News!!

Impian Terbang

5511072271_59d0cba906_o

Tahukah anda, saya hanya mula terbang pada umur 26 tahun? Bermakna, saya hanya bermimpi dan bercita-cita untuk terbang merantau seluruh dunia selama 26 tahun. Sebagai anak peneroka Felda peringkat ke-2 yang masuk Felda semasa kegawatan ekonomi tahun 80-an, saya bukanlah bernasib baik sangat untuk dapat ibu bapa yang mampu untuk menjadi pengembara udara. Pada tahun 1980-an juga arwah nenek saya pergi menunaikan haji. Ketika itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abd Aziz Shah Subang. Selepas menghantar, kami sekeluarga bersama paman-paman (pakcik) dan anak-anak mereka (cousin) bersidai tepi pagar airport konon-konon nak babai kapal terbang tu.

Saya tanya ayah…Ayah, Angah nak naik kapal terbang boleh?
Ayah Jawap pendek “Belajar rajin-rajin nanti boleh kerja bawa kapal terbang”
Semenjak itu juga, cita-cita saya sering bertukar antara nak jadi doktor, bomba, pemandu keretapi dan juga pemandu kapal terbang (pilot). Tak dinafikan, sehingga nak ambil SPM pun saya masih ada beberapa cita2 yang masih lagi tertanam dalam diri tak berubah-ubah. Antaranya, pilot dan doktor. Nak jadi artis (bukan artis pelakon tu, artis ni seniman lah) macam skrg memang tak ada dalam senarai kerana cikgu tak galakkan. Takut KONON nya saya akan bekarya tepi jalan buat lukisan.
Selepas SPM, saya terus memohon untuk semua apa yg terlintas dalam kepala. Anara yang dimohon ialah utk mengambil kursus penerbangan di Akademi Penerbangan Batu Berendam Melaka. Semua berjalan lancar, alhamdulillah…semuanya ok TETAPI rupanya arwah emak tak senang hati anak dia nak jadi pilot. Dia risau jer nanti kapal terbang terhempas dan macam-macam (standard lah ni kan, org nampak 1 dari sejuta kapal terbang terhempat sbg tak selamat, org naik kereta 1 dari 500 accident…lagi teruk kan?). Apapun, saya ikut kata emak.
Cita-cita untuk terbang tu terus lagi disemat dalam diri. Alternatif ke-2 apabila saya ditawarkan kursus perubatan (A-Level) di UK yang juga tidak dibenarkan oleh arwah emak. Katanya, kalau emak sakit nanti tak sempat nak jumpa anak pasal anak jauh. Sekali lagi gagal. Yang tinggal ialah tawaran kursus kejuruteraan tajaan Telekom Malaysia yang sebenarnya 2+2 program. 2 tahun di Malaysia, 2 tahun lagi di UK. WOWW!! Taknak kecewa punya pasal, saya tak bagitahu perkara sebenarnya yg saya perlu habiskan ijazah di luar negara sehinggalah masanya tiba. Ada 2 tahun untuk saiko emak utk benarkan pergi.
Apapun, kuasa Allah…rancangan gagal lagi. Mengapa? Pada tahun 1997, ekonomi gawat lagi. Telekom tak jadi hantar student ke UK. Budget itu digunakan untuk convert ITTM menjadi UNIVERSITI (sekarang dikenali sbg MMU). Alang-alang tak boleh nak terbang dah…saya pun mohon tukar kursus kepada ARTS! selepas dari itu…saya tak menoleh ke belakang lagi.
Pada tahun 2004 saya buat kali pertamanya merasai pengalaman menaiki pesawat dari Johor Bahru ke KL. Pergi JB naik bas pergi kutip payment project di JB. Balik bawak duit banyak, hmmm…apa lagi, naik belon lah. Tapi malangnya…baru nak merasa tengok kapasan awan, dah kena buckle-up untuk landing pulak. Saya org terakhir tinggalkan pesawat…hampir2 sama dgn masa Kapten turun pesawat. Punyalah susah nak tinggalkan pengalamn pertama yg cepat sangat berlalu itu.
Kini, saya dengan kerjaya saya yang bukan pilot, bukan jurutera, bukannya doktor tetapi seorang jurugambar perkahwinan yang kadang-kadang jadi cikgu berkongsi ilmu yg dipinjamkan Allah. Dan saya menghabiskan lebih dari 300 jam setahun di udara dan di lapangan terbang. Setiap penerbangan tetap menjadi pengalaman baru bagi saya. Walaupun dah biasa, masih lagi kalau boleh nak berebut dapat seat tepi tingkap.
Kalau orang cakap saya ni kekampungan cakap lah. Saya memang masih sukakan kerja saya. Saya masih suka terbang dan bekerja. Saya paling suka terbang bersama orang-orang yang saya sayang (keluarga saya).
Saya masih di sini. Saya masih lagi menulis. Terima kasih kerana membaca
Bersukalah! (Enjoice!)
.
SAIFUL NANG

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: