News!!

Kisah Peti Ais Wak Ros

178916_10151133893038244_470812963_n

 

Ini ialah rumah tempat saya dibesarkan, dah jadi rumah tinggal dah sekarang ni. Rumput dan lalang pun dah tinggi-tinggi. Tiada penghawa dingin, tiada Nintendo, tiada iPad, tiada komputer, tiada RO Water Filter, tiada Herbalife, tiada pil-pil kurus…hanya rumah papan, tiada ceiling dan kalau waktu tengahari terpaksa lari bawah rumah ada pangkin dan hammock guni untuk rasa sejuk sedikit.

Ayah saya tak pernah ada hutang bank. Kalau ada pun, kerana salah seorang anaknya nak beli sangat mini-compo pakai finance MBF (ketika itu). Harga RM400 tapi bayar bulan-bulan sampai 4 tahun, tahu-tahu dah bayar RM1500.Tapi itu pakai nama ayah, yang bayarnya ialah orang yang nak radio tu lah. Zaman tu agak cool juga kalau nak jadi rappers atau new jack swing yang gantung CD kat leher dengan hoodies 7 Ringgit di Kedai Mara dan jalan pakai mini-compo.

Barang kemas dibeli kerana dia tahu harganya tidak berubah malah akan menaik. Itu sebagai salah satu simpanan tetap. Tapi emak akan pakainya dan gembira. Simpanan cara ni, ramai Mek Klate buat. Pakai emas sampai ke siku, kalau anak cakap nak pergi bayar yuran, dilurutnya 2 gelang (dari berpuluh-puluh yang Mek Klate ada) untuk anaknya pergi jual atau pajak. Tapi, emak saya taklah sampai ke siku. Ada hanya 2-3 utas gelang sahaja. Keseluruhannya kalau ditimbang pun tak sampai 15g.

Saya belajar dari arwah emak macammana nak meniaga walaupun emak saya bukan usahawan. Emak memang hidup tak boleh tak ada air batu (saya selalu tegur dia tentang benda ni). Elektrik masuk ke rumah hanya pada tahun 1988, sebelum itu kami semua pakai gasolin sahaja dan terpaksa beli ais di pekan.

Bila dah masuk elektrik, emak pula buat request kepada ayah nak beli peti sejuk. Ayah kata, bajet tiada. Kalau belanja beli peti ais, nanti dapur tak keluar asap.

Tapi akhirnya, sayangkan isteri lah katakan. Beli juga peti ais tu. Dalam 2 bulan, emak dah dapat balik duit beli peti sejuk tu. Peti sejuk 1 pintu dengan harga RM500. Lori SINGER datang hantar dari Pekan Triang.

Atas peti sejuk, ada tabung lutsinar untuk letak duit. Emak mula buat aiskrim “Malaysia”. Ada aiskrim jagung, asamboi, cendol dan macam-macam lagi. Emak bagitahu saya, bawa budak-budak main di laman rumah kami. Pelik juga, dulu dia marah pasal habis pokok bunga dia kami lunyaikan dengan bola dan orang.

Rupanya, ada trick. Setiap petang, tak kurang 40 batang aiskrim habis. RM0.10 x 40 batang x 30 hari = RM120 x 2 bulan = RM240. Belum cover lagi kos beli peti sejuk. Untung memang boleh kata 95% kerana kadangkala dalam kenduri, dari air lebihan tu dibuang membazir, emak akan tanya untuk bawa pulang. Esoknya, dah jadi aiskrim.

Inovasi seterusnya ialah…AIS KEPAL. Asalnya tak pakai mesin pun, hanya pakai penyagat ais sahaja yang jauh lebih murah dari mesin ABC sekarang ni. Ais Kepal boleh dijual dengan harga RM0.30 dan itu lebih menguntungkan. Jika budak-budak memang sangat. Seingat saya, perniagaan berkembang kerana peminat ais kepal bukan sekadar budak-budak. Ramai juga dari kalangan orang tua.

Kedudukan rumah ini pula di jalan sambungan antara Felda Tementi dan Rentam. Budak sekolah Menengah yang tinggal di Felda Rentam akan melalui rumah saya ini dan pasaran berkembang lagi.

Mudahnya, dalam 2 bulan sahaja kos pembelian peti sejuk 1 pintu itu telah berbayar. Tapi, emak saya bukan seorang usahawan. Setelah semuanya mencukupi, dia taklah membesarkan perniagaan yang kecil itu. Sampai kepada saya sekarang, saya akan terus besarkannya. Rumah inipun sudah lama dan kami pun tak duduk di sini lagi. Jika melalui kawasan ini dan nampak rumah ini, ia masih dalam keadaan yang sama.

Saya juga gunakan cara yang sama. Buat sesuatu dengan fungsi pelbagai. Jika dahulu suka travel, bulan 3-4 semasa di Malaysia low-season untuk wedding, biasa memang saya akan berada di Europe. Saya nak berjalan di sana, tetapi saya tidak mahu habiskan wang yang saya kumpulkan sebaliknya, pergi dan gunakan skill fotografi saya untuk membayar kembali kos perjalanan yang sangat tinggi itu. AKhirnya, berjalan pun dapat, pengalaman juga dapat, portfolio pun dapat dan duit pun siap banyak lebih untuk bawa balik ke Malaysia.

Hanya perlu rajin…insyaAllah boleh kaya. Bagaimana emak tak suka orang miskin merungut dan merengek nasib menyalahkan orang lain. Begitu juga saya benci orang menyalahkan nasib hidupnya kepada orang lain. Orang begini, tukar pemimpin ratus kali pun sama juga akan jadi loser. Orang yang rajin, campak ke mana-mana pun boleh jadi kaya.

SAIFUL NANG

Budak Felda Tementi

* Ramai orang minta izin utk share, blanket approval…semua yang saya share di FB saya boleh dishare kan. Jika saya tidak mahu anda share, saya pun tak akan post dari awal lagi

Comments

comments

48 Comments on Kisah Peti Ais Wak Ros

  1. Saya asal felda rentam..mmg tau rumah ni..belakang rumah mmg tementi (belakang rumah cik awie n cik yah and mat serebeh)..ikut belakang rumah jer short cut nk pegi pekan sari..dulu pg pekan sari kt tementi (tiap ari rabu) jalan kaki je…sanggup ponteng sekolah agama sbb nk pg pekan sari sbb salah satu tarikan paling best kot time tu….darjah satu pg sekolah jalan kaki jer kalau raya mmg x kira la rumah spe pun sampai ke tementi berjalan..yg paling best tau rumah yg bg duit raya byk..rm0.50 time tu byk dah (rumah mak mah kot kalau x silap)..merasa la duk rumah felda mcm kt atas..abah saya ajar budak2 ngaji lg time tu…igt lg pergi triang naik moto dgn abah nk beli baju n kasut sekolah..dulu kira mcm budak harapan sekolah jgk..selalu ada program join dgn bdk2 dr sek.daerah bera kt mana2 (UPSR)….n paling anti dgn bdk tementi la yg bajet bagus kononnyer😂😂😂..n yg bagus2 tu sebenarnya anak kakitangan felda rentam yg sekolah kt tementi..tu yg lg anti tuu😕😕😕..(status emosi sikit..hehe)..sekolah kt felda setakat sekolah rendah jer..sekolah menengah dapat semai bakti felda kt trolak (felda lggg!!!)..tp bgus dpt jumpa bdk2 felda dr negeri laen..kitaorg 1st batch..no senior n junior…batch trial (fuh)..sekolah luar plk tepi estet..paham2 jelah..ramai india..(sek.men.biasa jer..x sama level dgn sek untuk asbkl…asbkj..asbjb)..tp kami batch yg menaikkn nama sekolah sbb mostly batch kami dapat 7A n 8A PMR..tapi sampai F3 jer lah..F4 pindah asrama semai bakti kelana jaya ..sempat 6 bulan sebelum pindah mrsm..tapi sampai sekarang lagu trade mark anak kecil maen api n semai bakti still igt…panjang plak terkomen dekat sini..hehe

  2. mazlina Lina // February 25, 2016 at 5:07 pm // Reply

    Dulu2 femes kot pekan triang…klu ambik barang letrik mesti dr brand singer… skrang pekan kerayong dh mendahului..

    Aku ank Felda Sungai Kemahal😊

  3. Saya suka baca hasil penulisan saudara. Arwah emak saya pun sama, jual aiskrim Malaysia je. Tiap minggu saya yang kene pergi beli plastic ais krim tu dekat pasar keramat bila habis. Saya besar di Kg datok keramat dulu. Saya rindu nostalgia itu.

  4. Hafzaniza bin hasbi // February 25, 2016 at 3:31 pm // Reply

    Assalamualaikum..terima kasih saudara sn..anda telah buka minda saya dgn cara berfikir yg agk menarik..kenapa la saya tak pernah berfikir mcm tu???

  5. salute dengan sn.. like me didik & bfikir old fesyen.. biala.. janji dpt didik anak2 yg mmg telah “mewah” lahirnya mrk dbumi.. bak kate mak saya, korg lahir je tgl petik suis.. x rase susah..

    anak2 saya hny ade spsg selipo.. rosak@haus baru beli baru.. saya hny ade 2 kasut.. utk kj & harian.. suami pun same..

    baju? pakai je yg ade.. beli bj baru hny utk raye.. tu pun cari yg bwh rm20.. klu rege belas2 bgtau anak ia masih murah.. klu puluh dah mahal.. skrg ade gst kene jimat 🙂

    alhmdlh part jajan saya dah berjaya.. x bmbg klu ke omporiem.. mmg mrk x minta.. naget sosej beger pun same.. tiada mknn tu dlm esbok.. klu ade boleh dkire berapa kali..

    saya snts bfikir bgmn utk mgajar erti “susah” utk mrk.. mrk xnpk “kepayahan” secara direct.. saya & suami guru.. mkn gaji.. snts bharap agak cara saya yg “kolot” ini dpt mberi impak nya kelak…

  6. sy sgt suka gaya penulisan en saiful nang!bersahaja dan mudah difahami. moga2 trus kekal dgn crita2 mencuci minda dimasa akn dtg. by the way, kisah peti ais anda amat menarik!kirimkan salam pd si pemilik radio dan si empunya peti ais itu.. 😊

    salam manes ^_^

  7. Sy anak felda keratong, muadzam shah, pahang.

  8. lama tak makan aiskrim malaysia..last mkn 25 years ago 😉

  9. pengalaman hidup di kampung …memberi seribu satu makna…kesusahan hidup tak bermakna kita tak mampu hidup dengan gembira..kesusahan mengajar kita menghargai erti sebuah kehidupan..
    saya anak seorang petani…sawah bendang menjadi tempat bermain…menyauk ikan di tepi bendang…tanam pokok di batas bendang…mandi di tali air..main wau di musim kemarau…semua itu menjadi kenangan terindah zaman kanak² saya..sayangnya anak² saya tak dapat merasai pengalaman tersebut..kerana mereka dibesarkan di bandar..
    apapun..sebagai ibu bapa..saya dan suami berusaha untuk mendidik merek dengan sebaiknya agar mereka menjadi insan yang menghargai sebuah kehidupan… 😉

  10. Mak buat a is krim malaysia, sya g jual kat skolah. Baik pnya bungkus lam surat khabar, sumbat lam beg skolah. Memg masyuk…hehe…antra lain jual buah kanji dan gula2…kenangan terindah… 🙂

  11. Ku membesar bersama rmh felda n aiskrim Malaysia,teringat petang2 mesti melepak kt beranda bersama kekawan.Skg rmh felda dah besar2 alhamdulilah…teringat kenangan g skolah dr kepayang ke purun naik Lori sawit bila bas skolah rosak… (Kenangan teramat indah)

  12. simple jer tips bisnes dari mak..peti sejuk dan aiskrim.
    dan ilmunya kekal ingat sampai sekarang 🙂

  13. Kenangan yang terindah….rumah felda bentuk yang sama. Walau kecil tapi rasa bahagia tinggal di dalamnya…..Rindu saat2 yang ditinggalkan. Namun hidup perlu diteruskan.
    Nak berjaya memang kena berusaha….

    Syabas saudara SN….coretan yg menjentik kenangan silam….

  14. Assalamualaikum…terus terkenang zaman kanak2 saya…rumah yg hmpir sama bentuknya…sempat merasa d besarkan tanpa bekalan elektrik..masa mula2 elektrik masuk, jakun kejap sbb rasa rumah terang sgt…sedihnya bila igt balik,..

  15. Baca blog Saiful Nang menyemarakkan kembali semangat berniaga di hati saya, aruah abah dan mak berniaga….ingat kisah susah senang mereka bersama dan apa yang aruah mak saya praktikkan dulu, dah dipraktikkan oleh orang zaman sekarang contoh : tabung hijau oren dll, bezanya aruah mak ada banyak tabung : cth:-tabung wayang, tabung jalan, tabung bercuti and so on (ini semua aruah abah yang cerita pada saya kerana mak saya meninggal ketika usia 6 tahun, walaupun tak banyak memori yang tersimpan kerana tidak membesar bersamanya, setiap detik yang saya lalui bersama mak tetap terpahat dalam ingatan…walau pun ianya kenangan pahit/pedas, mak cili mulut saya kerana melalak tak henti2…..) hu hu hu

  16. Baca kisah saiful nang rasa mcm zaman kanak2 baru semlm berlalu.Rindu dekat arwah ayah yg suka berniaga.Tp dpt duit beri org pinjam.

  17. Kenapa lah tak dibetulkan dan dijaga rumah tu…kan sayang jadi rumah terbiar. Takut jadi sarang haiwan liar atau pun penagih dadah nti En Saiful.

  18. Mohd Amirudin bin Mohd Mansor // February 24, 2016 at 11:44 pm // Reply

    Rumah tu rumah sewa ke…. Kenape tak tinggal situ lagi….. Bestkan dpt tengok kenangan dulu2….

  19. Ok. Terasa bila baca ni. Xleh salahkan najib dgn keadaan hidup rakyat Malaysia skg

  20. Kalau di Indonesia mereka berbangga denga Andrea Hirata, di Malaysia kita ada Saiful Nang. Saya tak cemburu dgn mereka lagi

  21. Dulu saya pun jual aiskrim Malaysia di sekolah. Bisnes budak sekolah masyuk juga. Dapat la tampung duit belanja sekolah saya dan adik-adik. 😊

  22. baca kisah ni buat saya tambah rindu pada arwah mak saya. dah 14tahun. saya tak sempat nak balas jasa mak saya.. sb mak saya janda(berpisah hidup). semoga mak tenang disana.. alfatihah

  23. Terima kasih atas cerita ini. Motivasi utk diri saya. Semoga Allah tempatkan arwah ibu SN bersama hamba2Nya yg disayangi

  24. nadia farisya // February 24, 2016 at 4:18 pm // Reply

    Sy blja berniaga dr kecik lg..
    arwah mak selalu suruh sy jual kueh muih dia..
    jual buah2an yg dipajak dr kebun org..
    waktu kecil memang merungut sbb xde masa nk betmain dgn kawan2..asyik berjual je..
    Alhamdulillah..xsgka itu skill perniagaan rupenya..
    dr kecik berniaga sampai dh besar msh berniaga. syukur alhamdulillah. rezeki ade dimane2..jnji usaha..

  25. Felda Trolak Selatan // February 24, 2016 at 3:51 pm // Reply

    Indahnya hidup di Felda… susah ketika itu…kita tak rasa susah… kerana ketika itu kita semua sama…

  26. Kisah mnarik…bla tguk rumah tu teringat nostalgia lama…mcm mak sy gak jual aiskrim malaysia…dgn sengkuang sapu rojak taruk kacang…
    Apa jd dgn rumah tu?terus tinggal tanpa duduk?rumah sndiri?

  27. anashima syaima // February 24, 2016 at 3:28 pm // Reply

    Walaupun saya bukan anak felda, saya juga pernah melalui jalan yg berliku dan penuh dgn memori yg indah…belajar tabah dengan kesempitan hidup.

  28. Assalam. Sngt bermanfaat

  29. Terima kasih kerana selalu memberikan inspirasi, semoga dipermudahkan segala urusan tuan😊

  30. Saya anak felda.. jengka.. walaupun susah namun semua adalah kenangan terindah.. skrg hanya ade tapak rumah sahaja..

  31. Cerita yg menarik.cerita saya pun lebihkurang juga.keadaan susah semasa kecil memang menghasilkan mental yg sangat kuat. Syabas untuk Tuan!dan ibu Tuan orang yg hebat!

  32. Banyak kenangan…kat rumah nie…selalu je lepak..ingat lagi main perang2 kat blakang rumah guna buluh peluru paper basah…mcm2 lagi permainan,kalau boleh pusing masa balik aku nak seperti dulu masa aku kecik2 dulu sama dgn anak Pakcik Nang…Hairul,Saiful…. 1 family….

  33. Nur Mohammed // February 24, 2016 at 2:56 pm // Reply

    Ya, zaman mak-mak kita zaman surirumah yang akalnya ligat cari idea bantu ekonomi keluarga, seperti juga Mak saya. Dahulu tahun 90-an, pasar borong Selayang masih bersih dan teratur, tapi banyak peniaga buang sayur2 yang masih boleh di makan. Mak dan kami kutip, bersihkan dan jual semula, ada juga yang kami makan sendiri. Bukan kami saja, ada ramai juga yang datang kutip sayur sayuran duit waktu petang. Selain tu, meniaga kuih muih dan nasi lemak. Prinsip Mak dan arwah ayah, biarlah susah tapi jangan sampai meminta minta. Belajar sedar diri. Sayu hati terkenangkan kisah lama tapi semua ni menjadikan saya tahu merasa cukup dan bersyukur dan berusaha dengan segala apa yang boleh untuk kelangsungan hidup selagi selari syariat. Perkongsian tuan sering saja menarik dan berisi.

  34. Saya pun ank felda..dab dari kecil ayh saya menternak pelbagai bintg..ikn keli aym kmpung kambing…sampai sekrg…walaupun tak besar tapi itu cukup membuatkn kmi adik beradik membesar dgn jaya…dekat sekolah pula saya akn jual buah buahan..kedondong ikut saiz ade 20sen 30sen…tapi kalo cikgu yg nk…ikut saiz plastik la…seronok berniaga

  35. terima kasih.. semangat rasanya.. penulisan saiful nang mmg saya tunggu2 nak baca

  36. Langit lazuli // February 24, 2016 at 2:43 pm // Reply

    Teruskan berjalan. Dan teruskan memenangi hati kami dengan bicara dan tulisanmu..

    Moga kekal menang dan berjaya.

  37. Saiful nang mmg org y menang…x pnh jemu bc latest update…pcaye atau x…sy pnh jatuh tduduk y tahap meraung huhu…tp slh satu cara utk menaikkn semangat ialah baca n fahami apa y org berjaya selalu kongsikan…fikir y positif jd insyallah diri akn lbh positif..

  38. terbaik dari ladang

  39. Salam Encik Saiful Nang..cerita mmg ad bg inspirasi utk saya berniaga..cuma sekarang saya tak tahu nak start dr mn.travel lg la minat..tp bila plan ad je benda yang jadi penghalang..huhu

Leave a Reply

%d bloggers like this: