waiting …”

        Dah lama juga sy tunggu..
        Dah 2 universiti sy berjaya(alhamdulillah) menimba ilmu sambil mencari calonnya..
        Tak jumpa juga..mungkin tak berani..mungkin belum sampai masanya..
        wallahu’alam..
        Yg pasti;
        1)Life goes on..Keep mooving on.
        2) never stop praying, keep believing in His plan and stay positive.
        3)sy akan gelak besau jika
        “…already with u…”
        =’)

      • insyaAllah nanti ada la tu

      • “.. the best is waiting …”

        Dah lama juga sy tunggu..
        Dah 2 universiti sy berjaya(alhamdulillah) menimba ilmu sambil mencari calonnya..
        Tak jumpa juga..mungkin tak berani..mungkin belum sampai masanya..
        wallahu’alam..
        Yg pasti;
        1)Life goes on..Keep mooving on.
        2) never stop praying, keep believing in His plan and stay positive.
        3)sy akan gelak besau jika
        “…already with u…”
        =’)

  27. macam aku ada kena tampar2 sikir masa baca ni 😅😅😅
    tp memang sangat benar hujah SN.
    harapla adik2 pompuan aku sedar semua ni 😔😔😔

  28. Hidayah Razak // March 4, 2016 at 11:58 am // Reply

    Effortlessly funny 😂 Thank you for sharing such post. It adds joy to my day!

    Ps:Looking forward to Kisah Orang Menang 2 (perhaps?)

  29. sherliza yakob // March 4, 2016 at 11:45 am // Reply

    Betul semua. Tiada yg salah melainkan yg betul2 belaka 😂

  30. Tahniah kerana menulis. Saya suka cadangkan menonton drama surat untuk bakal isteri. Bolehlah.

  31. Macam mana pulak kalau berkawan lama (dalam keadaan menjaga batas) dan memang ada hajat untuk berkahwin cuma belum mampu dr segi kewangan ? Pun tak boleh teruskan ke ?

    Dan mcm mana kalau kita reject sb rupa walaupun baik orangnya ?

    • kahwin ikut cara nabi cuma perlu umumkan. Jika kedua2 tidak mampu mengapa tidak kompromi sahaja majlis yang ringkas.

      Jika soal makan minum, adakah tidak berkahwin kita tidak makan dan bakal suami tidak makan? CUma kita makan bersama2

      Adakah jika tidak kahwin kamu tinggal bawah jambatan dan suami tinggal di bus stand? Cuma akan berpindah ke rumah yang dimampui.

      Jika belum kahwin pergi kerja seorang satu kereta sudah kahwin pergi kerja 2 orang satu kereta? Adakah kahwin itu memiskinkan?

      Kita akan lebih kreatif mencari alasan tapi kurang kreatif mencari jalan 🙂

  32. princess shirahoshi // March 4, 2016 at 10:58 am // Reply

    Masa saya kat U antara doa wajib saya lepas solat adalah seperti berikut :
    YaAllah ya tuhan ku, kau temukan lah aku dengan lelaki yang beramal soleh beriman menghormati org tua ku sepertimana dia menghormati org tuanya. Berpendidikan, berakhlak soleh serta dapat membimbing ku ke syurgaMu Ya Allah, …….dan ada lah lagi panjaaang hahaha. Dan Alhamdulillah saya dapat ape yang saya doakan sebijik 😄 plus sorang y penyabar penyanyang. Moral is doa lah yang baik2 sentiasa. Kau listkan lah segala ciri kebaikan bakal suami yang kau nak dan mintak ngn Allah tanpa putus asa. InsyaAllah Allah bagi yang terbaek sepertimana yang kau nak. Kalo mintak yang hensem sado je manjang dalaman tak hensem, lama2 sakit hati kan. So mintak lah yang elok rupa paras serta berakhlak terpuji. Itu yang dibawak sampai ke mati pon bukan rupa paras.

    Ps : sori tuan haji terpanjang lak komen ✌

    • panjang juga boleh jadi artikel baru hiks

    • Alhamdulillah saya juga berdoa ciri-ciri suami yang saya idamkan dan dimakbulkan hanya pada umur 30 tahun. Sepanjang belajar di universiti memang takda orang yang berkenan dengan saya mungkin sebab garang. Tetapi Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Suami sebenarnya belajar di luar negara juga cuma tidak berjumpa pada masa itu. Masa ‘muda’ hanya nak kan yang hensem aje. Allah maha mengetahui dan mempertemukan pada masa yang agak ‘lewat’ (29 yrs) dan masa itu sudah matang serta tidak memandang fizikal no 1. Allah maha mengetahui di dalam hati hamba Nya.

  33. Memang santai gaya bahasa. Suka penulisan saiful nang.semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

  34. adzrifsidek // March 4, 2016 at 10:21 am // Reply

    Seronok baca artikel/perkongsian daripada SN, walaupun dah tua. (Eh, maaf-maaf. Gurau jer. Hehe.)

    Cuma nak tanya, macam mana SN jumpa isteri SN sekarang eh?
    Boleh share sikit detik-detik dan procedure yang SN lakukan?

    Terima kasih 🙂

    • saya jumpa masa saya di UK dulu. Dia bantu saya jadi guide di Cambridge masa wife buat phd tapi saya ke sana kerja. KEnal di situ dan balik tu tanya dia available ke tak. Terus saya 2 minggu lepas tu saya ajak kawan dengan niat untuk berkahwin. Tapi online sahaja. Lepas 2 bulan saya kembali ke UK utk kerja di sana dan masa tu saya ajak dia kahwin dan dia cakap OK. 3 bulan lepas tu dia balik dari UK untuk bertunang (saya cakap nak kahwin jer terrus) …tapi wife cakap kalau kahwin dia taknak pisah, saya kena pergi UK lagi 1 tahun sampai dia habis phd. Last2 tangguh setahun lagi baru kahwin. Tapi PJJ lah…dia balik Malaysia 1 bulan sebelum wedding. Lepas kahwin baru kami kenal2 lanjut

Leave a Reply

%d bloggers like this: