News!!

20 Saat Terawal, Syarikat Keretapi Jepun Mohon Maaf Pada Pengguna

Jepun memang terkenal dengan etika kerja dan displin yang sangat tinggi. Situasi  yang jarang berlaku atau mungkin tidak pernah berlaku di negara kita bila pengangkutan awam sampai terawal.

TOKYO
: SEBUAH syarikat kereta api di Tokyo, Jepun hari ini membuat permohonan maaf kepada pengguna pengangkutan awam negara itu.

Semuanya gara-gara tren yang sepatutnya meninggalkan stesen Minami Nagareyama pada pukul 9.44 pagi pada saat yang ke 40, tetapi ia meninggalkan stesen tersebut 20 saat lebih awal pada Selasa.

Lapor portal Herald Sun, walaupun tiada pengguna yang membuat sebarang aduan tentang insiden berkenaan, pekerja di syarikat itu diingatkan supaya kejadian itu tidak berulang lagi.

Ketepatan masa merupakan sesuatu yag amat penting di negara matahari terbit itu.

Ini disebabkan ramai rakyat Jepun terutamanya bagi orang yang bekerja bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan pengangkutan awam itu.

Sumber: Astro Awani

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: