News!!

Generasi Bebas Jajan

12695063_10153512938100958_3585027195853885754_o

Pagi tadi, semasa menghantar Orked ke Rumah Pengasih Warga Prihatin tempat di mana Orked tinggal ketika ini, Intan (wife) menyedari Orked seperti menyembunyikan sebungkus plastik. Bila ditegur adakah Orked bawa makanan ringan? Dia angguk dan tiba-tiba emaknya jadi singa. Terus disuruh letak semula di dalam kereta jajan-jajan itu (gambar ini adalah 1/3 dari jajan yang gagal diseludup).

Orked akur kerana itu dah jadi satu kesalahan. Kesalahan pertama ialah itu adalah makanan larangan di kalangan komuniti Warga Prihatin. Namun budak tetap budak, saya sendiri tak pasti di mana yang ditulis atau terbungkus pada makanan-makanan ringan ini sehingga kanak-kanak seperti secara automatik sahaja mesti suka makanan ringan (jajan).

Kesalahan kedua ialah, membawa makanan dari rumah ke RPWP sedangkan ada ramai anak-anak yatim dan asnaf di dalam rumah itu yang pasti tidak memiliki makanan itu dan jika dikongsi juga pasti tidak mencukupi. Ini juga sering diulang ingat kepada Orked dan adik-adiknya serta seluruh anak-anak Warga Prihatin.

KOMUNITI WARGA PRIHATIN BEBAS JAJAN

Siapa kata hati bapak dan ibu tak tersentuh bila anaknya yang balik sekali sekala berjumpa atuknya dan ketika itulah mereka boleh minta macam-macam dan akan dibelikan oleh atuknya. Jika dengan ayah dan maknya memang tak merasalah nak beli semua tu. Nak ikut shopping groceries pun tak boleh. Dah bila atuknya belikan, mereka pun makan. Atas toleransi, kita pun tak mahu bertegas sangat takut menyinggung hati orang tua.

Sedangkan antara tausiah yang diberikan kepada anak-anak ialah “Atuk ajak pergi kedai, JANGAN MINTA APA-APA”. Bila sampai kedai…semua pesanan tu GONE.

Macam kami pun dah tahu, benda tu macam tak logik. Mana mungkin tak minta apa-apa jika nafsu anak-anak bergelodak bila nampak pelbagai makanan-makanan ringan di rak dan Atuk pula offer “pilihlah mana-mana nak” atau seumpanya.

Bila pulang ke rumah, Orked yang semasa di rumah atuknya makan jimat-jimat (ini perangai Orked, benda yang dia suka…dia akan simpan untuk dinikmati sedikit sedikit). Berlainan adik-adiknya, kalau ada 10 boleh finish 10 selagi perut tak meletup. Tapi Orked akan makan satu dan simpan lagi 9 untuk masa depan.

SORRY ORKED…

I have to turn it down. Lebihan yang dijimat-jimatkan itu dibawa dan kami suami isteri pun dah jangka perangai Orked ini. By the time dia turun sahaja dari kereta, emaknya dah detect dahulu dengan plastik yang boleh ternampak balutan jajan-jajan. Lagi-lagi Kit Kat yang obvious sangat warnanya.

Apapun, itu percubaan Orked yang gagal dan telah beberapa kali juga digagalkan.

TAK SEDARKAH BEZA DULU DENGAN SEKARANG?

Kadang-kadang kita ni nampak tapi buat tak nampak. Anak-anak zaman saya dulu, kalau gemuk-gemuk obes tu confirm sangatlah budak bandar. Kalau budak kampung semua memang layan cikedis (jajan) tapi terhad jugalah dan curi-curi. Nama pun JUNK FOOD kalau translate terus ke Melayu jadi MAKANAN SAMPAH. Paling sampah zaman dulu pun kita sembelih puyuh yang kita jerat, bakar sepat yang kita tangguk, makan buah-buah hutan, makan buat letup-letup dan paling junkies pun setiap raya mesti beli air oren. Bukan nak kata tiada, tapi tak macam sekarang keliling semua junk. Yang masuk hospital kecik-kecik dah kena cancer, buah pinggang, stone dan macam-macam tu pasal apa?

Sebab itu dalam hal ini, kita tak mahu jadi benda itu kepada anak kita. Nak beralah dengan kemahuan dan muka kesian anak atau nak firm dengan pendirian dan jimat duit insuran dari pergi bayar bil hospital ribu riban kerana anak kena warded sakit buah pinggang umur 10 tahun?

KASIHAN?

Memang kasihan. Tapi KASIH itu melebihi KASIHAN. Kasihan tidak akan lama, tetapi KASIH akan kekal sampai bila-bila. Perkara yang susah nak dibuat ialah bertegas dengan kasihan untuk kita pilih kasih sayang. Hari ini mungkin kita boleh mengalah untuk beri anak junk food walaupun ia berbahaya dan memudaratkan akan datang adakah kita akan tolerate juga atas dasar kasihan untuk anak-anak kita minta untuk ke kelab malam atas dasar KASIHAN? Ya…kesian anak bosan duduk rumah nak ke kelab malam dengan kawan-kawan.

Better be firm dari awal. Awal-awal Orked kantoi memanglah meraung juga bila kita rampas semula jajan seludup dia tapi sekarang ni emaknya yang marah. Standardlah anak kalau emak marah mesti dia akan tengok bapak mengharap kasihan. Kalau bapak marah nanti mesti akan pandang emak.

Dalam rumahtangga, Kami berdua suami isteri ialah GENG!! Prinsip itu prinsip, kalau NO JAJAN mean NO JAJAN. Setelah beberapa kali ditegaskan, lama-lama dia faham juga. Bila Orked pandang saya mengharap kasihan, saya jegilkan sahaja mata cukup untuk dia RETI BAHASA dan dia salam serta minta maaf kepada saya dan ibunya.

Bila dengan Orked kami dah bertegas, adik-adiknya sudah kurang masalah. Adik-adikpun tahu kalau kakak pun tak boleh apa lagi mereka.

Tiada double standard. Prinsip di RPWP, semuanya sama. Tidak boleh ada 1 orang pakai baju mahal yang lain murah-murah. Ada yang bawa makanan, orang lain tak merasa. Di RPWP, sikit sama rasa dan banyak sama dikongsi.

Pernah satu ketika apabila ada orang berhajat memberi sedekah 5 biji buah durian. Satu bangunan bau dan hantu durian semua turun tanya “di mana durian?”. Ibu-ibu di dapur kata, tak cukup untuk makan durian. Tetapi yang menarik, petang itu semua orang makan bubur kacang durian. ADIL sama rasa.

PUASA itu menahan diri dari sesuatu yang halal dan kita mampu tapi kita TAHAN. Inilah puasa saya. Kalau ikutkan kasihan mahu saya beri sahaja dan saya belikan sahaja anak-anak saya dengan macam-macam jenis jajan. Bukannya tak boleh. Kadang malu juga bila dibawa atuk-atuk mereka ni ke kedai, nanti minta macam-macam. Bila balik pula, mereka makan jajan-jajan tu macam dah 100 tahun tak jumpa jajan. Malu juga kita takut orang ingat kita ni tak mampu beli makanan untuk anak.

Kita mampu beli makanan yang berkhasiat, tapi kalau makanan yang dah jelas dan nyata ada pengawet dan perisa sintetik…WHY MUST WE POISON OUR KIDS?

Emak saya meninggal atas asbab kencing manis. Sedangkan dia bukan seorang yang minum manis-manis. Tetapi arwah banyak makan junk food. Junk food orang kampung macam asamboi, jeruk dan macam-macam lagi. Ayah saya makan semua apa yang boleh, tapi ayah tidak makan junk food. Sayur pula ayah suka makan mentah-mentah. Petai & kerdas dia boleh kongkang macam tu sahaja. Walaupun dia kuat minum air manis, tapi dia masih sihat sampai sekarang.

Itu mungkin betul atau kebetulan, namun untuk anak-anak generasi ke hadapan memang NO JAJAN POLICY ni memang sangat kami patuhinya di RPWP. Sekalipun ada orang memberi sumbangan barang dapur siap dengan air kordial berperisa, sarsi dengan air berkarbonat berwarna warni, maggi, mamee dan macam-macam lagi jajan-jajan, tetap kami terima sebagai menyantuni pemberian orang sahaja.

Bukan sekadar jajan, tetapi minuman kordial berperisa juga telah digantikan dengan air buah yang natural. Minuman bergas dan berwarna of course dah lama kena ban. Memang kalau orang lain, sekadar biskut dan coklat bukanlah junkfood kerana emak bapak pun makan tapi di RPWP semua itu dah consider junkfood kerana mengandungi perisa dan pewarna SINTETIK yang boleh mengakibatkan kerosakan organ dalam badan, kanser dan macam-macam lagi.

Jika KASIH jangan KASIHAN.

SAIFUL NANG

Bapak Orked yang Kejam

p/s jika baik, sebarkanlah.

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: