News!!

Fashion Muslimah tak cukup Mukminah

werda-33

Seksyen 7 Shah Alam meletus dengan trend pakaian Muslimah kemudian letusan beranjak ke Kota Damansara membawa ke Bangi Sentral. Sebelum itu meletusnya sampai ke negeri-negeri juga mula ada hub fashion Muslimah yang macam-macam.

Apabila orang bukan Islam mula masuk ke kedai pakaian Muslimah, ada 2 observasi yang boleh kita buat. Mereka minat dengan pakaian Islam yang benar-benar menutup aurat seperti apa yang difikirkan oleh Felixia Yap dan satu lagi ialah golongan yang melihat pakaian Muslimah lebih seksi dan persona.

Benar ini bukan sekadar telahan, kami sendiri pernah bertanya apa tarikan butik muslimah di kalangan gadis-gadis Cina. Ada yang kata bila nampak rakan sepejabat memakainya ia kelihatan dashing dan attractive kerana potongannya yang fit yang lebih menonjolkan bentuk tubuh yang cantik namun terlihat sopan. Katanya ada “teasing element”.

Di kami muhassabah diri, jika kami akan mengeluarkan produk wanita muslimah kami akan pastikan ia tetap sopan dan menarik walaupun tidak membangkitkan aura dan nafsu lelaki yang melihatnya. Untuk bersangka baik, itu mungkin untuk suaminya.

Ada beza antara wanita muslimah dan wanita mukminah. Dalam kata mudahnya, wanita ISLAM berbanding wanita BERIMAN. Islam baru sekadar SERAH DIRI tetapi belum tentu beriman. Ketika Bangi Sentral dihangatkan dengan serangan jenama-jenama Muslimah yang membuka perniagaan saban minggu, kami pun terfikir untuk memulakan sesuatu perniagaan lebih kepada dakwah.

Itulah perniagaan pakaian wanita mukminah yang kami pastikan cukup legap, cukup longgar, cukup kainnya dan kami katakan kepada pelanggan kami…Aurat wanita bukan sekadar pada pakaian. Aurat wanita pada gedik suara dan hentakan kaki juga aurat yang perlu dijaga.

Dari situlah, evolusi Werda bermula. Kami tidak jangkapun fashion kami yang tidak kontemporari dan tidak mengksploitasi bentuk badan cantik model-model untuk menjadi persona kepada bakal pembeli boleh mendapat sambutan. Syukur Alhamdulillah, sebelum hari pembukaan butik Werda Bangi Sentral, kelam kabut kami dibuatnya bila tempahan produk pertama kami menjangkau jumlah melebihi 10,000 helai pada harga jualan retail sebanyak RM150 sehelai.

Allah pasti ada jalanNya jika kita lakukan untukNya. Mahu percaya rezeki di tangan Allah atau masih mahu percaya rezeki itu datang dengan menggadaikan nilai yang Allah mahu.

Alhamdulillah

WERDA

 

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: