News!!

10 Tips “PENTING” Untuk Persediaan Melancong Ke Turki

Image may contain: text and indoor

Kepada mereka yang berhasrat untuk melancong ke Turki dan juga bersempena cuti sekolah yang akan datang, kami kongsikan tips dari pakar kembara (Rarecation)  yang sangat berharga kepada anda. Kami merasakan tips ini sangat membantu agar percutian anda berjalan lancar dan tidak terjejas dengan insiden-insiden yang tidak diingini. Silalah baca sampai habis.

Image may contain: 1 person, text

1.  JAGA PERTUTURAN ANDA

Jangan mengejek atau mengkritik apa-apapun tentang Ataturk kerana ikon ini ialah ikon negarawan mereka sepertimana Tunku Abdul Rahman. Juga tidak boleh mengejek dan mengkritik mahupun memain-mainkan bendera mereka, tentera dan kerajaan sekarang ini kerana itu bertentangan dengan undang-undang. Anda boleh didakwa dan rakan sebilik anda akan dapat single room selepas itu.

Image may contain: 2 people, text

2. LAYANAN KASAR

Orang Turkey sangat kasar. Bergantung kepada mereka melayani kita. Jika mereka dah layan kasar, kita juga kena bargain secara kasar (dan mereka ok sebenarnya). Kalau dia bargain secara baik, maka baiklah kita bargain. Yang pantang bila dia rendahkan suara, kita pula yang tinggikan suara.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text

3. HATI-HATI DENGAN HARGA

Orang Turkey banyak “tukang sembelih”. Hati-hati dengan kedai makan ataupun kedai yang tidak meletak tanda harga. Kerana mereka akan sembelih kebanyakan tourist yang datang. Masuk restoran pun kalau ada tanda harga pada menu tapi pada minuman tiada tandaharga, maka tanyalah dahulu harga minuman itu kerana harga minuman boleh jadi lebih mahal dari steak yang dimakan. Tapi masa tu dah tak boleh nak argue kerana kita dah minum.

Image may contain: one or more people, sky and outdoor

4. MATAWANG LIRA

Banyak kedai-kedai guna dan terima USD tapi berurusniagalah dalam Lira. Kalau mereka bagi dalam USD, tanyakan dalam Lira. Lepas tu bila kita kira biasanya kita akan untung lebih banyak bayar pakai Lira.

Image may contain: 1 person, smiling, text

5. FAHAMI BAHASA ISYARAT 

Kalau OK jangan buat jari macam ini 👌🏻 : kerana ini bermaksud yang tak elok dalam budaya orang Turkey.

Image may contain: 1 person, smiling, text

6. SELALU MENYAPA

Orang Turkey peramah, kena selalu menyapa nanti baru nampak mereka peramah. Kalau tak, dia macam sombong jer perasan lawa. Yang bujang boleh cari calon di sana kerana memang taste orang sana memang kulit hangus-hangus macam kita. Mereka lagi teruja tengok kulit jawa dan hidung terpesek dari yang mancung dan putih melepak.

Image may contain: 1 person, outdoor

7. PEMBERIAN TIPS

Turki tidak seperti British, tetapi lebih kepada tatacara seperti Amerika mengenai pemberian tips. Cukuplah kadarannya seperti nilai GST kita sebagai panduan. Kalau makan kena 50 lira, bagi jer lah 4-5 lira sebagai tips. Tapi kalau mereka langsi sangat…tak payahlah bagi.

Image may contain: 4 people, people sitting, text and indoor

8. PENGAMBILAN FOTO

Jangan ambil gambar orang-orang tua terutamanya tanpa izin. Sebahagian tak marah tapi sebahagian akan marah kerana kepercayaan kuno mereka kamera ini macam ada evil eyes yang saya sendiri tak faham kenapa nak marah. Kalau nak ambil juga, ambil lah curi-curi tapi jangan sampai dia tahu, baru dia tak marah.

Image may contain: one or more people and people on stage

9. BELAJAR BAHASA MEREKA

Belajar sikit bahasa TUrkey asas seperti ‘tesekkür ederim’ bermaksud TERIMA KASIH boleh buat mereka happy. Macam Mat Saleh cakap Melayu dengan kita walaupun sepatah dua sahaja tapi kita excited sangat pasal Mat Saleh boleh cakap melayu. Samalah mereka pun excited bila kita boleh cakap Turks. Silap-silap dia boleh ambil jadi menantu.

Image may contain: 2 people, sky, outdoor and text

10. LENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU FOTOGRAFI

Sebab dari landing airport sampai balik aiport semula semua tempatnya cantik cantik dan rugi sekiranya saat-saat berada di sana hanya dirakam menggunakan telefon bimbit anda saja.

Namun kalau anda tidak berkesempatan untuk itu, ikutilah sahaja pakej pelancongan bersama Rarecation kerana kapten juga merupakan seorang jurufoto profesional.

Sumber:

www.rarecation.com/turki

Comments

comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: